Skip to main content

TRIP KE BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT - HARI 04

HARI KETIGA 16-07-2026

Aktiviti Hari 4
  1. Makan Pagi di hotel
  2. Check out dari Hotel
  3. Melawat Masjid Cheng Ho
  4. Lawata ke Jambatan Balerang
  5. Makan tengahari
  6. Shopping
  7. Lawatan ke Kilang Kopi
  8. Pasar Penguin
  9. Beli Oleh2 Batam
  10. Pergi Ke Ferry Terminal untuk pulang ke Malaysia

1.0  SARAPAN DI HOTEL BEVERLY,  BATAM

Sarapan di hotel.

2.0  PASAR PENGUIN, BATAM

Walau pun kami tidak singgah di pasar Penguin, Batam ini tetapi pasar terkenal bagi pengunjung ingin mendapat baranag kering untuk dibawa pulang.

Pasar Penguin merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal di kawasan Nagoya, Kota Batam, khususnya bagi pelancong dari Malaysia dan Singapura yang mencari barangan pada harga berpatutan. Pasar ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian, aksesori, kasut, beg, tekstil serta barangan keperluan harian.

Pasar tradisional ini terkenal dengan makanan laut segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan tempatan. Pasar ini juga popular untuk membeli oleh-oleh seperti keropok ikan, makanan laut kering, emping, kopi Indonesia dan snek Batam.

Selain itu, terdapat juga kedai yang menjual cenderamata, permainan kanak-kanak, jam tangan, beg perjalanan dan pelbagai barangan fesyen. Kebanyakan peniaga menerima pembayaran secara tunai dalam Rupiah Indonesia, manakala sebahagian kedai turut menerima pembayaran tanpa tunai.

3.0  MASJID MUHAMMAD CHENG HOO, BATAM

Masjid Muhammad Cheng Hoo merupakan salah satu destinasi pelancongan keagamaan paling terkenal di Batam. Terletak di kawasan Golden City di Bengkong, ia mengambil masa kira-kira 15–20 minit pemanduan dari pusat bandar Batam dan mudah diakses dari Terminal Feri Pusat Batam.

Masjid ini telah dirasmikan pada 21 Februari 2015, dan dinamakan sempena Laksamana Cheng Ho (Zheng He), seorang pelaut Muslim dari Dinasti Ming yang belayar ke kepulauan Indonesia pada abad ke-15. Selain menjadi tempat beribadat, masjid ini juga berfungsi sebagai simbol akulturasi budaya dan keharmonian antara agama di Batam.

Seni bina masjid sungguh unik yang menggabungkan gaya Cina, Melayu dan Islam. Bangunan ini kebanyakannya berwarna merah dengan bumbung seperti pagoda, menjadikannya kelihatan seperti tokong Cina pada pandangan pertama. Ia tidak mempunyai kubah besar seperti kebanyakan masjid, tetapi masih dihiasi dengan kaligrafi Arab dan hiasan Cina yang tipikal.

Ia merupakan tempat kegemaran pelancong untuk mengambil gambar, terutamanya pada waktu petang dan malam.

4.0  JAMBATAN BARELANG, BATAM

Jambatan Barelang (Jembatan Barelang), Batam merupakan ikon paling terkenal di Batam dan antara mercu tanda utama di Kepulauan Riau, Indonesia. Nama Barelang ialah gabungan tiga pulau utama yang dihubungkan oleh jambatan ini: Batam, Rempang dan Galang

Jambatan ini dibina antara 1992 hingga 1998 atas inisiatif B. J. Habibie ketika beliau mengetuai pembangunan Batam. Jambatan ini terdiri daripada 6 buah jambatan yang menghubungkan beberapa pulau dari Batam hingga Galang Baru.

Enam Jambatan Barelang iaitu :
1. Tengku Fisabilillah (Batam – Tonton),
2. Nara Singa (Tonton – Nipah),
3. Raja Ali Haji (Nipah – Setoko),
4. Sultan Zainal Abidin (Setoko – Rempang),
5. Tuanku Tambusai (Rempang – Galang) dan
6. Raja Kecik (Galang – Galang Baru)

Jambatan pertama, Tengku Fisabilillah (Batam – Tonton) adalah jambatan yang paling terkenal dan sering muncul dalam gambar promosi Batam. Panjangnya sekitar 642 meter. Keseluruhan laluan dari jambatan pertama hingga terakhir sekitar 50 km dan mengambil masa kira-kira 50–60 minit pemanduan.

Ketika tiba di kawasan ini, kami tidak bernasib baik kerana hujan telah turun dengan lebat maka kami hanya memerhati dari dalam kenderaan sahaja.

5.0 MAKAN TENGAHARI DI RUMAH MAKAN ARAI PINANG

Selepas dari melawat Jambatan Balerang, kami pergi solat jamak Zohor & Asar. Kemudian kami dibawa makan tengahari di Rumah Makan Arai Pinang, Batam (Masakan Padang).

6.0  KILANG 70 FAHRENHEIT KOFFIE, BATAM

Lawatan ke kilang kopi Batam iaitu 70 Fahrenheit Koffie Batam.

70 Fahrenheit Koffie Batam menggabungkan tempat memanggang, pusat pendidikan kopi, kedai cenderamata dan kafe. Ia merupakan destinasi kegemaran pelancong yang meneroka kopi Indonesia, terutamanya ketika melawat Batam.

7.0  KEDAI PAKAIAN DAN BATIK (lupa nama kedai)

Singgah di Kedai Jualan Pakaian. Di sini terdapat pelbagai jenis corak pakaian termasuk kain dan baju batik.

Di sini juga terdapat jualan kopi keluaran Indonesia.

Nak rasa, beli juga segelas kopi.

8.0  BATAMIA

Singgah dan beli oleh-oleh di Batamia.

Batamia Oleh-Oleh Batam ialah sebuah pusat membeli-belah cenderamata dan makanan khas Batam yang terletak di kawasan Nagoya. Ia menjadi pilihan ramai pelancong dari Malaysia dan Singapura untuk membeli buah tangan sebelum pulang.

9.0  TERMINAL FERI UTAMA BATAM

Berikut ialah terminal feri utama di Batam :

  1.  Batam Centre Point International Ferry Terminal
  2.  Harbour Bay
  3.  Sekupang International Ferry Terminal
  4.  Nongsapura Ferry Terminal
  5.  Telaga Punggur Ferry Terminal

9.1  HARBOUR BAY, BATAM

Harbour Bay merupakan salah satu kawasan paling popular di Batam, terutamanya bagi pelancong dari Malaysia dan Singapura. Ia menggabungkan terminal feri antarabangsa, hotel, restoran tepi laut, pusat hiburan dan kawasan komersial dalam satu lokasi.

Di kawasan Harbour Bay terdapat banyak restoran makanan laut menghadap laut. Pada waktu petang dan malam, kawasan promenade dipenuhi pengunjung yang menikmati makanan laut sambil melihat pemandangan kapal keluar masuk pelabuhan.

Selamat tinggal Batam.

Tamat percutian kami ke Batam, Bintan dan Pulau Penyengat.

Kami akan menaiki feri pulang ke Malaysia, ke Puteri Harbour, Johor.

Semoga kami dapat mengujung semula ke Batam di masa hadapan yang banyak perubahan dan pembangunan.



LINK





Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...