Di Seri Kembangan terdapat dua restoran nasi arab, salah satu nya ialah Restoran Half Moon yang banyak diperkatakan oleh kawan-kawan, nasi arab nya sedap. Pada Sabtu 10 Mac 2012, saya bersama
isteri dan anak-anak ambil keputusan untuk mencuba merasai nasi arab Restoran Half Moon. Kebetulan restoran ini tidak jauh dari kediaman kami.
Kebanyakan yang menjamu selera di sini adalah dari orang-orang sebelah timur-tengah. Mungkin mereka ini pelajar-pelajar yang tinggal disekitar kawasan Seri Kembangan. Pelayan yang mengambil pesanan pun tidak fasih berbahasa melayu mahu pun cakap orang putih. Nasib baik ada buku menu, kami order berdasar menu yang ada dalam buku menu tersebut.
Masakan ayam atau kambing secara menu Mandy, Haneth dan Kabsah bersama nasi. Nasi Arab nya simple tetapi sedap. Harga Nasi Arab sekitar antara RM 10 - RM 20 satu set. Restoran ini buka dari tengahari ke malam setiap hari kecuali hari Ahad.
.
Comments