BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT
1.0 PENDAHULUAN
Perancangan awal kami hendak untuk merasa menaiki keretapi ETS yang dikendalikanoleh KTMB. Kami telah memilih untuk ke Hatyai Thailand pada Disember 2025 dengan menaiki ETS ke Padang Besar, Perlis dan meneruskan perjalanan ke Hatyai.
Hasrat kami tidak tercapai pada ketika itu disebabkan Hatyai telah dilanda banjir yang teruk. Hotel yang telah ditempah awal terpaksa dibatal termasuk tiket ETS yang telah dibeli juga terpaksa dibatal. Kami bernasib baik, bayaran hotel telah dipulangkan sepenuhnya manakala tiket ETS, kami dapat pulangan 70% dari harga tiket.
Pada awal bulai Mei 2026, kami telah berbincang untuk meneruskan hasrat untuk menaiki ETS. Kali ini kami telah memilih ke selatan, ke Johor Bahru. Kali ini, kami bercadang meneruskan perjalanan kami ke Batam. Setelah berbincang dan mencari pakej yang sesuai, kami telah memilih pakej ke Batam, Bintan dan Pulau Penyegat selama 4 hari 3 malam. Pakej ini disediakan oleh agen pelancongan Syoknya Travel.
1.1 BATAM
Batam merupakan salah satu destinasi perlancongan yang menarik di Indonesia yang menawarkan kombinasi keindahan alam, budaya yang kaya, serta berbagai aktiviti yang memikat pelancong .
Batam ialah sebuah bandar dan pulau utama di wilayah Kepulauan Riau, terletak hanya kira-kira 20 km dari Singapore. Batam terkenal sebagai zon perdagangan bebas (Free Trade Zone), pusat perindustrian, pelancongan, membeli-belah dan makanan laut.
1.2 PULAU BINTAN
Pulau Bintan adalah sebahagian daripada Kepulauan Riau di Indonesia, terkenal dengan keindahan tropika, resort mewah, dan lokasinya yang dekat dengan Singapura, menjadikannya destinasi pelancongan yang popular. Tarikan utama pelancongan di sini termasuk pantai yang indah, resort mewah, padang golf, serta aktiviti pengembaraan seperti sukan air dan mendaki.
1.3 PULAU PENYENGAT
Pulau Penyengat, yang terletak berhampiran Tanjung Pinang di Bintan, merupakan destinasi pelancongan bersejarah yang terkenal di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini memainkan peranan penting di dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga dan kaya dengan warisan budaya.
2.0 ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)
ETS ialah perkhidmatan kereta api elektrik laju yang dikendalikan oleh KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad), menghubungkan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Kelajuan maksimum operasi ialah sekitar 140 km/j.
Kemudahan dalam tren
- Tempat duduk berhawa dingin
- Soket kuasa di setiap tempat duduk
- Tandas
- Surau
- Koc kafe
- Ruang bagasi
- Kemudahan OKU
Sesetengah tren turut menawarkan Business Class dengan tempat duduk lebih luas, makanan ringan, Wi-Fi dan akses lounge di stesen tertentu.
2.1 TIKET ETS
Pada 10 Jun 2026, kami telah pergi ke Stesen KTM Kajang untuk membuat pertanyaan dan membeli tiket ETS. Kami dapat harga diskaun bagi Warga Emas /Pesara Kerajaan iaitu RM 52 (pergi) dan RM 51 (pulang).. Tiket ETS perjalanan pergi Kajang ke JB Sentral pada 12 Julai 2026 jam 8.33 pm manakala tiket perjalanan pulang JB Sentral ke Kajang pada 17 Julai 2026 jam 12.45pm.
3.0 TIKET FERI
Tiket feri telah termasuk dalam pakej kami dan di beli oleh pihak ejen pelancongan.
3.0 KEPERLUAN DOKUMEN SEBELUM KE BATAM
Bagi warganegara Malaysia yang masuk ke Batam melalui feri, dokumen yang perlu disediakan ialah:
1. Pasport Malaysia yang masih sah (disyorkan berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan).
2. All Indonesia Arrival Card (AIAC) – wajib diisi secara dalam talian dalam tempoh 72 jam (3 hari) sebelum ketibaan. Selepas dihantar, kita akan menerima kod QR untuk ditunjukkan semasa pemeriksaan imigresen.
3. Tiket feri pergi dan balik (disyorkan dibawa bersama).
4. Tempahan hotel atau alamat tempat penginapan di Batam (maklumat ini diperlukan semasa mengisi AIAC).
Visa: Untuk lawatan singkat sebagai pelancong, rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk memasuki Indonesia.
4.0 PLUG DAN ALAT PENGEGAS ELEKTRIK
Jika kita melancong dari Malaysia ke Indonesia (termasuk Batam, Jakarta, Bali, Dumai dan kebanyakan kawasan lain), disyorkan membawa travel adapter.
Di Malaysia, kita menggunakan : Plug Jenis G (3 pin segi empat) manakala di Indonesia, kebanyakannya menggunakan Plug Jenis C dan Jenis F (2 pin bulat). Voltan standard ialah 230V, 50Hz. Jadi kebanyakan pengecas telefon, tablet dan komputer riba dari Malaysia boleh digunakan tanpa penukar voltan, kita hanya memerlukan adapter jika palamnya tidak sepadan.
Kebanyakan hotel di Batam menggunakan soket Jenis C/F. Sesetengah hotel moden turut menyediakan soket universal, tetapi jangan bergantung kepadanya. Sebaiknya bawa satu universal travel adapter untuk kemudahan.
5.0 SHOPPING MALL DI BATAM
Di Batam terdapat banyak gedung membeli-belah di Batam. Ini adalah lokasi membeli-belah yang paling popular:
- Nagoya Hill – cenderamata, pakaian, coklat dan elektronik.
- Grand Batam Mall – pusat beli-belah moden.
- Mega Mall Batam Centre – mudah diakses dari terminal feri.
- Batam City Square Mall – terkenal dengan pakaian dan aksesori.
- Diamond City Mall – pilihan tambahan yang lebih santai.
6.0. TUKARAN MATAWANG
7.0 ITERNARI PAKEJ
8.0 SENARI KLIP VIDEO
(Akan dikemaskini)
9.0 RUMUSAN
Pada keseleluruhan percutian ini sangat memuaskan. Tour guide/supir yang baik dan spoting.
LINK
Comments