Skip to main content

TRIP KE BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT - HARI 03

HARI KETIGA 15-07-2026

BATAM CITY TOUR

Aktiviti Hari 3

1. Sarapan pagi di hotel
2. Puncak Beliung (tempat instagramble photo)
3. Lawatan ke Saung Budaya Batam
4.  Lawatan ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah Batam
5. Makan tengah hari di Bandoeng Resto
6. Lawwatan Masjid Agung Raja Hamidah, Batam dan tangkap gambar berlatar belakang kan sign “Welcome To Batam”
7.Museum Raja Ali Haji Batam
8.Tiaris Snack, Batam
9. Jalan-jalan shopping dan Makan malam di Nagoya Hill

1.0  SARAPAN DI HOTEL

Sarapan di hotel Beverly, Batam

2.0  PUNCAK BERLIUNG (BUKIT BERLIUNG)

Lawatan ke Puncak Beliung, Batam.

Puncak Beliung terletak di kawasan Tanjung Riau, Sekupang, Batam.

Puncak Beliung ialah salah satu kawasan tanah tinggi di Batam yang terkenal dengan pemandangan panoramik bandar, bukit menghijau dan laut serta pulau-pulau di sekitarnya. Ia menjadi lokasi pilihan penduduk tempatan dan pelancong untuk bersantai, terutama pada waktu petang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Puncak Beliung ialah:

  1. Menikmati pemandangan panorama Kota Batam dari kawasan tinggi.
  2. Menyaksikan matahari terbenam (sunset), yang merupakan waktu paling popular untuk berkunjung.
  3. Bergambar dengan latar belakang bukit, bandar dan laut.
  4. Bersantai di kafe atau warung yang menawarkan minuman, kopi dan makanan ringan sambil menikmati pemandangan.
  5. Menikmati angin sejuk pada waktu petang dan malam.
  6. Fotografi waktu malam, apabila lampu bandar Batam mula menyala.
  7. Berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan, kerana suasananya santai dan sesuai untuk berehat.

Tarikan utama:

Pemandangan panorama dari puncak bukit.
Spot fotografi dan platform melihat pemandangan.
Ayunan gergasi (giant swing) dan beberapa aktiviti rekreasi ringan.
Kawasan santai untuk keluarga dan pencinta alam.
Sesuai untuk melihat matahari terbenam (sunset).

3.0  SAUNG BUDAYA, BATAM

Saung Budaya Batam ialah sebuah destinasi pelancongan budaya yang baharu di Sekupang, Batam. Ia menggabungkan persembahan seni, pendidikan budaya dan suasana hutan yang tenang. Saung Budaya ini dirasmikan pada tahun 2025 sebagai usaha memelihara warisan budaya Melayu dan Nusantara.

Saung Budaya Batam ini menawarkan suasana semula jadi, terletak di dalam hutan yang asli dan memelihara kekayaan budaya Indonesia.

Pelancongan kini beralih kepada pelancongan regeneratif, di mana pemuliharaan alam sekitar menjadi keutamaan di setiap destinasi. Tempat pelancongan ini merupakan contoh utama pelancongan regeneratif, yang memanfaatkan kawasan hutan sebagai ruang untuk pemeliharaan budaya dan alam semula jadi.

Saung Budaya Batam bukan sekadar tarikan pelancong, tetapi juga rumah budaya yang hidup di mana ia mempersembahkan seni tradisional dan warisan tempatan dipelihara, diraikan, dan dikongsi dengan masyarakat yang lebih luas, bukan sahaja pengunjung dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.

Pengunjung akan terus dihidangkan dengan pelbagai persembahan seni budaya seperti pencak silat Melayu, tarian persembahan, tarian bagurau, dan persembahan muzik tradisional.

4.0  MASJID SULTAN MAHMUD RIAYAT SYAH, BATAM

Lawatan ke menara Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah Batam.

Solat Jamak Zohor & Asar di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, Batam.

4.1  Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah

Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah merupakan salah sebuah masjid terbesar di Sumatera dan antara mercu tanda Islam paling terkenal di Batam. Masjid ini terletak di kawasan Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam.

Dibina dengan seni bina moden yang megah serta ruang solat utama tanpa tiang di bahagian tengah, menjadikan ruangnya sangat luas. Mampu menampung sehingga 55,000 jemaah di seluruh kawasan masjid.

Masjid Sultan Mahmud Ri'ayat Shah merupakan salah satu mercu tanda utama Batam dan antara masjid terbesar di Indonesia. Masjid ini terletak di kawasan Batu Aji, kira-kira 25–35 minit memandu dari Batam Centre Ferry Terminal, bergantung kepada keadaan trafik. Ia bukan sahaja menjadi pusat ibadah, malah destinasi pelancongan Islam yang terkenal.

Masjid ini dinamakan sempena Sultan Mahmud Riayat Syah, seorang sultan yang terkenal dalam sejarah Kesultanan Johor-Riau kerana perjuangannya menentang penjajahan Belanda pada abad ke-18. Baginda mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Kepulauan Riau, termasuk kawasan Batam, Bintan dan Pulau Penyengat.

Keistimewaan masjid ini adalah antara masjid terbesar di Sumatera, dengan keluasan kompleks lebih 57,000 meter persegi dan mampu menampung puluhan ribu jemaah ketika solat Jumaat dan Hari Raya.

Reka bentuknya menggabungkan seni bina Melayu dan Timur Tengah, dengan ruang solat utama yang luas tanpa tiang di tengah. Masjid telah menjadi ikon pelancongan Islam di Batam dan sering dikunjungi pelawat dari Malaysia dan Singapura.

4.2  Menara Utama

Lawatan ke Menara Asmaul Husna merupakan antara tarikan utama ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.

Menara utama ini mempunyai setinggi 99 meter yang melambangkan 99 Asmaul Husna. Menara ini mempunyai 21 tingkat dan terdapat lif yang membawa pengunjung ke dek tinjau.

Dek pemerhatian ini berada di Tingkat 15, pada ketinggian kira-kira 64.5 meter dan boleh menampung sekitar 30 orang pada satu masa.

Dari atas menara, kita boleh menikmati pemandangan Bandar Batam, Selat Singapura dan pada cuaca cerah, sebahagian kawasan Singapura.

5.0  BANDOENG RESTO

Makan tengahari di Bandoeng Resto, Kampoeng Sunda, Batam

6.0 MASJID AGUNG RAJA HAMIDAH, BATAM

Lawatan ke Masjid Agung Raja Hamidah, Batam.

Masjid Agung Raja Hamidah Kota Batam merupakan masjid terbesar dan antara mercu tanda utama di Batam Centre, Kepulauan Riau, Indonesia.

 

Selepas projek revitalisasi yang bermula pada 2022, masjid ini dibuka semula kepada orang ramai pada September 2024 dan dinamakan sempena Raja Hamidah (Engku Putri), tokoh penting Kesultanan Riau-Lingga.

Masjid ini mempunyai seni bina moden dengan kubah besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda Batam. Manakala hiasan dalaman yang luas, terang dan berhawa dingin seta kawasan parkir yang besar. Masjid juga sesuai untuk solat berjemaah, pelancongan Islam dan fotografi seni bina.

Dari masjid ini, kita boleh mengambil FOTO berlatar "Welcome to Batam".

7.0  SIGN "WELCOME TO BATAM"

Welcome to Batam merupakan mercu tanda (landmark) paling terkenal di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Tulisan gergasi "WELCOME TO BATAM" yang dipasang di lereng bukit sering menjadi lokasi wajib untuk bergambar oleh pelancong yang berkunjung ke Batam.

Mercu tanda ini terletak di kawasan Batam Centre, berhadapan Teluk Tering, dan boleh dilihat dengan jelas dari Jambatan Raja Haji Fisabilillah. Dari kawasan pandangannya, pengunjung dapat menikmati panorama bandar Batam, kawasan pesisir pantai dan laut yang indah, terutama pada waktu matahari terbit, matahari terbenam dan pada waktu malam apabila lampu bandar mula menyala.

Kawasan ini mempunyai ruang parkir, laluan pejalan kaki serta beberapa gerai makanan dan minuman yang beroperasi pada waktu tertentu. Ia menjadi lokasi popular bagi pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengambil gambar kenangan.

8.0  MUZIUM RAJA ALI HAJI, BATAM

Muzium ini merupakan muzium sejarah utama di Batam yang memaparkan perkembangan Batam daripada era Kesultanan Riau-Lingga sehingga menjadi bandar industri moden hari ini. Ia dinamakan sempena Raja Ali Haji, tokoh sastera dan budaya Melayu yang terkenal serta pengarang Gurindam Dua Belas. Muzium ini dibuka kepada umum pada 18 Disember 2020.

Bangunan yang menempatkan muzium ini pada asalnya merupakan astaka utama untuk Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) Kebangsaan ke-25 pada tahun 2014, yang kemudiannya dipindahkan dari kerajaan wilayah Kepulauan Riau kepada kerajaan bandar Batam.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada 18 Disember 2020, bersempena dengan ulang tahun Batam. Lokasi muzium ini di Batam Centre, berhampiran Dataran Engku Putri dan pusat pentadbiran Kota Batam.

Antara galeri utama di sini adalah :

  • Sejarah Kesultanan Riau-Lingga
  • Raja Ali Haji
  • Budaya dan khazanah
  • Zaman penjajahan Belanda dan Jepun
  • Perkembangan Batam pada era
  • Koleksi foto, dokumen dan artifak sejarah tempatan

9.0  TIARIS SNACK, BATAM

Beli kerepek & makanan ringan di Tiaris Snack, Batam.

Ia terletak di kawasan Lubuk Baja, berhampiran pusat beli-belah seperti Nagoya.

Tiaris Snack ialah kedai yang menjual pelbagai makanan ringan dan oleh-oleh khas Indonesia, antaranya:

1. Keropok dan kerepek tradisional

2. Kek lapis Batam

3. Bolu kemojo

4. Biskut dan kuih tradisional

5. Kacang, coklat dan gula-gula; dan

6. Makanan ringan dalam pek untuk dibawa pulang.

10.0  NAGOYA HILL SHOPPING MALL

Jalan-jalan shopping di Nagoya Hill

Nagoya Hill Shopping Mall ialah pusat membeli-belah paling popular di Batam dan sering menjadi destinasi utama pelancong dari Malaysia serta Singapura. Ia terletak di kawasan Nagoya, kira-kira 15 minit dari Harbour Bay Ferry Terminal dan menjadi pusat komersial utama Batam.

10.1  RENUIN SOUL FOOD

Makan malam di Renuin Soul Food (Masakan Indonesia). Restoran ini berada di dalam Nagoya Hill Shopping Mall.

Selepas membeli-belah dan makan malam di Nagoya Hill Mall, kami pulang ke hotel untuk penginapan.

Tamat aktiviti hari ketiga.



LINK





Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...