Skip to main content

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 05 - Jogja Merapi Tour

HARI 05 - 10 Januari 2024

HOTEL FAVE, DIPINEGORO, SEMARANG

Sarapan di Hotel Fave.

Check out hotel. Bergambar di sini sebagai kenangan.

Hari ini kami akan meninggalkan Kota Semarang dan akan bergerak menuju ke Kota Jogja. Dikhabarkan mengambil masa 3 jam perjalanan.

KAMPUNG RAWA, AMBARAWA

Berhenti sekejap di Kampung Rawa, Ambarawa. Di sini merupakan salah satu tempat wisata, OOTD atau bergambar berlatarbelakang bendang sawah padi dan gunung-ganang.

TAMAN WASITA CANDI BOROBUDUR, MAGELANG

Lawatan ke Taman Wisata Candi Borobudur, Magelang, Indonesia. Harga tiket Rp 450k untuk memasuki taman wisata (lawatan pilihan). Tak masuk pun ke dalam chandi sebab tiket masuk mahal dan lawatan ke candi tidak termasuk dalam pakej. Kami lihat dari jauh aje. Kami hanya berhenti untuk bergambar, minum air kelapa muda dan beli cenderahati dekat pintu masuk.

RUMAH MAKAN MORO LEJAR

Makan tengahari di Rumah Makan Moro Lejar. Makan Nasi Tumpang.

Nasi tumpang menjadi pilihan menu makanan mengenyangkan. Ada nasi dengan aneka sayur dicampur parutan kelapa, lalu disiram kuah sambal tumpang atau sambal lethok dari campuran tempe, santan hingga serbuk rempah lainnya.

LAWATAN KE GUNUNG MERAPI

Melawat ke Gunung Merapi. Tiba disini, hujan pulak, terpaksa travel agen membeli baju hujan untuk setiap peserta.

Gunung Merapi adalah gunung berapi di bahagian tengah Pulau Jawa dan merupakan salah satu gunung api teraktif di Indonesia. Pada tahun 2010, Gunung Merapi telah meletus dengan dahsyatnya, letusannya telah meragut 353 mangsa termasuk Mbah Maridjan (seorang juru kunci Gunung Merapi).

Kenderaan 4x4 Jeep

Jeep atau 4x4 merupakan kenderaan utama untuk melawat Gunung Merapi. Setiap sebuah Jeep dikhaskan untuk 4 peserta. Kami difahamkan sekurang-kurangnya 4 km untuk sampai ke tapak lawatan dan terdapat beberapa persinggahan dalam lawatan ini.

1. Muzium Petilasan Mbah Maridjan

Salah satu tempat ikonik di lereng Merapi adalah Muzium Petilasan Mbah Maridjan. Tempat ini merupakan bekas rumah mantan Juru Kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan yang hancur pada tahun 2010 terkena awan panas Gunung Merapi. Museum Petilasan Mbah Maridjan kini menampilkan jejak keganasan awan panas Merapi tahun 2010.

Koleksi Kesan Awan Panas

Salah satu koleksi yang dipamerkan ialah sebuah kereta sukarelawan yang rosak teruk akibat awan panas. Bukan kereta sahaja yang dilanggar awan panas. Terdapat juga dua buah motosikal yang musnah dilanda awan panas. Muzium ini juga mempamerkan pelbagai perabot rumah yang musnah akibat awan panas Merapi.

Set gamelan Mbah Maridjan juga rosak akibat letusan Merapi. Gamelan ini masih boleh dilihat, tetapi sudah rosak, jadi tidak boleh dimainkan.

Rumah Mbah Maridjan kini kebanyakannya telah diubah suai. Namun, masih terdapat bahagian rumah yang masih asli.

Pengunjung dapat merasai kehebatan letusan Merapi 2010 dengan melihat foto dan tulisan yang menceritakan kejadian itu. Foto tersebut menunjukkan pemandangan Gunung Merapi yang meletus dengan asap menjulang tinggi, serta keadaan penempatan selepas dihanyutkan awan panas.

2. Bunker Kaliadem

Dari muzium, kami dibawa ke persinggahan kedua iaitu Bunker kalidem. Bunker Kaliadem dibina oleh Pemerintah Kabupaten Sleman sekitar tahun 2000-an dan pada mulanya berfungsi sebagai tempat berteduh dari awan panas Gunung Merapi.

Bunker Kaliadem merupakan salah satu tempat destinasi pelancongan di lereng Gunung Merapi. Pelancong yang melawat boleh melihat bangunan bunker secara langsung, malah boleh masuk ke dalamnya.

Di kawasan bunker Kaliadem, pelancong dijamu dengan pemandangan panorama keindahan alam semula jadi lereng Gunung Merapi. Apabila cuaca cerah, pelancong dapat melihat Gunung Merapi dengan jelas. Momen ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk bergambar di hadapan bunker Kaliadem dengan berlatar belakang Gunung Merapi.

3. Muzium Mini Sisa HartaKu

Muzium Mini Sisa Hartaku ialah sebuah muzium yang menyimpan sisa-sisa letusan Gunung Merapi 2010. Muzium Mini Sisa Hartaku dibina sebagai monumen untuk mengabadikan kenangan letusan Gunung Merapi.

Muzium Mini Sisa Hartaku juga dikenali sebagai The House of Memory merupakan hasil inisiatif Sriyanto. Beliau merupakan antara penduduk tempatan yang berjaya terselamat dalam tragedi letusan Gunung Merapi 2010.

Di muzium ini terdapat pelbagai koleksi seperti rangka ternakan mangsa letusan, hinggalah peralatan rumah tangga yang rosak akibat letusan Gunung Merapi. Muzium ini merupakan rumah yang pernah menjadi milik seorang penduduk, dan hanya tujuh kilometer dari puncak Gunung Merapi.

KEDAI BAKERY, BAKPIA DIJAVA, JOGJAKARTA

Selepas melawat Gunung Merapi, kami dibawa untuk shopping jajan di Bakpia Djava, Jogjarkata.

Ketika melancong ke Jogja, ada satu perkara yang tidak boleh dilupakan sebagai kenang-kenangan iaitu Bakpia khas Jogja. Kedai Bakpia Djava ini patut dikunjungi kalau nak beli bakpia sebab rasanya tidak berubah walaupun sudah berpuluh tahun.Terdapat pelbagai perisa bakpia yang ditawarkan iaitu: kacang hijau, coklat, keju, blueberry, durian, susu, kumbu hitam, dan keju coklat. Semestinya rasa kacang hijau sangat baik kerana kacang hijau adalah rasa asli bakpia.

Bakpia Djava bukan sahaja menjual bakpia tetapi turut menjual produk seperti Geplak, pelbagai kerepek, susun peyek, dan sebagainya.

Kedai ini telah ditubuhkan sejak tahun 2008. Kedai ini terletak di Jl. Karel Sasuit Tubun No.93, Ngampilan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta. Kawasan kedai ini luas, jadi tak payah pening nak cari parking, bas pun boleh masuk dan kita boleh jalan-jalan sebab kedai pun luas.

KAFE ETNIK, JOGJKARTA

Makan malam di Kafe Etnik, Jogjarkata sebelum check-in ke hotel.

Makan secara buffet.

HOTEL KHAS MALIOBORO, JOGJAKARTA

Malam ini menginap di Hotel Khas Malioboro, Jogjakarta.

Tamat aktiviti hari kelima.


KLIP VIDEO

  • Video 10 - OOTD Kampung Rawa, Ambarawa, Semarang
  • Video 11 - Gunung Merapi di Cangkringan, Sleman, Jogjakarta

ITINERARY

Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut :


LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...