Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

BUKIT BENDERA, PULAU PINANG - The Habitat

Pada 07 Oktober 2022, berpeluang pergi mengunjungi Bukit Bendera di Pulai Pinang. Tidak ketinggalan melawat The Habitat yang merupakan satu tarikan baru di Bukit Bendera. Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh kita gunakan samaada menggunakan keretapi, mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep. Namun, rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi kerana ianya mudah, cepat, tak penat, ada aircond dan lebih selesa tambah-tambah untuk mereka yang bercuti ke Bukit Bendera bersama keluarga dan anak-anak. Bercuti ke Bukit Bendera boleh dikatakan satu aktiviti wajib untuk setiap pelancong yang pertama kali bercuti ke Pulau Pinang. Jadi pada waktu puncak seperti cuti sekolah/ hujung minggu, parking kereta di sini memang cepat penuh. Jadi datanglah awal ke sini.