Skip to main content

TRIP KE BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT - HARI 01

HARI PERTAMA 13-07-2026

Hari 1 : Puteri Harbour - Harbourbay, Batam – Bintan

Aktiviti Hari 1

1. Sampai Ferry Terminal Batam langsung berangkat ke Pelabuhan Punggur
2. Naik Ferry menuju Bintan
3. Sampai Ferry Terminal Bintan /Tanjung Uban langsung menuju Gurun Pasir Telaga Biru
4. Daftar Masuk Hotel
5. Lawatan sekitar Pulau Dompak dan Masjid Atas gunung.
6. Melihat laut Tanjung Pinang pada Malam Hari
7. Makan Malam

1.0  HOTEL CITRUS, JOHOR

Daftar keluar dari hotel dan menaiki van menuju ke Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

2.0  PUTERI HARBOUR, JOHOR

Puteri Harbour ialah kawasan marina dan tepi laut yang terletak di Iskandar Puteri, kira-kira 25 km dari pusat bandar Johor Bahru.

Ia merupakan antara destinasi pelancongan utama di kawasan Iskandar Malaysia dan terkenal sebagai terminal feri antarabangsa ke Batam.

3.0  PERJALANAN DARI PUTERI HARBOUR KE HARBOUR BAY, BATAM

Perjalanan ke Batam mengambil masa sekitar 90 minit hingga 2 jam bergantung kepada keadaan laut dan proses imigresen. Penumpang disaran hadir sekurang-kurangnya 90 minit sebelum waktu berlepas.

Kami tiba di Harbourbay Terminal Batam setelah lebih kurang 2 jam perjalanan.

4.0  HARBOUR BAY, BATAM

Harbour Bay merupakan salah satu kawasan paling popular di Batam, terutamanya bagi pelancong dari Malaysia dan Singapura. Ia menggabungkan terminal feri antarabangsa, hotel, restoran tepi laut, pusat hiburan dan kawasan komersial dalam satu lokasi.

Di kawasan Harbour Bay terdapat banyak restoran makanan laut menghadap laut. Pada waktu petang dan malam, kawasan promenade dipenuhi pengunjung yang menikmati makanan laut sambil melihat pemandangan kapal keluar masuk pelabuhan.

4.1  Terminal Feri Antarabangsa

Antara kemudahan utama ialah Harbour Bay Ferry Terminal dan Harbour Bay.

Salah satu terminal feri antarabangsa utama di Batam.

Laluan terus ke Singapura (HarbourFront) dan Johor Bahru.

Hanya sekitar 10 minit dari kawasan Nagoya, pusat membeli-belah utama Batam.

4.2  Harbour Bay Downtown


Kawasan waterfront moden dengan restoran, kafe dan hotel.

Sangat meriah pada waktu malam.

Tempat popular untuk menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam.

4.3  Harbour Bay Citywalk

Harbour Bay Citywalk ialah sebuah kompleks membeli-belah dan riadah tepi laut yang terletak di kawasan Harbour Bay, Batam. Ia berfungsi sebagai destinasi gaya hidup yang menggabungkan kedai, restoran dan ruang hiburan berhampiran terminal feri antarabangsa bandar ini dan menjadikannya persinggahan yang popular untuk penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung.ke sini.

Setelah lebih kurang 2 jam perjalanan feri, kami tiba di Harbourbay, Batam.

5.0 MAKAN TENGAHARI DI RM SUNDA BU JOKO

Kemudian kami dibawa ke  RM Sunda Bu Joko, Batam untuk makan tengahari. 

Makan secara buffet. Setelah selesai makan tengahari, kami dibawa menaiki van menuju ke Pelabuhan Punggur.untuk ke Pulau Bintan.

5.0  PELABUHAN PUNGGUR

Selepas makan tengahari, kami dibawa terus ke Pelaburan Telaga Punggur, Batam untuk menaiki bot ke Tanjung Uban, Pulau Bintan.

Pelabuhan Telaga Punggur merupakan pelabuhan feri domestik utama di bahagian timur Pulau Batam, Indonesia.

Ia terletak di kawasan Kabil, Nongsa. Ia merupakan pintu masuk penting ke Pulau Bintan bagi mereka yang datang dari Tanjungpinang, Tanjung Uban, Dabo Singkep dan beberapa pulau lain di Kepulauan Riau.

5.1  Naik Ferry menuju Bintan

Perjalanan ke Tanjung Uban mengambil masa lebih kurang 1 jam.

6.0  TERMINAL BINTAN/TANJUNG UBAN

Tiba di Terminal Tanjung Uban, Pualu Bintan.

Tanjung Uban merupakan terminal feri domestik  utama terutama menghubungkan Tanjung Uban dengan Batam (Telaga Punggur) serta sering digunakan oleh penduduk tempatan. Ia terletak di bahagian barat laut Pulau Bintan dan merupakan pintu masuk utama ke Bintan bagi pelancong yang datang dari Batam. Kedudukannya lebih dekat ke kawasan resort Lagoi berbanding Tanjung Pinang.

Perjalanan kami dari Pelabuhan Punggur ke Terminal Bintan/Tajung Uban mengmbil masa lebih kurang sejam. Sampai di Ferry Terminal Bintan /Tanjung Uban, kami meneruskan perjalanan ke Gurun Pasir Telaga Biru.

7.0  GURUN PASIR TELAGA BIRU, BINTAN

Salah satu tarikan alam yang paling unik di Bintan ialah Telaga Biru Bintan. Tasik ini terbentuk daripada bekas kawasan perlombongan pasir. Kini tasik ini terkenal dengan air berwarna biru-turkois yang sangat cantik dengan berlatarbelakangkan bukit pasir putih seakan-akan padang pasir.

Tasik ini terletak di kawasan Busung, Bintan Utara iaitu kira-kira 30–40 minit dari kawasan Lagoi dan Treasure Bay. Tasik ini sering digabungkan dengan lawatan ke Gurun Pasir Busung yang terletak bersebelahan.

Antara tarikan utama di sini adalah air tasik biru yang unik dan fotogenik dengan pemandangan bukit pasir seperti gurun mini. Tempata sangat popular untuk fotografi dan video pelancongan. Di sini juga terdapat aktiviti ATV, menunggang kuda dan bergambar dengan pelbagai prop yang disediakan penduduk tempatan. Kebanyakan pelawat menghabiskan antara 45 minit hingga 1½ jam di sini sebelum meneruskan lawatan ke Gurun Pasir Busung.

Ramai pelancong yang pernah tinggal lama di Bintan akan menyenaraikan kawasan Sand Dunes bersama Blue Lake sebagai salah satu lokasi paling menarik dan fotogenik di Pulau Bintan.

8.0  DURIAN DAUN BINTAN

Dalam perjalanan ke Tanjungpinang dari Gurun Pasir Telaga Biru, kami singgah ke gerai menjual durian tempatan. Kami mencuba Durian Daun Bintan.

Durian Daun Bintan ialah sejenis durian eksotik yang berasal dari Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. Ia bukan kultivar biasa seperti Musang King atau D24, sebaliknya tergolong dalam spesies liar Durio oxleyanus, yang semakin jarang ditemui dan dianggap terancam di habitat asalnya.

Ciri-ciri Durian Daun Bintan ialah ia bersaiz kecil, dengan berat purata sekitar 590 gram. Berkulit hijau dengan duri yang panjang dan agak halus. Manakala isinya putih kekuningan, lembut dan nipis.. Aromanya harum tetapi tidak menyengat, sesuai untuk mereka yang kurang gemar bau durian yang kuat. Rasanya  manis lembut, kadangkala sedikit pahit, dengan tekstur yang sangat lembut.

9.0  HOTEL NITE & DAY LAGUNA, BINTAN

Nite & Day Laguna Bintan, hotel terletak di Tanjung Pinang, Pulau Bintan, dan merupakan pilihan popular untuk pelancong yang tiba melalui Terminal Feri Sri Bintan Pura untuk penginapan.

Selepas daftar masuk hotel, kami menunaikan solat jamak Zohor & Asar di bilik hotel. Setelah selesai solat, kami dibawa melawat Pulau Dompak, seterusnya makan makan malam..

10.0  PULAU DOMPAK

Pulau Dompak juga merupakan pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Provinsi Kepulauan Riau (Kepri). Di Komplek ini terdapat banyak bangunan kerajaan negeri ditempatkan di sini, sama seperti Putrajaya di Malaysia.

Pulau ini dihubungkan dengan Pulau Bintan melalui jambatan, dan perjalanan dari pusat bandar Tanjungpinang hanya sekitar 10–15 minit dengan kereta.

Jambatan di pulau ini merupakan antara mercu tanda utama di Tanjungpinang.

Ramai pelancong Malaysia yang melawat Pulau Dompak, Masjid Raya Nur Ilahi dan Pulau Penyengat dalam satu hari kerana ketiga-tiganya terletak berdekatan di kawasan Tanjungpinang.

10.1  JAMBATAN DOMPAK

Jambatan panjang yang kita nampak ketika menuju ke Pulau Dompak ialah Jambatan Dompak. Jambatan ini menghubungkan Pulau Bintan (bandar Tanjungpinang) dengan Pulau Dompak, yang merupakan pusat pentadbiran Provinsi Kepulauan Riau.

10.2  MASJID RAYA NUR ILAHI (MASJID ATAS GUNUNG)

Masjid Raya Nur Ilahi merupakan masjid utama di Pulau Dompak dan menjadi ikon keagamaan serta mercu tanda pusat pentadbiran Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.

Masjid dengan menaranya setinggi kira-kira 12 tingkat terletak di atas bukit, menjadikannya antara lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan Pulau Dompak, Jambatan Dompak dan bandar Tanjung Pinang serta pulau-pulau sekitarnya.

11.0  MAKAN MALAM

Makan malam di Rumah Makan Seafood Umi Nurlina.

Asam Pedasnya sangat sedap.

Kami juga dihidang dengan siput gonggong yang poputar di Tanjungpinang.

Selepas makan malam, kami pulang ke hotel untuk penginapan.

Tamat aktiviti hari pertama.



LINK





Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...