24-25 Mac 2012. Aku, isteri dan dua anak lelaki telah bersama-sama menyertai Hari Keluarga PPPBCJ 2012 di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang anjuran persatuan penduduk taman aku. Sebanyak 32 keluarga dengan ramai 173 orang menyertai program ini. Buat pertama kali, perkhidmatan bas digunakan oleh persatuan agar lebih mesra ketika bersama dalam bas. Dua bas digunakan, walau bagaimana pun tidak mencukupi untuk menampung semua peserta. Sebahagian keluarga iaitu 17 keluarga menaiki kenderaan sendiri. Aku dan keluarga menaiki bas. Kami berangkat jam 8.30 pagi.
Makan tengahari di Maran Hill Golf Resort ditaja oleh Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Mutallib.
Bersama Dato' Hj. Ismail, Ahli Parlimen Maran |
Sekali-sekali seronok juga bemain bola tampar pantai, terasa dah tak larat memukul bola. Masa ini lah masing-masing dapat bertemu, kalau di kediaman nak jumpa pun susah.
Makan Malam di Dewan Terbuka di tepi pantai. Kali ini makan ditaja oleh UMNO Pahang. Ada kambing panggang lagi.
Sempat juga saya berkaraoke dan membuat persembahan. Lagak macam artis tapi nyanyi tak ikut muzik...terabur habis.
Keesokannya selepas sarapan pagi, diadakan senaman ringan kemudian di adakan sukaneka.
Selepas makan tengahari, kami pulang. Dalam perjalanan, singgah sebentar
dekat Gambang untuk membeli sedikit keropok untuk dibawa pulang. Kami selamat sampai ke rumah kediaman pada jam 11.00 malam. Kelewatan ini disebabkan masalah bas rosak. Tahniah kepada AJK Program Hari Keluarga yang berjaya melaksanakan program dengan baik
Comments