HARI PRA-PERJALANAN - 12 JULAI 2026
Aktiviti Hari Pra-perjalanan : Kajang ke Johor Bahru
- Stesen Keretapi Kajang
- Perjalanan dari Stesen Keretapi Kajang ke JB Sentral
- JB Sentral
- Bermalam di Johor Bahru
HARI PRA-PERJALANAN
1.0 STESEN KERETAPI KAJANG
Dengan kemudahan stesen kereta api, perjalanan ke Kajang menjadi lebih mudah melalui perkhidmatan tren yang beroperasi di Stesen Kereta Api Kajang. Stesen ini terletak kira-kira 1 km dari pusat bandar Kajang dan mempunyai dua bahagian iaitu Stesen MRT Kajang dan Stesen Komuter Kajang. Stesen MRT Kajang ialah stesen terakhir bagi Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang, manakala Stesen Komuter Kajang merupakan stesen pertukaran KTM Komuter bagi laluan Rawang – Seremban.
Beberapa pengendali tren popular di Malaysia menyediakan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Kajang. Antaranya MRT dan KTM Berhad, di mana KTM di Stesen Komuter Kajang menawarkan perkhidmatan KTM Komuter serta KTM Intercity. KTM ETS juga beroperasi di stesen ini. Adalah disarankan untuk membuat tempahan awal bagi ETS kerana tiket adalah terhad.
Dengan jadual tren yang tetap dan teratur, Stesen Kereta Api Kajang menyediakan pelbagai kemudahan bagi keselesaan orang ramai. Stesen ini mempunyai satu platform sisi (side platform) dan satu platform pulau (island platform) dengan empat landasan tren.
Oleh sebab stesen ini menampung lebih daripada satu perkhidmatan tren, beberapa kemudahan tiket dan kemudahan asas turut disediakan. Di dalam stesen terdapat kiosk, kedai, serta kawasan tempat letak kereta yang luas. Perhentian bas dan tempat menunggu teksi turut tersedia bagi memudahkan perjalanan di sekitar bandar Kajang.
2.0 PERJALANAN STESEN KAJANG KE JOHOR BAHRU SENTRAL
Perjalanan ETS (Electric Train Service) dari Stesen Kajang ke JB Sentral merupakan salah satu cara yang selesa untuk ke Johor Bahru tanpa perlu memandu. Bermula pada penghujung 2025, perkhidmatan ETS beroperasi terus hingga ke JB Sentral, jadi penumpang tidak lagi perlu menukar tren di Gemas bagi kebanyakan perkhidmatan ETS.
Perjalanan dari Stesen Kajang ke JB Sentral mengambil masa kira-kira 4 jam hingga 4 jam 30 minit, bergantung kepada jenis tren (Gold atau Platinum).
Laluan dari Stesen Kajang ke JB Sentral melalui beberapa stesen utama seperti berikut :
- Kajang
- Seremban
- Tampin/Pulau Sebang
- Gemas
- Segamat
- Labis
- Bekok
- Kluang
- Kulai
- Kempas Baru
- JB Sentral
3.0 JOHOR BAHRU SENTRAL
Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ialah hab pengangkutan utama di Johor Bahru, Johor. Stesen ini menghubungkan perkhidmatan ETS (Electric Train Service), KTM Komuter, Shuttle Tebrau ke Woodlands, Singapura, serta terminal bas tempatan dan bas ekspres. Lokasinya yang strategik bersebelahan Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) menjadikannya pintu masuk utama antara Malaysia dan Singapura. Ia juga memudahkan perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia melalui ETS.
4.0 HOTEL CITRUS JOHOR BAHRU
Citrus Hotel Johor Bahru by Compass Hospitality ialah sebuah hotel yang sangat popular dalam kalangan pelancong yang berulang-alik antara Malaysia dan Singapura kerana lokasinya yang strategik.
Kelebihan utama hotel Citrus ini, kita boleh ke tempat-tempat berikut hanya dalam masa beberapa minit berjalan kaki iaitu :
- JB Sentral
- CIQ Johor Bahru
- Johor Bahru City Square
- Komtar JBCC
Kami menginap di hotel ini untuk semalam. Esok kami akan ke Puteri Harbour untuk berangkat ke Batam, Indonesia.
Tamat aktiviti Pra-perjalanan ke Batam-Bintan-Pulau Penyengat.
LINK





Comments