HARI KEDUA 02-02-2024
HOTEL SA PA HIGHLAND RESORT
Menikmati suasana matahari terbit di Sa Pa, Vietnam. Permandangan dari bilik hotel, sungguh cantik.
SARAPAN
Sarapan di hotel dengan makan Nasi Lemak pack yang disediakan oleh pihak agen.
OOTD DI HOTEL
Selepas sarapan, kami mengambil peluang untuk OOTD di hotel sebelum mulakan aktiviti hari ini. Lawatan hari ini, kita akan ke Cho Cau Kinh Rong May dan Cat Cat Village sebelum kembali ke Hanoi untuk bermalam.
PERJALANAN DARI HOTEL KE O QUY HO
Di Sa Pa terdapat banyak tempat tarikan pelancong. Salah satunya ialah O Quy Ho Pass. O Quy Ho Pass yang sangat menarik dan memikat bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.
Laluan untuk ke sini bagaimanapun agak mencabar dan memerlukan kemahiran memandu yang baik. Perjalanan perlu mendaki menyusuri lereng-lereng gunung untuk sampai ke atas. Walau bagaimana pun, kita dapat menikmati permandangan kehijauan yang begitu indah.
CHO CAU KINH RONG MAY
Jambatan Kaca Sa Pa, juga dikenali sebagai Jambatan Kaca Rong May (bermaksud Naga dalam Jambatan Kaca Awan), terletak di laluan O Quy Ho, kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar Sa Pa. Jambatan yang indah ini dibina pada ketinggian lebih 500 meter di atas tebing Gunung Hoang Lien Son di puncak O Quy Ho Pass.
Dengan reka bentuk khas jambatan, Jambatan Kaca Sapa sememangnya pilihan terbaik selain Puncak Fansipan. Jika anda suka memburu awan atau memburu matahari terbenam, ini adalah tempat yang sesuai untuk melakukannya dan anda mungkin mendapati diri anda menyelam jauh ke dalam laut awan. Melibatkan diri dalam persekitaran semula jadi yang menakjubkan di O Quy Ho Pass membolehkan anda merasai rasa tenang dan santai.
Pengalaman berjalan atas Jambatan Kaca Sa Pa, merupakan satu tarikan baru di Sa Pa. Buat masa ini, Sapa Glass Bridge adalah jambatan paling panjang di Indochina. Jambatan ini tidaklah besar, hanya 60m panjang dan 5m lebar, tetapi ketinggiannya melebihi 2000m dari paras laut. Selain itu, Jambatan Kaca ini yang terletak kira-kira 60m jauh dari tebing, memberikan pemandangan panorama 360 darjah kepada tetamu.
Dalam masa pulang, kami mengambil peluang bergambar dalam terowong yang ditebuk dalam perut gunung.
MAKAN TENGAHARI
Dari Glass Bridge, kami kembali ke bandar Sa Pa untuk makan tengahari. Kami makan tengahari dan solat jamak Zohor dengan Asar di Restoran Hajah Hawa, Sa Pa. Selepas makan tengahari dan solat, kami dibawa melawat ke Cat Cat Village.
CAT CAT VILLAGE
Perkampungan Cat Cat bukannya kampung ini terdapat banyak kucing tetapi Cat Cat ini nama bagi sebuah air terjun atau jeram yang terdapat di sini.
Di Vietnam terdapat budaya unik suku gunung. Etnik minoriti ini tinggal di pergunungan dan tinggal sehingga beberapa generasi. Terdapat pelbagai jenis kumpulan minoriti yang boleh ditemui di kawasan ini, termasuk HMong, Dao, TĆ y dan Giay. Kumpulan ini mempunyai bahasa, pakaian tradisional dan budaya masing-masing.
Untuk melihat dan mengetahui menemui budaya unik mereka, cara terbaik adalah dengan melawat perkampungan mereka yang terletak di luar bandar Sa Pa. Dengan berjalan di sekitar kampung, kita dapat melihat dan menemui kehidupan seharian dan cara hidup mereka yang unik di pergunungan.
Untuk ke jeram ini penuh cabaran kerana perlu menyusuri lorong yang sempit, menuruni bukti yang curam, amat tidak sesuai untuk warga emas terutama mereka yang menghadapi sakit lutut. Sepanjang laluan lorong ini, terdapat gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan penduduk setempat, baju, dan t-shirt.
Setelah selesai lawatan ke Cat Cat Village, Sa Pa, kami pulang ke Hanoi dengan menuruni bukit-bukit sambil menikmati permandangan yang indah.
Dalam perjalanan ke Hanoi, kami berhenti sebentar di tempat rehat. Disini kami membeli beberapa makanan ringan untuk kudapan.
HANOI
Hanoi (Ha Noi), ibu negara Vietnam, bandar kedua paling ramai penduduk di Vietnam terletak di tebing Sungai Merah, terkenal dengan seni bina berabad-abad lamanya. Di dalam bandar, kita boleh menemui komuniti berbilang budaya dengan sentuhan pengaruh Cina, Perancis dan Rusia. Di sini terdapat bangunan kolonial yang dipelihara dengan baik, pagoda purba dan muzium unik menjadi kebanggaan.
Hanoi Old Quarter ialah kawasan bandar yang menarik di mana pelawat boleh menikmati banyak contoh seni bina kolonial yang dipenuhi di sepanjang jalan yang sempit. Bungkusan skuter, motosikal, basikal dan kereta yang tidak berkesudahan berkeliaran di sekeliling peniaga yang menjual buah-buahan dan cenderahati. The Old Quarter menghidupkan apa yang dibayangkan ramai orang di Hanoi.
HOTEL A25, HANOI
Setelah perjalanan dari Sa Pa lebih kurang 7 jam, kami selamat tiba di bandar Hanoi, Ibu negara Vietnam. Kami menginap di Hotel A25.
Tamat aktiviti Hari Kedua.
VIDEO HARI KEDUA
Bahagian 1 - Glass Bridge, Sa Pa
Bahagian 2 - Cat Cat Village, Sa Pa
ITINERARY
- Hari Pertama - KLIA-Hanoi-Sa Pa (klik)
- Hari Kedua - Sa Pa - Glass Bridge - Cat Cat Village - Hanoi
- Hari Ketiga - Hanoi - Ha Long Bay (Klik)
- Hari Keempat - Ha Long Bay - Hanoi (klik)
- Hari Kelima - Hanoi - KLIA (klik)
LINK
Comments