Skip to main content

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 08 - Surabaya - Madura

HARI 08 - 13 Januari 2024

HOTEL REGANTRIS, SURABAYA

Suasana waktu fajar dari jendela hotel Regantris.

SARAPAN DI HOTEL

Sarapan dahulu sebelum melakukan aktiviti hari ini. Hari ini sudah hari kelapan di Pulau Jawa, sudah penghujung percutian. Hari ini akan melawat sekitar Kota Surabaya dan akan pergi Pulau Madura kemudian kembali semula ke Kota Surabaya.

SURABAYA

Surabaya merupakan kota kedua terbesar di Indonesia selepas kota Jakarta. Surabaya adalah kota yang penuh dengan sejarah di Jawa Timur. Peristiwa kepahlawanan dan perjuangan melawan penjajah terjadi di Surabaya, sehingga kota ini diberi julukan Kota Pahlawan. Semangat arek-arek Suroboyo diabadikan dengan tertubuhnya Tugu Pahlawan.

MONUMEN TUGU PAHLAWAN, SURABAYA

Tugu Pahlawan didirikan pada 10 November 1951, dan dirasmikan pada 10 November 1952. Tugu Pahlawan dirasmikan oleh Presiden Soekarno. Pembinaan Tugu Pahlawan untuk mengenang sejarah perjuangan para pahlawan kemerdekaan dalam pertempuran Surabaya pada 10 November 1945.

Tujuan pembangunan monumen ini untuk menunjukkan penghargaan kepada para pahlawan yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Menanamkan rasa nasionalisme untuk menanamkan kepahlawanan pada generasi berikutnya.

Terdapat dua patung ialah Soekarno dan Bung Hatta dibangun di depan Tugu Pahlawan Surabaya.

MONUMEN KAPAL SELAM (MONKASEL)

Lawatan ke Monumen Kapal Selam Surabaya. Monumen Kapal Selam, atau disingkat Monkasel, adalah sebuah museum kapal selam yang terdapat di Embong Kaliasin, Genteng, Surabaya.

Monumen ini sebenarnya merupakan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Uni Soviet tahun 1952. Kapal selam ini pernah dilibatkan dalam Pertempuran Laut Aru untuk membebaskan Irian Barat dari pendudukan Belanda.

MONUMEN SURABAYA

OOTD di Monumen Surabaya.

Kata Surabaya (bahasa Sanskerta: Śūrabhaya) sering diertikan secara falsafah sebagai lambang perjuangan antara darat dan air. Selain itu, dari kata Surabaya juga muncul mitos pertempuran antara ikan sura (ikan yu) dan baya (buaya), terbentuknya nama "Surabaya" setelah terjadinya pertempuran tersebut.

MASJID DAN MAKAM SUNAN AMPEL

Lawatan ke Masjid dan Makam Sunan Ampel. Sunan Ampel atau nama sebenar Ali Rahmatullah adalah seorang wali yang menyebarkan ajaran Islam di Tanah Jawa.

Sunan Ampel yang makamnya terletak di desa Ampel, kota Surabaya, merupakan anggota dewan Wali Songo tertua yang berperanan besar dalam pengembangan dakwah Islamiyah di Jawa dan tempat-tempat lain di Nusantara.

RESTORAN SEDERHANA

Makan tengahari dan Solat Jamak Zohor Asar di Restoran Sederhana , masakan Padang.

SHOPPING DI MALL

Lepas makan tengahari, kami dibawa ke Mall yang ada barang berjenama. Kami dibawa ke Tunjungan Plaza, memang besar mall ini, dan barang yang terdapat di sini memang berjenama tetapi harga lebih kurang di mall sekitar Kuala Lumpur.

Jamabatn Suramadu

Kemudian kami dibawa ke Pulau Madura untuk makan malam. Kami melalui jambatan yang terpanjang di Indonesia, Jambatan Nasional Suramadu. Nama Suramadu adalah kombinasi nama Sura (Surabaya) dan Madu (Madura). Panjangnya 5.438 m, merupakan jambatan terpanjang di Indonesia. Jambatan Suramadu ini melintasi Selat Madura, menghubungkan Pulau Jawa (di Surabaya) dengan Pulau Madura (di Bangkalan, tepatnya timur Kamal), Indonesia.  Jambatan Suramadu terdiri dari tiga iaitu jalan layang (causeway), jambatan penghubung (approach bridge), dan jambatan utama (main bridge).

MAKAN MALAM DI MADURA

Makan malam di Rumah Makan Bebek Goreng Harissa Soto Madura Wawan. Popular dengan masakan Bebek Goreng, masakan Madura.

HOTEL REGANTRIS, SURABAYA

Kami menginap di Hotel Regantris lagi untuk malam kedua.

Tamat aktiviti hari kelapan..


KLIP VIDEO

ITINERARY

Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut :

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...