HARI KETUJUH (11-11-2025) Aktviti Hari Ini i . Lawatan ke Lucerne City ii. Tasik Lucerne - Chapel Bridge iii. Solat di Masjid Zurich (Stiftung Islamisches Zentrum) iv. Lindt Home of Chocolate Factory 1. SARAPAN DI HOTEL B & B Breakfast di B & B Hotel Zurich. 2. LUCERNE, SWITZERLAND Lucerne ( Luzern dalam bahasa Jerman ) ialah antara bandar paling cantik di Switzerland. Lucerne merupakan sebuah bandar padat di Switzerland yang terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang dipelihara. Ia terletak di tengah-tengah pergunungan Alips yang dilitupi salji di tepi Tasik Lucerne. Bandar ini sangat popular kerana gabungan pemandangan tasik, bandar lama bersejarah, dan akses mudah ke kawasan gunung seperti Mount Pilatus dan Mount Rigi. Ramai pelancong anggap Lucerne sebagai bandar paling “classic Switzerland”. Di bandar ini juga terdapat beberapa restoran halal India dan Turki di sekitar bandar lama termasuk di stesen kereta api. Tarikan utama di Lucerne adalah : ...