Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 03 - Bandung Fullday

HARI 03 - 08 Januari 2024 HOTEL ZEST, BANDUNG Sarapan di hotel sebelum memulakan aktiviti hari ketiga. Seharian kita hari ini di Bandung. Kita akan melawat beberapa tempat yang popular di sini. Sangkuriang dan Tangkuban Perahu Semasa perjalanan Tour Gguide kami menceritakan kisah lagenda di Bandung. Cerita Sangkuriang dan Tangkuban Perahu . Kisah legenda 'Sangkuriang' adalah salah satu legenda yang sangat popular asal Jawa Barat. Inti dari legenda ini adalah tentang asal-usul Gunung Tangkuban Perahu, salah satu destinasi wisata paling digemari di Bandung. Legenda ini diceritakan secara turun-menurun pada generasi selanjutnya melalui lisan.  THE LODGE MARIBAYA, LEMBANG, BANDUNG The Lodge Maribaya adalah salah satu tempat wisata/pelancongan di Lembang yang menawarkan berbagai aktiviti pada pengunjung. Disini kita boleh melakukan berbagai akitiviti seperti perkhemahan, jungle tracking mengelilingi kawasan hutan pine yang indah, acara gathering dan team building ,