Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2026

TRIP KE BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT 13 - 16 JULAI 2026 (4H3M)

BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT 1.0  PENDAHULUAN Perancangan awal kami hendak untuk merasa menaiki keretapi ETS yang dikendalikanoleh KTMB. Kami telah memilih untuk ke Hatyai Thailand pada Disember 2025 dengan menaiki ETS ke Padang Besar, Perlis dan meneruskan perjalanan ke Hatyai. Hasrat kami tidak tercapai pada ketika itu disebabkan Hatyai telah dilanda banjir yang teruk. Hotel yang telah ditempah awal terpaksa dibatal termasuk tiket ETS yang telah dibeli juga terpaksa dibatal. Kami bernasib baik, bayaran hotel telah dipulangkan sepenuhnya manakala tiket ETS, kami dapat pulangan 70% dari harga tiket. Pada awal bulai Mei 2026, kami telah berbincang untuk meneruskan hasrat untuk menaiki ETS. Kali ini kami telah memilih ke selatan, ke Johor Bahru. Kali ini, kami bercadang meneruskan perjalanan kami ke Batam. Setelah berbincang dan mencari pakej yang sesuai, kami telah memilih pakej ke Batam, Bintan dan Pulau Penyegat selama 4 hari 3 malam. Pakej ini disediakan oleh agen pelan...