Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kajang

TRIP KE BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT - HARI PRA PERJALANAN

HARI PRA-PERJALANAN - 12 JULAI 2026 Aktiviti Hari Pra-perjalanan : Kajang ke Johor Bahru Stesen Keretapi Kajang Perjalanan dari Stesen Keretapi Kajang ke JB Sentral JB Sentral Bermalam di Johor Bahru HARI PRA-PERJALANAN 1.0  STESEN KERETAPI KAJANG Dengan kemudahan stesen kereta api, perjalanan ke Kajang menjadi lebih mudah melalui perkhidmatan tren yang beroperasi di Stesen Kereta Api Kajang. Stesen ini terletak kira-kira 1 km dari pusat bandar Kajang dan mempunyai dua bahagian iaitu Stesen MRT Kajang dan Stesen Komuter Kajang. Stesen MRT Kajang ialah stesen terakhir bagi Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang, manakala Stesen Komuter Kajang merupakan stesen pertukaran KTM Komuter bagi laluan Rawang – Seremban. Beberapa pengendali tren popular di Malaysia menyediakan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Kajang. Antaranya MRT dan KTM Berhad, di mana KTM di Stesen Komuter Kajang menawarkan perkhidmatan KTM Komuter serta KTM Intercity. KTM ETS juga beroperasi di stesen ini. A...

Pekan Kajang dilanda banjir kilat

2 Disember 2011 . Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai. Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada 27 Ogos 2008. Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai. Klip video

TIMUR BERTEMU SELATAN

29 November 2011 . " Timur Bertemu Selatan " adalah tema restoran Zee Zee Cafe & Catering yang bermaksud masakan timur dihidang bersama masakan selatan iaitu menu istimewa restoran ini, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Asam Pedas Istimewa. Restoran ini terletak di D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.  Masakan Asam Pedas memang sedap. Terdapat dua jenis ikan digunakan dalam masakan asam pedas ini iatu ikan Merah dan ikan Pari. Harga Asam Pedas bergantung pada harga pasaran ikan tersebut. Ini merupakan kali kedua aku menikmati makanan tengahari disini bersama dua anak lelaki ku. Kami makan makanan menu istimewa itu bersama air Epal Asam Boi, Longan dan Sirap Bandung. Restoran ini juga merupakan salah satu tempat yang dikunjungi oleh Team Program TV3 iaitu Jom Jalan-jalan Cari Makan .

Makan Tengahari di Heritage Cafe, Kajang

14 Nov 2011 - Makan tengahari bersamaa anak-anakku, Syafiqah dan Zahid di restoran yang baru dibuka di Kajang, Heritage Cafe . Ia terletak di sebelahan Menara MPKj dan bertentangan dengan Komplek Mahkamah Kajang. Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Seafood Nasi Goreng Papprik Telur Dadar Kami order NASI GORENG KAMPUNG, NASI GORENG PAPPRIK, NASI GORENG SEAFOOD dan TELUR DADAR. Rasa masakan disini, kami rasa biasa cuma hiasannya menarik. Harga sesuai dengan suasana restoran. Sebenarnya menu utama di Cafe ini adalah Ikan Bakar, mungkin suatu masa nanti kami cuba pula IKAN BAKAR. Jalan-jalan Cari Makan musim cuti sekolah.