Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bercuti sekeluarga, kali ini melancong ke Utara Vietnam. Sebelum ini kami pernah bercuti di Ho Chi Minh pada tahun 2015.
Terdapat 3 detinasi pelancongan popular di Vietnam Utara: Hanoi, Sapa dan Teluk Halong. Kami sekeluarga seramai 8 orang dan seorang kanak-kanak akan menjelajahi 3 tempat popular ini.
PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN
Hasrat hendak bercuti ke Sa Pa dan melawat Fanisipan kerana ditempat ini terletak di kawasan pergunungan dan cuaca agak sejuk. Hendak melawat negara-negara sejuk seperti di eropah atau Jepun, kos agak tinggi untuk kami sekeluarga. Aku buat carian di internet pakej-pakej tersebut yang sesuai dengan tarikh dan kos, maklumlah, masa ini semua anak ku sudah berkerja. Mereka perlu merancang cuti. Pakej yang ditawarkan oleh Muslimtravelbug menarik minat ku. Setelah membuat perbincangan dengan wakil syarikat, aku setuju dengan tawaran mereka dan aku membuat tempahan.
Pada awalnya, pakej ini akan melawat Fanisipan. Disaat akhir, agen memaklumkan bahawa pakej kami tidak dapat pergi melawat Fanisipan kerana dalam tempoh tersebut, kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan terutama perkhidmatan Cable Car yang popular itu. Lawatan tersebut telah digantikan dengan melawat ke Glass Bridge. Nak kata apa, semua persiapan telah diatur, kami akur dengan penggantian tersebut. Bagi mereka yang hendak melancong ke Fanisipan, pastikan tiada penyelenggaraan dalam tempoht percutian anda.
TUKARAN MATAWANG
Ketika ini kadar tukaran matawang adalah 1 MYR = 5204 VND
ITINERARI
- Hari 01 > KLIA - Hanoi - Sa Pa
- Hari 02 > Sa Pa - Glass Bridge - Cat Cat Village - Hanoi
- Hari 03 > Hanoi - Ha Long Bay
- Hari 04 > Ha Long Bay - Hanoi
- Hari 05 > Hanoi - KLIA
RUMUSAN
Alhamdulillah, pada keseluruhan, percutian ini memuaskan.
LINK
Comments