HARI KETUJUH (11-11-2025)
1. SARAPAN DI HOTEL B & B
Breakfast di B & B Hotel Zurich.
2. LUCERNE, SWITZERLAND
Lucerne (Luzern dalam bahasa Jerman) ialah antara bandar paling cantik di Switzerland. Lucerne merupakan sebuah bandar padat di Switzerland yang terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang dipelihara. Ia terletak di tengah-tengah pergunungan Alips yang dilitupi salji di tepi Tasik Lucerne.
Bandar ini sangat popular kerana gabungan pemandangan tasik, bandar lama bersejarah, dan akses mudah ke kawasan gunung seperti Mount Pilatus dan Mount Rigi. Ramai pelancong anggap Lucerne sebagai bandar paling “classic Switzerland”. Di bandar ini juga terdapat beberapa restoran halal India dan Turki di sekitar bandar lama termasuk di stesen kereta api.
Tarikan utama di Lucerne adalah :
- Chapel Bridge (KapellbrĂĽcke)
- Lion Monument
- Old Town (Altstadt)
- Lake Lucerne
2.1 CHAPEL BERIDGE (KAPELBRICKE)
Chapel Bridge (KapellbrĂĽcke) ialah sebuah jambatan kayu ikonik di Switzerland dan salah satu jambatan kayu tertua di Eropah. Chapel Bridge merupakan simbol dan mercu tanda Lucerne dibina pada tahun 1333. Jambatan pejalan kaki kayu berbumbung ini menghubungkan Old Town Lucerne dengan tebing kiri Sungai Reuss. Ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Switzerland.
Semasa kita berjalan melintasi jambatan sepanjang 204 meter ini sambil nikmati pemandangan Sungai Reuss dan Old Town Lucerne, kita akan temui lukisan-lukisan bersejarah. Bersebelahan jambatan ialah Menara Air (Water Tower atau Wasserturm) yang merupakan salah satu bangunan paling terkenal di Switzerland.
Menara Air yang ikonik di Lucerne merupakan sebuah menara zaman pertengahan yang dibina sekitar tahun 1300. Menara Air ini berbentuk segi lapan yang mengagumkan yang terletak di tengah-tengah Sungai Reuss. Ia merupakan pusat skyline bandar yang terkenal dengan poskad. Kawasan ini membentuk kompleks yang saling berkaitan dengan Jambatan Chapel di bersebelahan.
Gabungan Jambatan Chapel dan Menara Air mungkin merupakan salah satu subjek foto paling popular di Switzerland.
2.2 LION MONUMENT
Monumen Singa (Lion Monument) adalah salah satu monumen paling terkenal di Switzerland. Di dalam gua batu terletaknya seekor singa gergasi yang nazak.
Lion Monument merupakan ukiran singa sedih pada batu bukit. Ia dibina untuk memperingati tentera Swiss Guard yang terkorban semasa Revolusi Perancis pada tahun 1792. Raja Louis XVI. Mark Twain pernah menyifatkannya sebagai "the saddest stone in the world (batu paling menyedihkan di dunia)" kerana monumen ini tidak tertumpu pada kemenangan, tetapi pada mangsa yang terkorban.
Karya seni ini dihasilkan oleh pengukir Denmark, Bertel Thorvaldsen. Di sini terdapat 10 papan maklumat dalam bahasa Jerman dan Inggeris yang memberikan fakta menarik tentang sejarah tersebut. Manakal inskripsi Latin menyenaraikan nama-nama pegawai yang gugur dan bilangan askar terkorban.
2.3 OLD TOWN (ALSTADT)
Bandar Lama (Altstadt) yang berwarna-warni bersempadan di sebelah utara dengan Museggmauer (Musegg Wall). Museggmauer adalah sebuah benteng abad ke-14. Bandar lama ini dipenuhi dengan bangunan berwarna-warni, dataran kecil, kedai cenderamata, dan kafe.
Bandar Lama ini sangat sesuai untuk berjalan santai.
i. Jesuitenkirche Lucerne
Jesuitenkirche Luzern ialah salah satu gereja Baroque paling terkenal di Switzerland. Ia terletak di tepi Sungai Reuss di bandar Lucerne. Gereja ini dibina antara tahun 1666 hingga 1677 dan dianggap sebagai gereja Baroque besar pertama di Switzerland. Rekabentuknya diinspirasikan daripada gereja “Il GesĂą” di Rome dengan reka bentuk dalaman yang sangat cantik.
ii. MĂĽhlenplatz (“Mill Square” / Dataran Kilang)
Pada zaman dahulu, kawasan ini mempunyai banyak kilang air yang menggunakan aliran Sungai Reuss untuk menggerakkan mesin pengisar gandum dan aktiviti perdagangan. Sebab itu kawasan ini diberi nama MĂĽhlenplatz.
MĂĽhlenplatz ialah dataran bersejarah terbesar di Old Town (Altstadt) bandar Lucerne. Kawasan ini sangat popular untuk berjalan kaki, menikmati suasana bandar lama, makan di kafe tepi sungai dan melihat pemandangan Sungai Reuss.
iii. Weinmarkt-Brunnen
Dataran paling terkenal di Old Town. Kawasan ini dipenuhi bangunan berwarna-warni dengan lukisan dinding tradisional Switzerland. Sangat sesuai untuk ambil gambar dan santai di café.
iv. Museggmauer, Lucerne
Museggmauer ialah tembok pertahanan zaman pertengahan yang sangat terkenal di bandar Lucerne, Switzerland. Ia dibina sekitar abad ke-13 hingga abad ke-15 sebagai sistem pertahanan bandar lama Lucerne.
Panjang tembok sekitar 870 meter dengan ketinggian kira-kira 9 meter antara tembok bandar zaman pertengahan yang paling lengkap dan terbaik dipelihara di Switzerland. Dahulu ia mempunyai kira-kira 30 menara, tetapi kini tinggal 9 menara utama. Sebahagian menara boleh dimasuki pelawat secara percuma pada musim tertentu.
2.4 LAKE LUCERNE
Lake Lucerne (Vierwaldstättersee) ialah antara tasik paling terkenal dan paling cantik di Switzerland. Dalam bahasa Jerman ia dipanggil Vierwaldstättersee yang bermaksud “Lake of the Four Forest Cantons”. Tasik ini dikelilingi gunung Alps seperti Rigi dan Pilatus, serta kampung tradisional Switzerland dan bandar bersejarah Lucerne.
Tasik ini terletak di tengah Switzerland dengan keluasan sekitar 114 km persegi merupakan tasik keempat terbesar di Switzerland. Tasik ini terkenal dengan cruise tasik untuk menikmati pemandangan Alps.
2.5 MAKAN TENGAHRI DI LUCERNE
Pengalaman menikmati makan tengahari (pek makanan) dibawah sinaran matahari di tengah kota Luzcerne, Switzerland..
3. IMAN CENTER - ISLAMIC COMUMUNITY VOLKETSWILL ZURICH
Pusat Islam ini juga dikenali sebagai Iman Zentrum atau Islamische Gemeinschaft Volketswil ZĂĽrich (IGVZ). Ia merupakan antara pusat komuniti Islam terbesar di kawasan Zurich dan dibuka sekitar tahun 2012–2013. Lokasi Volketswil, kira-kira 20–25 minit dari pusat bandar Zurich dengan menaiki kereta/train.
Bagi memenuhi keperluan komuniti yang pelbagai, pusat ini telah menjadikan bahasa Jerman dan Arab sebagai bahasa komunikasi utama mereka. Bahasa Jerman digunakan kerana pusat ini terletak di Switzerland yang berbahasa Jerman, manakala bahasa Arab memainkan peranan penting kerana kepentingannya yang penting sebagai bahasa al-Quran.
4. LINDT HOME OF CHOCOLATE FACTORY
Lindt Home of Chocolate ialah muzium dan pusat pengalaman coklat terkenal milik Lindt & SprĂĽngli di Kilchberg, berhampiran Zurich, Switzerland. Tempat ini sangat popular untuk pelancong kerana gabungan muzium interaktif, tasting coklat, kedai coklat terbesar Lindt dan chocolate fountain gergasi.
Di bahagian lobby terdapat chocolate fountain setinggi 9 meter — antara yang terbesar di dunia. Ia menjadi spot gambar paling terkenal di sini.
Di sini juga terdapat kedai coklat yang merupakan kedai coklat terbesar di dunia dengan keluasan 500m persegi.
Muzium Interaktif
Muzium moden ini dibuka pada tahun 2020 dan menjadi salah satu tarikan paling popular di Switzerland untuk pencinta coklat. Ia memberi penerangan proses pembuatan coklat dari biji koko hingga produk siap secara persembahan multimedia dan interaktif tentang sejarah coklat Switzerland.
Pengunjung boleh rasa beberapa jenis coklat Lindt semasa lawatan. Ini antara bahagian paling disukai pelancong.
Selepas melawat kilang coklat Lindt, kami dibawa pulang ke hotel untul penginapan.
Tamat aktiviti hari ketujuh.
LINK



































Comments