29 November 2011. "Timur Bertemu Selatan" adalah tema restoran Zee Zee Cafe & Catering yang bermaksud masakan timur dihidang bersama masakan selatan iaitu menu istimewa restoran ini, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Asam Pedas Istimewa. Restoran ini terletak di D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Masakan Asam Pedas memang sedap. Terdapat dua jenis ikan digunakan dalam
masakan asam pedas ini iatu ikan Merah dan ikan Pari. Harga Asam Pedas
bergantung pada harga pasaran ikan tersebut.
Ini merupakan kali kedua aku menikmati makanan tengahari disini bersama dua anak lelaki ku. Kami makan makanan menu istimewa itu bersama air Epal Asam Boi, Longan dan Sirap Bandung.
Restoran ini juga merupakan salah satu tempat yang dikunjungi oleh Team Program TV3 iaitu Jom Jalan-jalan Cari Makan.
Comments