HARI 01 - 06 Januari 2024 KLIA2 Percutian ke Indonesia 6-14 JANUARI 2024 bersama-sama Tursina Travel. Penerbangan dijadualkan pada jam 06.55am. Pihak Agen meminta semua peserta dapat berkumpul di Level 3 KLIA 2 pada jam 4.00 pagi. Apabila semua peserta telah sampai, pihak agen memberi taklimat dan memperkenalkan Tour Leader, Encik Saiful Nizam. Jumlah peserta termasuk Tour Leader ada seramai 21 orang ada sesuai bagi sesuatu kumpulan pengembara. Selepas kami check-in bersama beg, kami mengambil foto kumpulan di hadapan pintu masuk penerbangan antarabangsa. Kemudian menunggu waktu subuh. Alhamdulillah banyak surau disediakan dalam KLIA 2 ini. Flight ke Jakarta dijadualkan pada jam 06.55am. FLIGHT KE JAKARTA Penerbangan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Setiba di Jakarta, kami disambut oleh wakil Tursina. TAMAN MINI INDONESIA INDAH (TMII) Memulakan aktivi...