Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

LANJUT BEACH & GOLF RESORT Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort terletak di Kuala Rompin antara sempadan Johor-Pahang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Resort ini terletak di tengah persekitaran hijau terbaik dengan hutan hujan tropika di Taman Negara Endau Rompin, yang berusia kira-kira 130 juta tahun.  Resort amat sesuai untuk buat hari keluarga kerana mempunyai banyak bilik, 2 kolam renang yang besar, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk orang dewasa.  Resort ini juga berada di tepi pantai yang panjang dan sesuai untuk diadakan sukaneka , team building dan aktitviti kekeluargaan.  Disini kita dapat menikmati ketenangan disebabkan ia jauh dari kesibukan kehidupan kota. Resort ini juga menyediakan kemudahan bagi pengemar golf  di Kelab Golf Lanjut, padang yang hijau yang subur. Susun atur lapangan golf 18 lubang disusun berdasarkan keindahan semula jadi hutan hujan tropika, dan memberikan ujian kemahiran dan penilaian sebenar bagi pemain golf dari semua peringkat.