PERSEDIAAN
Awal tahun 2024 sebelum perjalanan menunaikan umrah, kami telah merisik beberapa agen-agen yang mengendalikan Pakej Umrah. Kami memilih pakej Syarikat MKM Ticketing Travel & Tour (MKM)
Syarikat MKM ini, saya baru dengar. Setelah saya baca dan semak pengendaliannya bagi kumpulan umrah yang terdahulu, saya dapati dan yakin, syarikat ini boleh mengurus umrah dengan baik. Lagi pun saya ingin merasa perkhidmatan syaraikat lain kerana sebelum ini saya pernah mengikut syarikat Andalusia.
Pada awalnya kami telah membuat tempahan pada bulan Disember 2024 kerana ingin merasa menunai umrah musim sejuk di tanah suci. Disebabkan menantu kami mengandung dan terpaksa menganjak tarikh lebih awal dan tempoh yang dibenarkan menantu kami turut serta menunai umrah, kami memilih pakej selama 13 hari bermula pada 02 November 2024 hingga 13 November 2024.
Sebelum berangkat ke Makekah untuk menunaikan Umrah, ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan:
- Dokumen Perjalanan: Pastikan semua dokumen seperti pasport dan visa umrah sudah lengkap.
- Pakaian Ihram: Sediakan pakaian ihram yang bersih dan sesuai.
- Ilmu Pengetahuan: Pelajari tentang rukun-rukun Umrah serta bacaan-bacaan doa yang perlu dibaca semasa tawaf dan sa’i.
- Kesihatan: Pastikan dalam keadaan sehat sebelum berangkat.
Pengajaran daripada hadis
Ertinya: "Nabi Muhammad SAW pernah ditanya perihal umrah, apakah ia wajib? Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak, namun jika engkau berumrah, itu lebih baik bagimu.'"
(HR At-Tirmidzi).
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi) dan masjid al-Aqsa”.
(HR Bukhari No: 1189) Status: Hadis Sahih
PAKEJ UMRAH
Nama pakej ialah Umrah Safwa Ekonomi (02 - 13 November 2024).
Hotel
- Hotel Makkah : Safwah Tower Hotel @ setaraf (+/-50 meter dari Masjidlharam)
- Hotel Madinah : Emaar Elite Hotel @ setaraf (+/-100 meter dari Masjid Nabawi)
- Hotel Taif : Iris Boutique
Harga pakej untuk bertiga sebilik ialah RM8,690.00 dan RM400 tambahan untuk menaiki Speed Train.
Pakej Umrah ini, kita akan masuk ke Kota Madinah dahulu kemudian ke Kota Mekah, satu malam di Taif dan pulang dari Airport Jeddah.
Mutawif yang membimbing kumpulan kami adalah Ustaz Muhammad Faisal bin Muinnudin. Saya pergi bersama isteri dan anak serta menantu. Seorang lagi anak saya tidak dapat pergi. Jumlah semua jemaah adalah 27 orang termasuk mutawif. Kami pergi ada dua kumpulan, kumpulan kedua juga seramai 27 jemaah dipimpin oleh mutawif Ustaz Muhammad Akhyar bin Omar.
Senarai Ahli Keluarga kami yang menenyertai adalah:
Nama Jemaah
- Haji Norizan bin Besar
- Hajjah Marzian binti Othman
- Nur Syakinah binti Norizan
- Muhammad Zahid bin Norizan
- Muhammad Zaki bin Norizan
- Siti Fatimatuzahara binti Abd Razak
KLIP VIDEO
PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024
(Sila klik item berikut untuk maklumat lanjut)
- Aplikasi Nusuk dan Saudi Visa Bio <sila klik>
- Keberangkatan ke Tanah Suci <sila klik>
- Hotel-hotel Penginapan <sila klik>
- Kota Madinah Al-Munawwarah <sila klik>
- Masjid Nabawi <sila klik>
- Raudah dan Tiang Sejarah <sila klik>
- Ziarah Sekitar Masjid Nabawi <sila klik>
- Air Zamzam dan Kelebihannya <sila klik>
- Ziarah Luar Masjid Nabawi <sila klik>
- Telaga-telaga di Madinah <sila klik>
- Masjid Imam Ahmad Hambal, Badar <sila klik>
- Jejaki Sejarah Peperangan Badar <sila klik>
- Haramain High Speed Railway Train <sila klik>
- Ibadah Umrah dan Kota Makkah <sila klik>
- Ziarah Luar Makkah <sila klik>
- Kota Taif dan Al-Hada <sila klik>
- Istana Shubra, Taif <sila klik>
- Masjid Abdullah bin Abbas dan sekitarnya <sila klik>
- Kilang Minyak Wangi Ros <sila klik>
- Makan Nasi Arab dan Nasi Daging Unta <sila klik>
LINK
Comments