HARI KETIGA (06-11-2025)
Iternanri Hari Ketiga
- Perjalanan ke Hallstatt (1.5jam).
- Lawatan ke Hallstat village dan menikmati pemandangan tasik.
- Lawatan Salzburg Old Town (Mozartplatz).
- Bermalam di Piding / Salzburg /berdekatan.
1. SARAPAN DI BEST WESTERN HOTEL,WALSERBERG
Sebelum memulakan aktiviti, kami bersarapan dahulu di hotel. Makan mana yang boleh dimakan sekadar alas perut.
2. PERJALANAN KE HALLSTATT
Perjalanan dari Salzburg ke Hallstatt mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami dihidangkan dengan permandangan yang cantik, nyaman dan tenang.
Permandangan dalam perjalanan ke Hallstatt.
3. HALLSTATT, AUSTRIA
Hallstatt ialah sebuah kampung paling cantik dan ikonik di Austria, ia terletak di tepi Lake Hallstatt dengan latar pergunungan Alps. Selalu digelar fairytale village di tepi tasik dan salah satu destinasi paling fotogenik di Alpen.
Hallstatt bermaksud "tempat garam", yang merupakan gabungan bahasa Jerman, dan perkataan "Hall iaitu garam dalam bahasa Celtic purba.
Hallstatt ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Gmunden, di negara Austria, di persimpangan jalan yang menghubungkan bandar Salzburg dan bandar Graz. Hallstatt dikelilingi oleh gunung-ganang yang menjulang tinggi dan rumah-rumah alpine yang berwarna-warni, bandar Austria yang menawan ini merupakan destinasi impian setiap pelancong.
Hallstatt adalah teras Landskap Budaya Hallstatt-Dachstein/Salzkammergut yang diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia di Austria oleh UNESCO pada tahun 1997. Ia adalah kawasan tumpuan pelancongan.
Walaupun saiznya kecil, terdapat banyak perkara boleh dilakukan di Hallstatt, daripada menerokai Bandar Lama yang bersejarah dan pemandangan indah, hinggalah menaiki bot di tasik atau melawat lombong garam tertua di dunia.
Di tengah-tengah Bandar Lama, kita akan menemui Dataran Pasar, salah satu tempat paling indah di Hallstatt. Dikelilingi oleh bangunan bersejarah dengan balkoni kayu tradisional, dataran ini merupakan tempat yang bagus untuk menikmati keindahan bandar.
Terdapat beberapa kafe dan restoran di mana kita boleh duduk untuk minum kopi atau makan, serta kedai-kedai kecil yang menjual kraftangan dan cenderahati tempatan.
Lawatan utama adalah berjalan-jalan melalui kampung untuk melihat tepi tasik, dataran utama, dan gereja tulang.
i. The Lake Hallstatt Stroll
The Lake Hallstatt Stroll ialah laluan berjalan kaki yang sangat popular di Hallstatt, Austria, mengelilingi sebahagian Tasik Hallstatt (Hallstätter See), terkenal dengan pemandangan gunung, rumah kayu tradisional dan air tasik yang jernih. Ia dianggap antara stroll (jalan santai) paling cantik di Eropah.
Walaupun keseluruhan berjalan kaki dari Selatan ke Utara melalui bandar yang sepi itu tidak sampai satu kilometer panjang tetapi ia akan sentiasa tertanam dalam ingatan kita.
Kita dapat melihat perkampungan klasik dan rumah separuh kayu berusia berabad-abad di sepanjang tepi tasik. Rumah-rumah ini dipelihara dengan baik. Di tasik ini terdapat angsa-angsa perliharaan penduduk kampung, berenang-renang megah menjadi tarikan dengan sendirinya.
Pada masa dahulu, satu-satunya cara untuk sampai ke Hallstatt adalah dengan menaiki bot atau laluan keldai yang sempit. Jalan ini berlegar di atas air, di atas tiang dan dipenuhi dengan restoran, rumah tamu, kedai cenderamata, dan sudah tentu pemandangan indah Tasik Hallstatt.
Semasa berjalan-jalan di Hallstatt, kita akan melalui banyak restoran tepi tasik, rumah yang ditutupi dengan pokok buah-buahan yang diperlihara rapi dan kotak bunga berwarna-warni. Kita juga boleh berjalan-jalan di laluan atas untuk mendapatkan pemandangan tasik dari tempat tinggi Hallstatt.
ii. Market Square (Marktplatz)
Dataran pasar Hallstatt – Marktplatz
Di tengah-tengah Austria terletaknya bandar Hallstatt yang indah, terkenal dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan dan sejarah yang kaya. Salah satu mercu tanda bandar yang paling ikonik ialah dataran pasar Hallstatt.
Hab aktiviti yang sibuk yang telah menjadi pusat kehidupan masyarakat selama berabad-abad. Dikelilingi oleh bangunan berwarna-warni dan kafe yang menarik, dataran pasar adalah tempat yang meriah dan sibuk. Penduduk tempatan dan pelancong sama-sama datang untuk membeli-belah, bersosial, dan menikmati suasana unik di bandar yang menawan ini.
Terdapat beberapa tempat penting di Hallstatt tetapi kami tidak pergi melawat seperti :
i. Bone Chapel - The Bone House & Cemetery (Beinhaus)
Salah satu tarikan paling unik dan bersejarah di Hallstatt, tempat kecil, sunyi, tapi sangat bermakna. Bone Chapel terletak di di St. Michael’s Chapel, bersebelahan dengan gereja paroki Katolik di pusat Hallstatt .
Beinhaus St. Michael ialah sebuah kapel kecil yang menyimpan lebih kurang 1,200 tengkorak manusia di mana lebi kurang 600 daripadanya dilukis dan dihias tangan serta dicatat nama, tarikh lahir dan tarikh kematian. Amalan ini bermula sekitar abad ke-12.
Bone Chapel diujudkan kerana perkuburan Hallstatt sangat kecil, dan secara sejarahnya mayat hanya dikebumikan selama kira-kira 10–15 tahun sebelum kubur dibuka semula untuk memberi ruang kepada pengebumian baharu. Tengkorak dan tulang yang lebih besar dibersihkan dan dipindahkan ke ossuari.
Tapak ini merupakan tarikan pelancong yang popular kerana gabungan sejarah budaya dan keunikan visualnya.
ii Salt Mine Salzwelten Hallstatt
Salzwelten bermaksud “Dunia Garam” iaitu sebuah muzium dan lombong garam di dalam gunung Salzberg yang menceritakan sejarah perlombongan garam sejak Zaman Prasejarah dan Tamadun Hallstatt.
Salt Mine Salzwelten Hallstatt ialah lombong garam tertua di dunia yang masih beroperasi untuk pelancongan, terletak di atas perkampungan Hallstatt dengan sejarah lebih 7,000 tahun. Ia merupakan tarikan utama jika ke Hallstatt.
iii. Ice Cave (Gua Ais)
Gua ais semula jadi dalam gunung. Di dalamnya terdapat dewan ais gergasi, terowong berkilau dan formasi stalaktit ais berusia ribuan tahun serta patung ais dengan pencahayaan dramatik. Suhunya sekitar 0°C hingga -2°C sepanjang tahun. Ia antara gua ais paling mengagumkan di Eropah.
iv. .5 Fingers Lookout
5 Fingers Lookout (5fingers) adalah tempat titik pandangan spektakuler di Hallstatt, Austria.
5 Fingers adalah sebuah platform pemerhati (viewing platform) yang sangat terkenal di Mount Krippenstein dalam kawasan Dachstein Mountains, berhampiran bandar Hallstatt di Austria. Reka bentuknya menyerupai sebuah tangan dengan lima jari yang menjulur keluar dari tebing curam, memberikan pemandangan panoramik yang luar biasa ke kawasan Salzkammergut, termasuk Lake Hallstatt dan puncak pergunungan sekitarnya.
v. Skywalk Lookout
Skywalk Hallstatt, juga dinamakan World Heritage View, ialah salah satu platform panorama paling ikonik di Hallstatt, Austria. Ia merupakan struktur steel viewing platform yang menonjol dari lereng gunung (Salzberg) dan tergantung kira-kira 350–360 meter di atas bandar Hallstatt dan semua kawasan UNESCO World Heritage di bawahnya. Dari sini, kita dapat melihat penuh Lake Hallstatt serta pekan Hallstatt yang cantik dari sudut tinggi. Ia memberi satu pengalaman foto yang cukup terkenal dan instagrammable.
4. SALZBURG, AUSTRIA
Salzburg, Austria merupakan bandar yang klasik, romantik, dan penuh muzik serta memang “storybook vibes”.
Salzburg ialah bandar kelahiran Mozart dan dikenali sebagai latar filem The Sound of Music. Bandar lama (Altstadt) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dikelilingi Alps yang cantik.
Salzburg merupakan salah sebuah bandar paling terkenal di Austria dan Eropah. Salzburg ialah bandar keempat terbesar di Austria. Bandar ini terletak di Sungai Salzach, berhampiran sempadan dengan Germany dan di kaki pergunungan Alps.
Di Slazburg terdapat beberapa tempat menarik adalah :
i. Hohensalzburg Fortress – kubu abad ke-11 di atas bukit, view bandar memang padu
ii. Mozart’s Birthplace & Residence – untuk peminat muzik klasik
iii. Mirabell Palace & Gardens – lokasi ikonik Sound of Music
iv. Salzburg Old Town (Altstadt) – jalan Getreidegasse, kedai klasik dan bangunan baroque
v. Salzburg Cathedral – seni bina yang megah
i. Hohensalzburg Fortress
Hohensalzburg Fortress (Festung Hohensalzburg) merupakan ikon paling terkenal di Salzburg, besar, megah, dan mempunyai pemandangan yang cantik. Ia dibina pada tahun 1077 dan antara kubu zaman pertengahan terbesar serta paling terpelihara di Eropah. Kubu ini terletak di atas Festungsberg Hill, menghadap terus ke Old Town Salzburg dan telah menjadi penempatan utama bagi pemerintah Salzburg sejak tahun 1000-an.
Sejak penubuhannya, kubu ini telah mengalami banyak transformasi, penambahan dan pengembangan termasuk Kereta Kabel Funikular dari bawah bukit yang menuju ke atas yang membolehkan akses mudah untuk pelancong. Kubu ini merupakan tarikan nombor satu di Salzburg dan mempunyai sejarah yang indah.
ii. Mozart’s Birthplace & Residence
Mozart’s Birthplace (Mozarts Geburtshaus) terletak di Getreidegasse 9, Old Town adalah tempat kelahiran Komposer Klasik yang legenda, Mozart pada tahun 1756. Bangunan berwarna kuning ikonik ini mengandungi semua yang berkaitan dengan Mozart, daripada perincian kehidupan zaman kanak-kanaknya, hinggalah alat muzik yang dimilikinya (biola & piano asal Mozart). Di sini juga terdapat bilik zaman kanak-kanak Mozart, surat, manuskrip dan barangan peribadi Mozart.
Mozart’s Residence (Mozart-Wohnhaus) terletak di Makartplatz (dekat Mirabell Garden). Ia adalah rumah kediaman Mozart semasa remaja dan dewasa. Saiznya lebih besar, tenang dan interaktif berbanding dengan Mozart Birthpalce. Di sini terdapat piano fortepiano Mozart, pameran multimedia serta kisah kerjaya dan karya muziknya.
Mozart
Lukisan Mozart oleh artis Austria Barbara Krafft
Wolfgang Amadeus Mozart adalah salah seorang komposer terhebat sepanjang zaman. Ia seoranga yang genius dalam bidang muzik sejak kecil. Mozart dilahirkan pada 27 Januari 1756, di Salzburg.
Mozart merupakan seorang komposer prolifik zaman Klasik, yang terkenal dengan lebih 750 karya merangkumi simfoni, opera, konserto dan muzik koral. Karya-karyanya diraikan kerana keindahan melodi, keanggunan, dan kekayaan harmoni.
Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 1791, Vienna pada umur 35 tahun.
iii. Mirabell Palace & Gardens
Mirabell Palace & Gardens terletak di Salzburg, Austria merupakan salah satu tempat paling cantik dan romantik di Salzburg. Taman ini dibina pada 1606 dan lokasi taman ini di seberang Sungai Salzach (dekat Old Town). Taman ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Manakala istana ini terkenal dengan taman simetri gaya baroque dan pemandangan terus ke Hohensalzburg Fortress.
iv. Salzburg Old Town (Altstadt)
Salzburg Old Town (Altstadt) adalah pusat bersejarah Salzburg yang klasik, romantik, dan penuh cerita. Altstadt Salzburg diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, terletak di tebing kiri Sungai Salzach dan terkenal dengan seni bina Baroque, lorong sempit dan dataran lama.
Terdapat beberapa tempat menarik di dalam Old Town :
1. Getreidegasse
Jalan paling ikonik dan kedai dengan papan tanda besi tradisional. Di sini terletak nya Mozart’s Birthplace, Salzburg Cathedral (Dom zu Salzburg), Katedral besar & megah dan seni bina baroque yang cantik
2. Residenzplatz
Merupakan dataran utama, terdapat Residenz Fountain (antara air pancut terbesar di Eropah), Mozartplatz dan Patung Mozart serta suasana klasik dan tenang
3. Kapitelplatz
Kapitelplatz merupakan dataran luas, sering ada konsert, pasar, atau pameran seni luar.
Kawasan adalah spot santai untuk bergambar dengan latar fortress dan jalan bersejarah. Kawasan juga untuk melihat pemandangan Hohensalzburg Fortress cantik.
Di sini juga terdapat arca Sfera Emas Golden Sphere). Arca besar berbentuk bola emas. Nama asal adalah Sphaera. Ia dicipta oleh KĂĽnstler Stephan Balkenhol. Arca ini berdiri di atas tiang tinggi lebih kurang 7–8 meter. Ia menjadi simbol gabungan seni moden dan warisan klasik Salzburg.
iv. Mozartplatz Square
Mozartplatz, dahulunya dikenali sebagai Michaelsplatz, ialah sebuah dataran di pusat bersejarah Bandar Lama Altstadt, Salzburg di Austria.
Dataran ini dibina oleh Prince-Archbishop Wolf Dietrich von Raitenau yang mengarahkan perobohan beberapa rumah di tapak ini pada awal abad ke-17. Pada asalnya bahagian tengah dataran itu ialah air pancut berukiran dengan patung St. Michael, tetapi telah dialihkan pada tahun 1841 untuk memberi laluan pembinaan patung Mozart. Patung peringatan komposer Wolfgang Amadeus Mozart terletak di tengah-tengah dataran itu.
Kini dataran ini telah dinama dengan nama beliau sebagai ingatan.
Selain patung itu, terdapat beberapa muzium di dataran ini termasuk Muzium Salzburg, Traklhaus dan Muzium Krismas Salzburg.
Selepas melawat Salzburg Old Town (Altstadt), kami pulang ke hotel penginapan.
Tamat aktiviti hari ketiga.
LINK



































Comments