HARI 01 - 06 Januari 2024
KLIA2
Percutian ke Indonesia 6-14 JANUARI 2024 bersama-sama Tursina Travel. Penerbangan dijadualkan pada jam 06.55am. Pihak Agen meminta semua peserta dapat berkumpul di Level 3 KLIA 2 pada jam 4.00 pagi. Apabila semua peserta telah sampai, pihak agen memberi taklimat dan memperkenalkan Tour Leader, Encik Saiful Nizam. Jumlah peserta termasuk Tour Leader ada seramai 21 orang ada sesuai bagi sesuatu kumpulan pengembara.
Selepas kami check-in bersama beg, kami mengambil foto kumpulan di hadapan pintu masuk penerbangan antarabangsa. Kemudian menunggu waktu subuh.
Alhamdulillah banyak surau disediakan dalam KLIA 2 ini.
Flight ke Jakarta dijadualkan pada jam 06.55am.
FLIGHT KE JAKARTA
Penerbangan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta
Setiba di Jakarta, kami disambut oleh wakil Tursina.
TAMAN MINI INDONESIA INDAH (TMII)
Memulakan aktiviti dengan melawat Taman Mini Indonesia Indah.
Taman Mini Indonesia Indah atau singkatannya TMII merupa satu taman yang menceritakan berkaitan dengan koleksi rumah adat sebagai contoh seni bina, pakaian, tarian dan tradisi bahasa Indonesia yang semuanya digambarkan secara jelas. Ia terletak di Jakarta Timur yang mempunyai keluasan kira-kira 250 ekar.
TMII ini adalah idea yang diilhamkan oleh isteri Presiden Soeharto, Siti Hartinah Seoharto atau lebih dikenali sebagai Ibu Tien. TMII ini merupakan suatu destinasi wisata yang menampilkan keragaman kekayaan budaya Indonesia.
Selain itu, terdapat sebuah tasik dengan sedikit kepulauan di tengah-tengahnya, kereta kabel, muzium, Keong Emas Imax Cinema, teater yang dipanggil Teater Tanah Airku dan kemudahan rekreasi lain yang menjadikan TMII salah satu destinasi pelancongan paling popular di bandar ini.
RESTORAN SIMPANG RAYA
Makan Siang di Restoran Simpang Raya. Makan masakan Padang Original dan Teh Botol Sosro yang enak banget.
IBC MALL JAKARTA
Selepas makan tengah hari, kami dibawa melawat IBC Mall. Kami tidak berbelanja apa-apa di sini hanya menjamu mata sahaja.
RESTORAN SELERO JUMBO
HOTEL ORCHARDZ, JAYAKARTA
Malam ini menginap di Hotel Orchardz, Jayakarta.
Tamat aktiviti hari pertama.
KLIP VIDEO
Sila klik video untuk melihat :
- Video 01 - Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta
ITINERARY
Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut :
- Hari 01 - KLIA2 - Jakarta
- Hari 02 - Jakarta - Bandung
- Hari 03 - Bandung (Fullday)
- Hari 04 - Bandung - Semarang
- Hari 05 - Jogja Merapi Tour
- Hari 06 - Jogjakarta - Bromo
- Hari 07 - Bromo - Malang - Surabaya
- Hari 08 - Surabaya - Madura
- Hari 09 - Surabaya - Kuala Lumpur
LINK
Comments