Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jom Makan

MAKAN-MAKAN - Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant 13A/15A, Jalan 8/35, Seksyen 8,  43650 Bandar Baru Bangi,  Selangor Menikmati makan malam di Sri Bangi Horizan Restauran di Bandar Baru Bangi. Masakan sedap boleh cuba, harga pun boleh tahan juga.

MAKAN-MAKAN - Nasi Arab D'Arab Cafe

Restoran Nasi Arab, D’Arab Cafe Lot 3, Kompleks Anjung 7 Seksyen 7, Shah Alam Boleh try Nasi Arab di sini , nasinya best.

RESTORAN SILK ROAD SERI KEMBANGAN

18 Oktober 2014 - Jamu selera di Restoran Silk Road di Seri Kembangan, Selangor bersebelahan South City Plaza. Restoran ini menyediakan masakan ala Arab, Turki dan Timur Tengah. Ini merupakan pertama kali kami mengunjungi restoran ini. Biasanya kami mengunjungi Restoran Half Moon. Kali ini kami mencuba di restoran ini dengan Mandi Lamb dan Mandi Chiken Rice dengan air Teh ala Turki.  Kami order nasi untuk 4 orang makan dalam satu talam, nasi nya banyak mungkin sesuai untuk 6-7 orang makan. Rasanya pun sedap, harga standard Nasi Arab. Mungkin boleh datang lagi untuk mencuba menu lain.

Jemputan Camel Rich Cafe

3 November 2012, dapat jemputan daripada Tuan Hj. Aminuddin sempena perasmian pembukaan restoran baru beliau yang diberi nama CAMEL RICH CAFE. Restoran ini terletak di Cheras Selatan/Balakong berdekatan dengan AEON Cheras Selatan. Restoran ini menyediakan Nasi Arab/Briyani, Asam Pedas, Laksa Johor, Masakan Ala Barat dan pelbagai menu lain.     Semoga Camel Rich Cafe berjaya dan mendapat sambutan. Jom Makan.

Nasi Arab - Restoran Half Moon, Seri Kembangan

Di Seri Kembangan terdapat dua restoran nasi arab, salah satu nya ialah Restoran Half Moon yang banyak diperkatakan oleh kawan-kawan, nasi arab nya sedap. Pada Sabtu 10 Mac 2012, saya bersama isteri dan anak-anak ambil keputusan untuk mencuba merasai nasi arab Restoran Half Moon. Kebetulan restoran ini tidak jauh dari kediaman kami.

Ayam Penyek Bandar Baru Bangi

Pernah dengar dahulu tetapi tidak ambil peduli, Nasi Ayam Penyek namanya. Aku rasa berselera ketika makan bersama kawanku beberapa bulan lepas.  Set hidangannya simple, tidak berkuah, nasi, ayam berlada, tempe, tauhu dan dihiasi dengan salad dan timun. Makanan ni mesti diperkenalkan kepada ahli keluarga suatu hari nanti. Sehinggalah pada 07 Februari 2012, fikir punya fikir, nak makan apa, kat mana, teringat!!!. .. Jom kita pekena Nasi Ayam Penyek . Aku bawa keluargaku ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo tempat dimana, kawan aku... ajak aku, makan dahulu. Restoran ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Sedap!!!  pedas-pedas sedap. Ayam Goreng dan Air Timun Ayam Penyek dan Air Tomato Ayam Bakar dan Air Es Buah Memang berselera. Anda boleh cuba.

TIMUR BERTEMU SELATAN

29 November 2011 . " Timur Bertemu Selatan " adalah tema restoran Zee Zee Cafe & Catering yang bermaksud masakan timur dihidang bersama masakan selatan iaitu menu istimewa restoran ini, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Asam Pedas Istimewa. Restoran ini terletak di D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.  Masakan Asam Pedas memang sedap. Terdapat dua jenis ikan digunakan dalam masakan asam pedas ini iatu ikan Merah dan ikan Pari. Harga Asam Pedas bergantung pada harga pasaran ikan tersebut. Ini merupakan kali kedua aku menikmati makanan tengahari disini bersama dua anak lelaki ku. Kami makan makanan menu istimewa itu bersama air Epal Asam Boi, Longan dan Sirap Bandung. Restoran ini juga merupakan salah satu tempat yang dikunjungi oleh Team Program TV3 iaitu Jom Jalan-jalan Cari Makan .