Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

KELAS TAJWID : MAD TAMKIN

MAD TAMKIN - MAD pada YA bertasydid bertemu YA mati. Cara dibaca : - panjang 2 harakat. - Suara dianyun tidak melebihi 2 harakat.

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat fardhu. Solat Sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat Rawatib yang muakkad dan  sunat Rawatib yang ghaira muakkad . Disamping itu juga, sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori iaitu dikenali sebagai solat sunat Qabliyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas). Solat Sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita. Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib. ( 10 Rakaat ) Dahlil tentang sunat melakukan solat ini, Sebuah hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim; Maksudnya : " Dari Abdullah bin Umar, katanya 'Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah S.A.W dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh '. " (Muttafaq'alaih).

2018 FIFA WORLD CUP RUSSIA - FRANCE JUARA

Tiga puluh dua negara bermain dalam 64 perlawanan di 11 bandar raya Rusia yang berlainan selama satu bulan dan dua hari untuk menentukan pemenang Piala Dunia - hadiah paling hebat dalam bola sepak dan sukan paling berprestij di dunia. Kejohanan ini bermula di Stadium Luzhniki Moscow pada 14 Jun dan berakhir di tempat yang sama pada 15 Julai. Didier Deschamps mengekalkan kesebelasan pemain Perancis yang sama seperti di peringkat separuh akhir iaitu dibarisi oleh Lloris (Penjaga Gol), Pavard, Varane, Umtiti, Hernandez, Pogba, Kante, Matuidi, Griezmann, Giroud dan Mbappe. Pasukan Croatia juga mengekalkan kesebelasan pemainnya ketika menang menentang England diperingkat separuh akhir. Pasukan Croatia pernah bertemu dengan Perancis 20 tahun lalu dalam diperingkat separuh akhir tetapi mereka tewas. Kesebelasan pemain Croatia iaitu Subasic (Penjaga Gol), Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic, Rakitic, Brozovic, Rebic, Modric, Perisic dan Mandzukic. Perancis (France) t

Tip Kesihatan : Elak Makan, 10 Makanan ini.

10 makanan,  anda tidak perlu makan iaitu : 1. DIET SODA 2. SUGAR-FREE CANDY 3. MICROWAVE POPCORN 4. EGGS 5. ICE CREAM 6. LOW-FAT YOGURT 7. MARGARINE 8. CEREAL 9. ENERGY BARS 10. FRUIT JUICES