Pada 07 Oktober 2022, berpeluang pergi mengunjungi Bukit Bendera di Pulai Pinang. Tidak ketinggalan melawat The Habitat yang merupakan satu tarikan baru di Bukit Bendera.
Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh kita gunakan samaada menggunakan keretapi, mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep.
Namun, rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi kerana ianya mudah, cepat, tak penat, ada aircond dan lebih selesa tambah-tambah untuk mereka yang bercuti ke Bukit Bendera bersama keluarga dan anak-anak.
Bercuti ke Bukit Bendera boleh dikatakan satu aktiviti wajib untuk setiap pelancong yang pertama kali bercuti ke Pulau Pinang. Jadi pada waktu puncak seperti cuti sekolah/ hujung minggu, parking kereta di sini memang cepat penuh. Jadi datanglah awal ke sini.
The Habitat ialah sebuah hutan lipur di Bukit Bendera. Projek ekopelancongan ini merupakan tempat di mana keindahan alam semulajadi dapat dinikmati secara dekat, terutama sekali hidupan liar di Bukit Bendera dapat diperhatikan dalam habitat semulajadi mereka.
The Habitat berada antara kemuncak Bukit Bendera (di mana terdapatnya bangunan-bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill, dan Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan.
Terdapat beberapa tempat di mana para pengunjung dapat beristirehat. Di sana ada beberapa buaian untuk kegunaan kita terutamanya dalam The Habitat ialah Curtis Crest Tree Top Walk. Ia adalah satu jalanan kanopi dan diibaratkan mahkota kepada Bukit Bendera. Dari sini, anda dapat memandang sampailah ke laut saujana.
Pada masa yang sama, nikmati kehijauan alam dengan pokok-pokok hutan yang melangit tinggi dengan kanopi mereka bagai payung terbuka.
Langur Way Canopy Walk ialah jambatan kanopi sepanjang 230 meter dan digantung setinggi 40 meter di atas hutan simpan. Jambatan ini dibina supaya tidak memberi sebarang kesan terhadap persekitaran semula jadi dan kawasan perlindungan apabila pengunjung merentasinya.
Saya syorkan untuk melawat The Habitat dan menikmati suasana permandangan dan habitat di sini.
LINK
Comments