Skip to main content

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 03 - Bandung Fullday

HARI 03 - 08 Januari 2024

HOTEL ZEST, BANDUNG

Sarapan di hotel sebelum memulakan aktiviti hari ketiga. Seharian kita hari ini di Bandung. Kita akan melawat beberapa tempat yang popular di sini.

Sangkuriang dan Tangkuban Perahu

Semasa perjalanan Tour Gguide kami menceritakan kisah lagenda di Bandung. Cerita Sangkuriang dan Tangkuban Perahu. Kisah legenda 'Sangkuriang' adalah salah satu legenda yang sangat popular asal Jawa Barat. Inti dari legenda ini adalah tentang asal-usul Gunung Tangkuban Perahu, salah satu destinasi wisata paling digemari di Bandung. Legenda ini diceritakan secara turun-menurun pada generasi selanjutnya melalui lisan. 

THE LODGE MARIBAYA, LEMBANG, BANDUNG

The Lodge Maribaya adalah salah satu tempat wisata/pelancongan di Lembang yang menawarkan berbagai aktiviti pada pengunjung. Disini kita boleh melakukan berbagai akitiviti seperti perkhemahan, jungle tracking mengelilingi kawasan hutan pine yang indah, acara gathering dan team building, atau bahkan hanya sekadar refreshing menikmati makanan.

Wisata ini awalnya hanya menyediakan tempat berkemah dan outbond, kini berubah menjadi tempat wisata menarik yang mempersembahkan berbagai kegiatan outdoor.

Antara aktiviti tarikan dan kelengkapan :

1. Zip Bike
2. Valley Swing
3. Hot Air Balloon
4. Sky Tree
5. Fanicular

1. Zip Bike

Zip Bike adalah aktiviti popular yang ada di The Lodge Maribaya dengan berlatarbelakang deretan hutan pokok pine akan membuat kita teruja untuk berfoto.

2. Valley Swing

Terbang di udara dengan buaian sambil menikmati permandangan hutan pine yang kehijauan.

3. Hot Air Balloon

Sensasi naik belon udara yang bergerak ke atas 20m dengan menikmati pemandangan hutan pokok pine. Terasa macam kita berada di Cappadocia, Turkiye.

4. Sky Tree

Menikmati permandangan hutan pine di atas pohon

5. Funicular

Lif dengan pemandangan hutan pine pertama di Jawa Barat. Ia sangat membantu terutama bagi golongan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah lutut untuk turun dan naik di sini.

Penginapan di The Lodge, Maribaya

Di Maribaya terdapat beberapa jenis penginapan boleh ditempah untuk bermalam iaitu :

1. Villa Kayu

2. Fun Camp

3. Rumah Pohon

4. Joglo

RUMAH MAKAN BALIBU KHAS SUNDA, LEMBANG

Makan siang di Restoran Balibu Khas Sunda, Lembang Bandung. Makan masakan Sunda.

FLOATING MARKET , LEMBANG-BANDUNG

Selepas makan siang dan solat, kami dibawa melawat ke Floating Market, Lembang, Bandung. Tidak semua pelancong menyedari tarikan unik yang dipanggil Floating Market di Kota Lembang, Indonesia. Pengunjung boleh menerokai pasar dengan berjalan atas trek yang tersedia untuk mengelilingi tapak dengan selesa.

Seperti namanya, penduduk tempatan menjual barangan kepada pelanggan seperti di pasaran biasa. Satu-satunya perbezaan ialah penjual menawarkan barangan mereka di atas bot, diletakkan di atas badan kolam. Konsepnya lebih kurang serupa dengan pasar terapung Bangkok dan Banjarmasin di Indonesia tetapi di Bangkok, penjual berada dalam saampan sebenar.

Bagi keluarga yang mempunyai anak, mereka harus melawat kawasan kanak-kanak di mana terdapat banyak tarikan termasuk Taman Miniatur Kereta Api, memancing magnet, Kampung Leuit, dan lain-lain.

Walaupun ia adalah pasar, tidak ramai orang kelihatan di sana. Ini kerana pengunjung kebanyakannya adalah mereka yang ingin merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza berbanding pasar biasa. Bagi peniaga pula, mereka menjual pelbagai jenis produk termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, makanan ringan dan sebagainya.

Selain itu, mereka tidak akan berasa lapar apabila menerokai pasar kerana kehadiran penjual makanan dan tempat makan. Bahagian yang terbaik ialah restoran tersebut menyediakan pelbagai menu termasuk masakan Eropah, Asia dan Indonesia.

FARM HOUSE, LEMBANG, BANDUNG

Farm House Lembang berada di Kabupaten Bandung Barat dan sekitar 12 km dari Kota Bandung atau tempoh perjalanan lebih kurang 20 minit.

Beberapa spot yang menarik di sini :

1. Rumah Gaya Eropah

2. Rumah Hobbit

3. Bermain Dengan Haiwan-Haiwan Ternak

4. Jambatan Cinta

5. Membeli Oleh-Oleh

Farm House Lembang adalah salah satu destinasi wisata popular di Jawa Barat. Tempat ini direka seperti perternakan ala Eropah. Ada berbagai aktiviti menarik yang boleh kita cuba, mulai dari masuk rumah Hobbit hingga memberi makan haiwan.

Salah satu spot menarik yang ada di Farm House Lembang Bandung adalah rumah gaya Eropah nya. Rumah tersebut memang sengaja dibangun dengan model klasik Eropah zaman duhulu. Dengan rekabentuk yang klasik tersebut, kita boleh mengambil foto-foto menarik.

Pernah menonton film "Lord of The Rings"? Di sini kita boleh menemukan Rumah Hobbit yang sama seperti dalam filem. Rumah Hobbit tersebut memiliki pemandangan cantik dilengkapi dengan taman dan bunga-bunga indah di sekitarnya. Spot ini pun akan sangat menarik untuk kita yang membawa anak-anak. Di dalam rumah tersebut, kamu boleh berfoto-foto sepuasnya.

Farm House Lembang Bandung juga memiliki haiwan-haiwan ternak. Kita boleh memberi makan dan bermain  di sini, seperti arnab, burung, iguana, kambing, kuda dan yang lainnya.

Tempat wisata di Bandung ini, juga memiliki satu spot yang tidak kalah menarik terutama untuk kita para pasangan muda-mudi. Kita dan pasangan boleh menuliskan nama masing-masing pada sebuah mangga(kunci) sebagai ikatan cinta yang ada di sini. Mangga ini sebagai simbol kekekalan cinta bagi para pengunjung yang datang ke Farm House Lembang Bandung.

Tiket masuk ke sini, kita boleh menukarkannya dengan segelas susu murni.

Rasanya kurang lengkap jika bepergian tanpa membeli oleh-oleh. Tidak perlu jauh-jauh, di Farm House Lembang, kita boleh mendapat, mulai dari pakaian, minuman, makanan hingga kraf tangan.

RUMAH MODE FACTORY OUTLET

Rumah Mode Bandung, salah satu pilihan yang tepat untuk dikunjungi oleh pencinta fesyen. Tempat ini menyajikan pelbagai jenis pakaian yang tentunya bergaya dan berjenama.

Rumah Mode adalah sebuah factory outlet yang sangat terkenal di Bandung. Tempat ini menjadi sasaran pelancong yang ingin membeli-belah. Walau pun banyak mall dan pusat perbelanjaan baju, tapi factory outlet satu ini jauh lebih terkenal di kalangan warga Bandung.

RESTORAN PARIT 9 SEAFOOD, BANDUNG

Makan malam di Parit 9 Seafood, Bandung.

Meraikan juga birthday wife dan Cik Fatin  lahir bulan Januari oleh Tursina Travel. Terima kasih Tursina Travel.

HOTEL ZEST, SUKAJADI, BANDUNG

Malam ini menginap di Zest Hotel lagi.

Tamat aktiviti hari ketiga.

KLIP VIDEO

  • Video 03 - Cerita Rakyat - Tangkuban Perahu
  • Video 04 - The Lodge Maribaya, Bandung
  • Video 05 - Zip Bike / Wahana Speda Maribaya, Bandung
  • Video 06 - Floating Market, Lembang, Bandung
  • Video 07 - Farm House, Lembang, Bandung

ITINERARY

Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut :

LINK



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...