Skip to main content

Day 1 & Day 2 : KLIA - Doha - Munich

HARI PERTAMA (05-11-2025)

Iternari Hari Pertama & Hari Kedua

HARI 1 :

Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Munich, Germany.

HARI 2 :

- Tiba di Munich.

- Lawatan ke Munich Old Town (Marienplatz) dan Allianz Arena.

- Perjalanan ke Salzburgh (2.5 jam).

- Bermalam di Piding / Salzburg / berdekatan.

1. KLIA

Alhamdulillah, direzekikan lagi, dapat kami bercuti bersama famili. Semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan dan percutian kami, selamat pergi dan selamat pulang. Aamiin.

Kami mula bergerak dari rumah kediaman ke KLIA. Semua peserta diminta berkumpul di Aras 5, KLIA pada jam 5.15 pm.

Satu taklimat perjalanan disampai oleh wakil Travel Agen Jomtravel Ventures berhubung tip-tip, keperluan dan larangan semasa penerbangan dan melancong.

Selepas taklimat oleh Agen Jomventures, kami terus ke kaunter untuk check-in beg. kemudian kami mula bergerak ke Terminal penerbangan antarabangsa. Kami naik tren ke sana. Khabarnya tren ini baru diperbaiki stelah lama untuk tidak digunakan kerana masalah teknikal.

Setelah tiba di terminal penerbangan antarabangsa, kami menunaikan solat asar dan relax sementara menunggu waktu penerbanganan.

Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Munich, kami akan berhenti transit di Doha, Qatar, dengan Syarikat Penerbangan  MAS yang dijadualkan penerbangan pada jam 21:15 pm. Mengikut tiket tempahan, kami menaiki Qatar Airways. Mungkin penerbangan ini ada kerjasama antara dua syarikat MAS dan Qatar Airways.

Penerbangan dari KLIA ke Doha, Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam 35 minit. Kami akan transit sementara di Hamad International Airport (DOH) Doha, Qatar sebelum meneruskan perjalanan ke Munich.

HARI KEDUA (06-11-2025)

HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT (HIA)

Hamad International Airport (DOH), Qatar ialah lapangan terbang utama di Doha, ibu negara Qatar, dan hub utama untuk Qatar Airways. Ia terletak sekitar 4 km dari pusat bandar Doha, Qatar. Ia dibuka pada 27 Mei 2014 menggantikan Doha International Airport. Hamad International kerap tersenarai sebagai salah satu airport terbaik di dunia dan memenangi anugerah seperti Best Airport in the World dan Best Airport in the Middle East dari Skytrax beberapa kali berturut-turut.

Kami selamat tiba di Hamad International Airport, Doha pada jam 5.15 am (waktu Malaysia). Kami transit di Doha selama 3 jam 5 minit.

Dalam masa singkat ini, kami cuba menyelami keselesaan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad penuh kemewahan dengan pusat membeli-belah bertaraf dunia dan karya seni yang menawan untuk perjalanan yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Dengan kesempatan ini juga, kami dapat melawat dan menerokai pelbagai pengalaman di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dengan berbagai promosi dan iklan serta kedai-kedai berjemama  bertaraf dunia, daripada kesejahteraan dan relaksasi hinggalah seni dan alam semula jadi.

Lamp Bear adalah arca ikonik di Hamad International Airport (DOH), Doha. Lamp Bear ini ciptaan Urs Fischer (artis kontemporari terkenal dari Switzerland), merupakan patung penting dan menonjol di airport ini. Lamp Bear ini dibuat dari bahagn gangsa dan terletak di The Orchard iaitu di kawasan pusat terminal (mudah nampak masa transit). Arca ini  dengan ketinggian 7 meter menampilkan beruang teddy gergasi dengan lampu di kepalanya, menarik perhatian pelancong dan berfungsi sebagai simbol unik semangat artistik lapangan terbang.

Lamp Bear diletakkan secara strategik di ruang legar tengah, memastikan hampir semua penumpang yang berlepas dan transit menemui arca tersebut, menjadikannya titik tumpuan reka bentuk lapangan terbang. Jadi spot wajib bergambar dan titik temu.

Lamp Bear dikelilingi oleh kedai runcit mewah, restoran dengan mencipta gabungan perdagangan, pelancongan dan seni yang harmoni, memperkayakan suasana terminal. Kehadirannya yang menjulang tinggi dan reka bentuknya yang unik menjadikannya mercu tanda yang tidak dapat disangkal lagi di lapangan terbang, menyumbang kepada reputasi globalnya sebagai destinasi budaya.

PENERBANGAN KE MUNICH

Tiba masa untuk kami meneruskan penerbangan ke Munich pada jam 11.30 malam (waktu Doha). Penerbangan dari Doha ke Munich mengambil masa lebih kurang 5 jam 40 minit.

MUNICH AIRPORT

Lapangan Terbang Munich (Flughafen MĂĽnchen, Franz Josef Strauss) adalah hub utama Syarikat penerbangan Lufthansa. Lapangan terbang ini dinamakan sempena bekas presiden, menteri Bavaria, Franz Josef Strauss. Ia terletak kira-kira 28–30 km dari pusat bandar Munich.

Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di Jerman selepas Lapangan Terbang Frankfurt dan yang kesebelas tersibuk di Eropah. Ia juga disenaraikan sebagai lapangan terbang ke-39 paling sibuk di dunia.

Kami selamat tiba di Airport Munich, Germany pada jam 6.38 pagi waktu Munich.

Sementara menunggu bas, kami mengambil peluang menikmati suasana sejuk diluar kawasan Airport Munich. Ketika ini cuaca di sekitar airport sejuk dan berkabus.

MUNICH, GERMANY

Munich ialah ibu kota yang mempunyai penduduk terpadat di Bavaria, Germany. Sehingga 30 November 2024, penduduk Munich adalah seramai 1,604,384 orang dan menjadikannya bandar ketiga terbesar di Germany selepas Berlin dan Hamburg. Munich juga merupakan bandar ke-11 terbesar di dalam Kesatuan Eropah.

Di Pusat Bandar Munich terdapat beberapa tempat menarik dan terkenal seperti Frauenkirche (Katedral), Marienplatz Altes Rathaus, Allianz Arena, BMW Welt Olympiapark dan Kunstareal dengan beberapa muziumnya yang terkenal di dunia.

STADIUM ALLIANZ ARENA

Aturcara pertama kami, melawat Stadium Allianz Arena dan sekitarnya.

Stadium ini terletak di Franz-Beckenbauer-Platz 5, pinggir utara daerah Schwabing-Freimann Munich. Stadium ini merupakan stadium kedua terbesar di Jerman selepas Stadium Westfalenstadion di Dortmund.

Stadium Allianz Arena ialah sebuah stadium bola sepak di Munich, Germany, dengan kapasiti 70,000 tempat duduk untuk perlawanan antarabangsa dan 75,000 untuk perlawanan domestik. Stadium ini dikenali secara meluas dengan bahagian luar panel plastik ETFE yang mengembung. Ia merupakan stadium pertama di dunia dengan bahagian luar yang dicat keseluruhan dengan warna putih. Allianz Arena merupakan mercu tanda seni bina dan salah satu tarikan paling popular di Munich. Pada tahun 2012, stadium ini pernah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA.

Di sini kami sempat untuk mengambil foto berlatarbelakangkan stadium tersebut sebagai kenangan.

FC BAYERN STORE

Dalam kawasan stadium ini terdapat Kedai FC Bayern. Ia terletak di tingkat tiga Allianz Arena yang menawarkan kepada pengunjung semua yang diinginkan oleh peminat bola sepak. Di sini kita akan menemui pelbagai jenis barangan merah putih di kawasan seluas 1,000 meter persegi.

Di sini ada menjual jersi rasmi FC Bayern, sama ada untuk Liga Juara-Juara atau perlawanan di tempat sendiri di Allianz Arena. Peminat Bayern boleh menemui pelbagai jenis bendera, aksesori dan pelekat atau salah satu daripada ratusan barangan lain untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada juara Bundesliga itu. Maskot FC Bayern dan produk popular lain untuk bayi atau kanak-kanak juga boleh didapati di kedai ini.

Barangan dan produk kedai ini juga boleh dibeli secara dalam talian.

Selepas mencuci mata di kedai FC Bayern, kami bergerak ke Masjid Islamisches Zentrum Munchen untuk menunaikan solat zohor dan asar.

MASJID ISLAMISCHES ZENTRUM MUNCHEN

Masjid Islamisches Zentrum merupakan sebuah Pusat Islam. Ia terletak di kawasan perumahan Auensiedlung di sempadan bandar utara Munich, di daerah Freimann. Sebagai salah satu institusi Islam terkemuka di Jerman, pengaruh Pusat Islam meluas ini jauh melangkaui kawasan Munich.

Pusat Islam Munich bertujuan untuk membantu umat Islam yang tinggal di kawasan itu dalam mengamalkan agama Islam. Pusat ini juga menyumbang pemahaman yang lebih baik tentang Islam kepada penduduk setempat, memperdalam kesedaran dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam serta kesediaan mereka untuk berkhidmat kepada orang lain. Kerja khidmat ini disampai dalam berbilang bahasa, terutamanya dalam bahasa Arab, Jerman, dan Turki berdasarkan akidah Islam.

Selepas selesai solat, kami mengambil foto permandangan sekitar luar Masjid Islamisches Zentrum Munchen.

Kemudian kami menaiki bas untuk lawatan ke Marienplatz, sebuah bandar lama di Munich.

MARIENPLATZ (Munich Old Town)

Marienplatz merupakan dataran perniagaan yang berada di tengah-tengah bandar Munich dan merupakan jantung bagi kota Munich. Dataran Marienplatz ini diasaskan oleh Henry the Lion pada tahun 1158, merupakan titik di mana semua jalan terpenting bertemu di sini.

Semasa Zaman Pertengahan, pasaran dan kejohanan diadakan di Marienplatz, yang pada asalnya dipanggil Markth (pasar), Schranne (pasaran bijirin) dan kemudiannya Schrannenplatz (persegi pasar bijirin). Selepas pasaran bijirin dipindahkan ke Schranne kaca-dan-besi moden berhampiran Blumenstrasse pada tahun 1853, dataran itu menerima nama baharunya, bermula 9 Oktober 1854.

Marienplatz telah menjadi dataran utama Munich sejak abad ke-12 dan tempat terbaik untuk berkumpul, bersantai dan berjalan-jalan paling popular di bandar ini, seperti yang telah berlaku selama berabad-abad, sejak ia berasal sebagai ruang untuk pasar. Hari ini, ia merupakan tarikan pelancong popular di Munich. Di sini terdapat beberapa spot bangunan dan tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung. Salah satu acara paling popular di Marienplatz ialah Christkindlmarkt yang diadakan pada bulan November dan Disember semperna menyambut Hari krismas.

i. Altes Rathaus

Altes Rathaus (Dewan Perbandaran Lama) berfungsi sehingga tahun 1874 sebagai pusat pentadbiran perbandaran, sekarang bangunan ini sebagai bangunan pentadbiran perwakilan untuk majlis bandar di Munich, Bavaria, Germany. Altes Rathaus bersempadan dengan dataran tengah Marienplatz di sebelah timurnya.

ii. Neues Rathaus

Neues Rathaus (Dewan Perbandaran Baru) ialah sebuah dewan bandaran yang membentuk bahagian utara Marienplatz di Munich, Bavaria, Germany.

Ia menjadi pusat pentadbiran kepada dewan pembandaran kerajaan termasuk majlis bandar, pejabat datuk bandar dan sebahagian kecil pentadbiran. Pada tahun 1874 perbandaran ini berpindah dari tempat Dewan Perbandaran Lama untuk tempat barunya.

iii. Fischbrunnen

Fischbrunnen terletak di hadapan pintu masuk utama Neues Rathaus (Dewan Perbandaran Baru).

Fischbrunnen ialah air pancut di tengah-tengah Munich, yang sejarahnya boleh dikesan kembali ke Zaman Pertengahan. Pada tahun 1954, Josef Henselmann mencipta air pancut dalam bentuknya sekarang, menggunakan bahagian air pancut neo-gothic Konrad Knoll yang telah musnah semasa Perang Dunia Kedua.

iv. Mariensäule

Mariensäule (Mary's Column) ialah tiang Maria yang terletak di Marienplatz di Munich, Germany. Wanita bernama Maria sangat dihormati di sini sebagai Patrona Bavariae (Pelindung Bavaria).

Tiang monumen ini telah didirikan pada tahun 1638, atas permintaan Maximilian I dari Bavaria, untuk meraikan berakhirnya pendudukan Sweden semasa Perang Tiga Puluh Tahun. Ia dibina berikutan ikrar Duke Elector Maximilian I dari Bavaria sekiranya bandar kediaman ducal Munich dan Landshut terhindar daripada kemusnahan perang.

Ia dihiasi dengan patung emas Maria yang berdiri  pada bulan sabit sebagai Ratu Syurga, yang dicipta pada tahun 1590. Terdapat 4 haiwan di kaki tiang mewakili kesukaran utama. Monumen ini terletak di tengah-tengah dataran.

v. Rathaus-Glockenspiel

Rathaus-Glockenspiel ialah jam mekanikal besar yang terletak di Dataran Marienplatz, di tengah-tengah Munich,Germany. Terkenal dengan watak bersaiz sebenar, jam dua kali sehari melakonkan semula adegan dari sejarah Munich.

Bahagian atas Glockenspiel menceritakan kisah perkahwinan Duke Wilhelm V (yang juga mengasaskan Hofbräuhaus yang terkenal) dengan Renata dari Lorraine (Renate von Lothringen) pada tahun 1568.

Untuk menghormati pasangan bahagia itu, terdapat pertarungan dengan kesatria bersaiz sebenar di atas kuda yang mewakili Bavaria (berwarna putih dan biru) dan Lothringen (berwarna merah dan putih) dimana kesatria Bavaria (Bayerische Ritter) menang dalam pertarungan ini.

Diikuti dengan kisah Schäfflerstanz, yang juga dikenali sebagai tarian coopers, yang dimainkan pada separuh bahagian bawah jam.

Dataran ini menjadi sangat sibuk semasa persembahan Glockenspiel pada pukul 11 pagi, 12 malam dan 5 petang. Tetapi pada bulan November hingga Februari, tiada persembahan pada pukul 5 petang. Jika ada peluang bolehlah  cuba berada di sini untuk persembahan tersebut.

vi. Frauenkirche

The Frauenkirche (Cathedral of Our Dear Lady) sebuah gereja di Munich, Bavaria, Germany. Ia adalah mercu tanda dan dianggap sebagai simbol ibu kota Bavaria. Walaupun dipanggil MĂĽnchner Dom (Katedral Munich), gereja ini dirujuk sebagai Frauenkirche oleh penduduk tempatan. Ia adalah gereja dewan terbesar di dunia.

Frauenkirche telah dibina daripada bata merah dalam gaya Gothic zaman 20 tahun dahulu dengan reka bentuk khas kedua-dua menara itu dan memberikan penampilan yang hampir moden mengikut prinsip "less is more".

vii. Viktualienmarkt

Viktualienmarkadalah zon pejalan kaki, terletak di tengah-tengah bandar lama.  Viktualienmark adalah  kawasan pasar makanan Munich yang berkembang pesat, menampilkan gerai-gerai yang dipenuhi dengan hasil berwarna-warni, makanan segar untuk dikunjungi, taman bir yang sibuk dan banyak produk tempatan yang menarik untuk dibawa pulang. Segala yang mereka impikan daripada makanan istimewa Bavaria hingga hasil yang lebih eksotik.

viii. Saint Peter’s Church Tower (Alter Peter)

Gereja St. Peter ialah sebuah gereja Roman Katolik di dalam bandar Munich sebelah selatan Germany. Menaranya yang berukuran 91 meter dikenali sebagai "Alter Peter" dan merupakan lambang Munich. St Peter's ialah gereja tertua yang direkodkan di Munich.

MUNICH HARD ROCK

Menggabungkan suasana Bandar Lama Munich yang bersejarah dengan semangat Hard Rock yang bertenaga, Hard Rock Cafe Munich meraikan warisan ikoniknya dan lokasi utama Platzl—bertentangan dengan Hofbräuhaus dan tidak jauh dari Marienplatz.

Ditubuhkan pada tahun 2002, sebagai Hard Rock Cafe kedua di Jerman, restoran seluas 3,000 kaki persegi kami menggabungkan daya tarikan Bavaria. Nikmati rasa legenda santapan klasik Amerika dalam suasana moden yang bertenaga di Hard Rock Cafe Munich./p>

RONDA-RONDA DI MARIENPLATZ

SOUVENIRS FLOHR (Kedai Cenderahai)

Singgah di kedai cenderahati di OrlandostraĂźe 8, 80331 MĂĽnchen, Germany dalam perjalanan dari Hard Rock ke Marienplatz. Kami beli sedikit cenderahati kenangan Munich.

Selepas melawat Munich, kami berjalan ke tempat parkir bas.

Kami tidak menginap di Munich, kami bergerak ke Salzburgh.

PENGINAPAN

Perjalanan daripada Munich ke Salzburgh mengambil masa lebih kurang 2.5 jam.

Kami bermalam di Best Western Hotel am Walserberg, Wals, Austria.

Tamat aktiviti hari pertama dan hari kedua.

KLIP VIDEO HARI PERTAMA DAN HARI KEDUA

Sila klik untuk menonton klip video tersebut.


LINK




Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...