Skip to main content

PAKEJ HANOI, SAPA DAN HA LONG BAY 01- 05 Februari 2024 - Hari Ketiga

HARI KETIGA 03-02-2024

HOTEL A5

Sarapan pagi dan daftar keluar Hotel A5. Hari ini kita akan pergi ke Ha Long Bay untuk merasai bermalam di Houseboat.

Perjalanan ke Ha Long Bay dari Hanoi mengambil masa lebih kurang 3 jam.

TEMPAT REHAT V52

Berhenti sekejap di tempat rehat V52 untuk mereka yang berhajat. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Ha Long Bay

HA LONG BAY

Teluk Hạ Long atau Ha Long Bay (Bahasa Vietnam: Vịnh Hạ Long) ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan destinasi pelancongan popular di wilayah Quảng Ninh, Vietnam. Nama Hạ Long bermaksud "naga menurun". Dari segi pentadbiran, teluk itu adalah milik bandar Hạ Long, bandar Cẩm Phả, dan merupakan sebahagian daripada daerah Vân Đồn. Teluk ini mempunyai beribu-ribu karst batu kapur dan pulau kecil dalam pelbagai bentuk dan saiz. Teluk Hạ Long mempunyai keluasan sekitar 1,553 km2 (600 batu persegi), termasuk 1,969 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Terdapat beberapa pantai yang indah di pulau-pulau kecil ini.

LEGEND PEARL HA LONG BAY

Perhentian pertama sebelum menuju ke pelabuhan tempat menaiki houseboat, kami dibawa melawat pusat penghasilan mutiara. Industri penternakan mutiara di Teluk Halong mempunyai sejarah yang panjang, sejak awal 1960-an. Pada masa itu, nelayan tempatan di kawasan pantai ini menemui mutiara semula jadi di dalam tiram, Hari ini, Teluk Halong berdiri sebagai salah satu pusat penternakan mutiara terbesar di dunia, menghasilkan kira-kira 10 juta mutiara setiap tahun.

Ha Long Pearl Farm yang terletak di Ha Long Bay, Quang Ninh, Vietnam merupakan kawasan yang terkenal dengan pusat penghasilan mutiara. Di sini para pelancong dapat mempelajari mengenai sejarah, cara penghasilan mutiara dan membeli pelbagai jenis perhiasan yang berasaskan mutiara.

Kemudian, mereka menunjukkan kepada kami cara mengeluarkan mutiara dari tiram dengan berhati-hati tanpa membunuhnya. Mutiara yang mereka perolehi mempunyai pelbagai warna seperti warna hitam, ungu, merah jambu, emas dan putih.

Mereka membawa kami melawat di bilik pameran dan jualan. Kami hanya melihat dan mendengar penerangan sahaja. tidak minat untuk membelinya.

Selepas melihat perhiasan dari hasil mutiara, kami pergi pekena kopi dan santai sehingga tiba masa untuk naik semula ke dalam bas.

HOUSEBOAT HA LONG BAY

Selamat datang ke Le Journey Premium Cruise! kami terus ke kafe untuk menikmati makan tengahari sambil pengurus pelayaran kami menyampai taklimat pelayaran dan pengenalan keselamatan. Setelah makan tengahari, kami pun mendaftar masuk ke dalam kabin masing-masing yang telah ditentukan.

SURPRISE CAVE

Setelah semua masuk kabin masing-masing dan menikmati rehat sebentar, aktiviti kami diteruskan ke gua batu kapur yang terkenal di Ha Long Bay iaitu Hang Sung Sot. Kami menggunakan bot yang lebih kecil untuk ke tempat tersebut. Pelayaran dari houseboat ke Han Sung Sot tidak sampai 20 minit, kami berlabuh di perhentian untuk ke Sang Sung Sot.

Tempat yang sangat menakjubkan sehingga orang Perancis menganggapnya sebagai "Grotte des Surprises" atau (Grota Kejutan), Gua Sung Sot ialah salah satu gua terbesar dan paling indah di Teluk Halong dan tarikan utama dalam kebanyakan pakej pelancongan ke Teluk Halong.

Gua Sung Sot ditemui oleh seorang Perancis pada tahun 1901. Ia mempuyai ketinggian 25 meter dari aras laut. Gua ini adalah gua terbesar dan mungkin yang paling indah di Teluk Halong dengan keluasan sehingga 10,000 meter persegi. Rasa satu "kejutan" ialah perasaan serta-merta yang mungkin kita miliki apabila melawat karya seni semula jadi yang luar biasa ini.

Gua Sung Sot adalah antara tarikan pelancong yang paling popular dan ia termasuk dalam hampir semua jadual perjalanan pelayaran meneroka Teluk Halong. Gua ini boleh diakses dengan kanu yang disewa, pelayaran sehari atau pelayaran semalaman. Masa terbaik untuk melawat gua ini adalah sepanjang tahun, walau bagaimanapun, bulan terbaik untuk melawat adalah dari Oktober hingga Disember apabila tahap kelembapan adalah rendah (60-70%).

TI TOP ISLAND (TITOV ISLAND)

Pulau Ti Top, juga dikenali sebagai Pulau Titov, adalah tarikan pelancong yang popular di Teluk Halong, Vietnam.

Pulau itu dinamakan sempena angkasawan Rusia Gherman Stepanovich Titov bersama Presiden Ho Chi Minh, melawat pulau ini pada tahun 1962. Sejak itu, Pulau Titop telah menjadi destinasi pelancongan yang popular dan menyediakan banyak perkhidmatan untuk pelancong.

Pulau Ti Top terletak kira-kira 14 kilometer ke timur pelabuhan pelancong Bai Chay. Ia mempunyai pantai yang berbentuk seperti bulan sabit dan terkenal dengan ketenangan dan air biru yang masih cantik. Pasir pantai telah diwarnai putih oleh ombak lautan mencipta gambaran keindahan yang sempurna.

Pulang ke houseboat setelah puas menikmati keindahan pasir pantai.

MAKAN MALAM DALAM HOUSEBOAT

Makan malam di atas houseboat dengan hidangan masakan seafood.

AKTIVITI MALAM ATAS HOUSEBOAT

Selepas makan malam, aktiviti diteruskan di atas houseboat, kelas menyediakan popia ala Vietnam dan berkaroke.

Bermalam di houseboat.

Tamat aktiviti Hari Ketiga.


VIDEO HARI KETIGA

Bahahian 1 - Pearl Farm (Industri Mutiara)

Bahagian 2 - Houseboat di Ha Long Bay


ITINERARY


LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...