Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

MICROSLEEP

Badan penat selepas seharian bekerja, mengantuk dan tidak cukup tidur sebelum memulakan pemanduan jarak jauh adalah punca utama kepada microsleep.  Anda tidak digalakkan memandu jika kepenatan. Sentiasa ingat orang yang kita sayang. Berehatlah dahulu. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

TOKSIK DARI KEPALA HINGGA KE KAKI

Sumber : FB Viral

RESEPI : PUDING BUAH NAGA

Resipi ini diubahsuai dari youtube mengikut citarasa saya. Resipi juga telah banyak diviralkan dalam media sosial. Selamat mencuba. BAHAN-BAHAN    20 gram agar-agar bertali  Sebiji buah naga  800 ml air 1 cawan gula kastor 1 tin susu kremer sejat FN 350g CARA-CARA PEMBUATANNYA  Agar-agar dipotong dan direndam beberapa minit.  Buah naga dipotong kecil.  Panas kuali dengan air dan masukkan agar-agar  Apabila agar-agar telah larut, masukkan gula kastor kemudian susu cair.  Apabila campuran tersebut telah mendidih, masukkan buah naga.  Panaskan sehingga campuran itu kelihatan sedikit kepekatan.  Tutup api dan masukkan campuran tersebut dalam loyang yang sesuai.  Sejuk sebentar, kemudian masuk ke dalam peti ais. Kemudian boleh dihidangkan. Sumber : Sloppy Kitchen

RESIPI : KUIH KASWI

BAHAN-BAHAN : Bahan-bahan untuk A : 1 cawan gula merah 1 cawan gula putih 2 cawan air 1 helai daun pandan Bahan-bahan untuk B : 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi kayu 3 cawan air 2 sudu besar bancuhan air kapur Bahan-bahan untuk C : 1 biji kelapa parut sedikit garam Cara Penyediaan : Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit. Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong. Tips : Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih. Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan. Sumber : Resipi Che Nom

PERCUTIAN KE EROPAH 4 NEGARA 13-22 OKT 2019 - Hari 9

21 OKT 2019 Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas pada waktu pagi.  Selepas solat Zohor, anda akan dibawa ke pusat membeli belah Lavallee Village. Satu lagi destinasi membeli belah yang sangat popular yang lebih besar dari Bicester Village di London.  Kami menghabiskan sesi petang di sini sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle (CDG) untuk penerbangan pulang ke Malaysia.  Penerbangan akan melalui Muscat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. [ Utama ] [ Sebelum ] [ Berikut ] [ Koleksi Video ]

PERCUTIAN KE EROPAH 4 NEGARA 13-22 OKT 2019 - Hari 10

22 OKT 2019 Dari Paris kami transit di Muscat selama 14 jam. Kami dibawa ke penginapan sementara di Hotel Holiday Villa di bandar Muscat. Kami hanya dapat meneroka sekitar hotel aje. Kemudian kami dibawa semula ke Lapangan Terbang Muscat untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tamat percutian kami, semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan melancong lagi. KLIP VIDEO [Video - Bhg. 15] - Transit di Muscat, Oman, penerbangan pulang dari Paris ke KLIA. [ Utama ] [ Sebelum ] [ Koleksi Video ]

PERCUTIAN KE EROPAH 4 NEGARA 13-22 OKT 2019 - Hari 8

20 OKT 2019 Sarapan pagi di hotel dan aturcara pada hari ini ialah melawat Eiffel Tower.  Menara besi yang menjadi simbol Kota Paris dan negara Perancis. Ia mula dibina pada tahun 1885 bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 100 Revolusi Perancis yang menumbangkan keluarga diraja dan mengasaskan negara republik. Menara ini juga sebagai salah satu monument yang dibina untuk World Expo 1889. Sepatutnya Menara Eiffel ini diruntuhkan selepas habis expo tersebut, tetapi atas usaha pihak-pihak tertentu, ia kekal hingga sekarang dan menjadi antara ikon paling terkenal di serata dunia. Selepas melawat Eiffel Tower, kami dibawa untuk solat sebelum dibawa menghabiskan sesi petang ke pusat membeli belah paling terkenal di Paris, Galeries Lafayette. Setelah puas membeli belah, bertolak ke hotel. KLIP VIDEO [Video Bhg. 14]  - Lawatan ke Eiffel Tower dan Pusat Membeli-belah Galeries LaFayette Paris. [ Utama ] [ Sebelum ] [ Berikut ]

PERCUTIAN KE EROPAH 4 NEGARA 13-22 OKT 2019 - Hari 7

19 OKT 2019 Sarapan pagi di hotel dan bergambar kenangan sebelum bertolak ke Paris.  Sebaik tiba di Paris, kami dibawa ke masjid di Grande Mosqee de Paris. untuk menunaikan Solat Jamak di Grande Mosqee de Paris. Kemudian kami dibawa untuk menikmati keindahan Kota Paris melalui Paris River Cruise di Compagnie des Bateaux-Mouches.  Selepas itu kami meneruskan perjalanan menaiki bas dan menerokai Kota Paris dengan singgah sebentar beberapa tempat seperti : - Notre-Dame Cathedral,  - Louvre Museum,  - Les Invalides,  - Palais Garnier,  - Arc de Triomphe,  - Place de la Concorde,  - Trocadero Square; dan  - Avenue des Champs-Elysees.  Disini kami dapat menyaksikan sendiri kehalusan dan kekayaan seni ukiran yang banyak terdapat di  Kota Paris. KLIP VIDEO [Video Bhg. 12]  - Dari Brussels ke Paris, lawatan sekitar Paris. [Video Bhg. 13]  - Seine River Cruises di Kota Paris. [ Utama ] [ Se

PERCUTIAN KE EROPAH 4 NEGARA 13-22 OKT 2019 - Hari 6

18 OKT 2019 Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brussels.  Tiba di Brussels, lawatan dimulakan dengan singgah di Atomium untuk mengambil gambar. Atomium ialah struktur unik yang dibina pada tahun 1958 untuk World Expo yang kini digunakan sebagai muzium, menjadi mercu tanda Brussels. Kemudian perjalanan diteruskan ke Brussels City Centre.  Di Brussels City Centre, kami dapat menikmati keindahan Grand Place, melihat sendiri Mannekin Pis, patung bayi yang menjadi simbol Brussels dan patung asal dikatakan wujud sejak tahun 1452.  Di sini, kami boleh menikmati pelbagai jenis coklat Belgium yang sangat terkenal di serata dunia dan waffle dengan pelbagai jenis toppings dan membeli cenderahati di Hard Rock CafĂ©. Masa terluang akan diberi sebelum anda dibawa ke hotel untuk berehat. KLIP VIDEO [Video Bhg. 11]  - Lawatan ke Bandar Brussels, Belgium [ Utama ] [ Sebelum ] [ Berikut ] [ Koleksi Video ]