HARI KELAPAN (12-11-2025)
Aktiviti Hari Kelapan
KLIP VIDEO HARI KELAPAN DAN HARI KESEMBILAN
1. SARAPAN DI HOTEL B & B
Breakfast & Check-out Hotel B & B, Zurich.
Selepas check-out, kami dibawa melawat air terjun Rhine Fall yang sangat terkenal di Eropah.
2. RHINE FALLS (RHEINFALL), SWITZERLAND
Nama “Laufen” berasal daripada nama lama Rhine Falls iaitu “grosses Lauffen”.
Rhine Falls ialah air terjun terbesar di Eropah dan antara tarikan semula jadi paling terkenal di Switzerland. Air terjun ini terletak berhampiran bandar Schaffhausen, kira-kira 1 jam perjalanan dari Zurich.
Terdapat beberapa platform viewing yang sangat dekat dengan air terjun. Kita boleh merasa percikan air dan bunyi deras air dengan jelas. Platform di sebelah Schloss Laufen adalah yang paling popular.
Di sini terdapat Istana lama ini mempunyai viewpoint panorama yang cantik dan restoran.
2.1 Schloss Laufen Castle (Istana Lama di Rhine Falls)
Schloss Laufen ialah istana bersejarah yang terletak betul-betul di atas Rhine Falls di Switzerland. Istana ini sudah wujud lebih 1,000 tahun dan menjadi antara lokasi paling ikonik di kawasan air terjun tersebut.
Menurut sejarah, catatan pertama mengenai istana ini ialah pada tahun 858 Masihi. Nama “Laufen” berasal daripada nama lama Rhine Falls iaitu “grosses Lauffen”. Istana ini pernah dimiliki oleh Baron von Laufen (dalam bahasa Jerman “Freiherren von Laufen”) yang merupakan keluarga bangsawan zaman pertengahan.
Pada zaman peperangan Old Zurich War (1449), istana ini pernah diserang dan dikepung.
Istana lama ini mempunyai:
- viewpoint panorama
- restoran
- laluan berjalan kaki
- lif panorama ke platform bawah air terjun.
2.2 Lif Panoram Kaca
Di Istana Lama ini mempunyai lif panorama kaca yang sangat terkenal di kawasan Schloss Laufen di bahagian selatan air terjun. Lif ini boleh membawa pelawat dari kawasan istana/visitor center turun hampir ke paras air terjun agar pelawat berada lebih dekat dengan air terjun. Pemandangan dari lif sangat cantik terutama waktu musim panas. Dari sini juga, pelawat boleh pergi ke laluan panorama (Belvedere Trail).
Lif ini sangat membantu terutama untuk warga emas, pengguna stroller bayi dan pelawat yang kurang mampu menaiki tangga banyak.
Ciri menarik lif ini adalah ia mempunyai dinding kaca panorama yang memboleh pelawat dapat menikmati pemandangan terus ke Rhine Falls semasa turun. Ia merupakan antara spot foto popular dan mengurangkan keperluan menaiki tangga curam.
Ramai pelawat menggunakan lif untuk naik semula selepas turun ke viewing platform kerana pemandangannya sangat cantik.
2.3 Platform “Känzeli”
Känzeli ialah platform pemerhatian paling terkenal di Rhine Falls yang terletak di kawasan Schloss Laufen. Platform ini membawa pelawat sangat hampir dengan air terjun sehingga boleh merasai gegaran dan percikan air secara langsung.
Känzeli ialah salah satu lokasi paling Instagrammable dan spot foto terkenaldi Rhine Falls kerana:
- pelangi sering muncul ketika cuaca cerah
- sudut panorama sangat dramatik
- boleh nampak batu besar Rheinfallfelsen di tengah air terjun
2.4 Historama Exhibition
Di dalam istana terdapat pameran sejarah dipanggil “Historama” yang memaparkan:
- sejarah Rhine Falls
- sejarah istana
- era pelancongan lama Switzerland
- gambar dan bunyi interaktif
Selepas melawat Rhine Falls, kami bergerak ke airport Zurich untuk berangkat pulang ke Malaysia.
2.5 Kedai Cenderahati di Rhine Falls
Di kawasan Rhine Falls terdapat beberapa kedai cenderahati yang menjual barangan Switzerland dan memorabilia Rhine Falls. Kebanyakan pelawat membeli coklat Swiss, magnet peti sejuk, jam tangan, pisau Swiss dan hadiah bertema Rhine Falls.
Kedai ini terletak berhampiran visitor center di Schloss Laufen dan menjadi lokasi paling popular untuk membeli souvenir rasmi Rhine Falls.
Antara barangan dijual :
- magnet Rhine Falls
- snow globe Switzerland
- T-shirt Rhine Falls
- coklat Lindt
- Victorinox Swiss Knife
- jam tangan Swiss Made
- poskad dan keychain
3. ZURICH (ZĂĽrich), SWITZERLAND
Zurich ialah bandar terbesar di Switzerland dan pusat kewangan, budaya serta pelancongan negara itu. Bandar ini terletak di hujung Tasik Zurich (Lake ZĂĽrich) dengan latar belakang Alps Switzerland yang sangat cantik.
Zurich sangat terkenal dengan :
- bank antarabangsa
- coklat Switzerland
- jam tangan mewah
- sistem pengangkutan awam yang sangat efisien
4. ZURICH AIRPORT
Lapangan Terbang Zurich (Flughafen ZĂĽrich) ialah lapangan terbang antarabangsa terbesar Switzerland dan hab utama Swiss International Air Lines. Ia memberi perkhidmatan kepada Zurich, bandar terbesar di Switzerland, dan, dengan rangkaian pengangkutannya ke kawasan lain di negara ini. Lapangan terbang ini terletak 9 kilometer (5.6 mi) di utara pusat bandar Zurich.
Check -in flight.
Flight to Doha from Zurich.
HARI KESEMBILAN (13-11-2025)
From Doha to KLIA.
Tiba di KLIA
Makan tengahari sebelum pulang ke rumah kediaman.
Tamat percutian.
LINK

































Comments