Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

THE HARD ROCK PENANG 10-12 DISEMBER 2021

Alhamdulillah, syukur dapat berpeluang menginap di Hard Rock Hotel di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Hotel lima bintang ini terletak di timur laut Pulau Pinang mengadap sepanjang Pantai Batu Ferringhi. Hotel ini sangat terkenal di Pulau Pinang, Hard Rock Hotel Penang adalah tempat percutian yang bergaya dari pusat peranginan pantai biasa, menggabungkan budaya muzik yang kaya dengan reka bentuk kontemporari dan kemudahan mesra keluarga.  Hotel enam tingkat ini mempunyai lebih 200 bilik termasuk bilik suite, kebanyakannya menghadap pantai. Ia menempatkan kolam renang luaran seluas 26,000 kaki persegi, gelongsor air dan kabana tepi kolam yang mewah.