Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KLIA

Day 8 & Day 9 - Rhine Fall - Zurich - Doha - KLIA

HARI KELAPAN (12-11-2025) Aktiviti Hari Kelapan - Melawat Air Terjun Rhine (Rhine Fall) - Penerbangan pulang dari Zurich ke Kuala Lumpur KLIP VIDEO HARI KELAPAN DAN HARI KESEMBILAN Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 16 - Rhine Falls Episod 17 - Zurich-Doha-KLIA 1. SARAPAN DI HOTEL B & B Breakfast & Check-out Hotel B & B, Zurich. Selepas check-out, kami dibawa melawat air terjun Rhine Fall yang sangat terkenal di Eropah. 2. RHINE FALLS (RHEINFALL), SWITZERLAND Nama “Laufen” berasal daripada nama lama Rhine Falls iaitu “grosses Lauffen”. Rhine Falls ialah air terjun terbesar di Eropah dan antara tarikan semula jadi paling terkenal di Switzerland. Air terjun ini terletak berhampiran bandar Schaffhausen, kira-kira 1 jam perjalanan dari Zurich. Terdapat beberapa platform viewing yang sangat dekat dengan air terjun. Kita boleh merasa percikan air dan bunyi deras air dengan jelas. Platform di sebelah Schloss Laufen adalah ...

Day 1 & Day 2 : KLIA - Doha - Munich

HARI PERTAMA (05-11-2025) Iternari Hari Pertama & Hari Kedua HARI 1 : Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Munich, Germany. HARI 2 : - Tiba di Munich. - Lawatan ke Munich Old Town (Marienplatz) dan Allianz Arena. - Perjalanan ke Salzburgh (2.5 jam). - Bermalam di Piding / Salzburg / berdekatan. KLIP VIDEO HARI PERTAMA DAN HARI KEDUA Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 01 - KLIA Episod 02 - Hamad Internasional Airport, Doha Episod 03 - Allianz Arena, Munich Episod 04 - Marienplatz, Munich 1. KLIA Alhamdulillah, direzekikan lagi, dapat kami bercuti bersama famili. Semoga Allah permudahkan segala urusan perjalanan dan percutian kami, selamat pergi dan selamat pulang. Aamiin. Kami mula bergerak dari rumah kediaman ke KLIA. Semua peserta diminta berkumpul di Aras 5, KLIA pada jam 5.15 pm. Satu taklimat perjalanan disampai oleh wakil Travel Agen Jomtravel Ventures berhubung tip-tip, keperluan dan larangan semasa penerban...