Skip to main content

Day 4 : Salzburg – Schwangau

HARI KEEMPAT (08-11-2025)

Iternanri Hari Keempat

- Perjalanan Salzburg – Schwangau.

- Lawatan ke Neuschwanstein Castle (Disney Castle)

- Horse ride to Castle.

- Penginapan di Lustenau / berdekatan.

1.0 SARAPAN DI HOTEL

2.0 PERJALANAN SALZBURG KE SCHWANGAU

Perjalanan dari Salzburg, Austria ke Schwangau, Germany mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan ini terdapat beberapa tempat tarikan tetapi kami tidak pergi melawat iaitu :

1. Hans-Peter Porsche Museum
2. Herrenchiemsee
3. Benediktbeuern Abbey
4. Ettal Abbey
5. Linderhof Palace

i. Hans-Peter Porsche Museum

Hans-Peter Porsche TraumWerk Museum ialah muzium automotif dan mainan mewah yang sangat menarik,  sesuai untuk peminat Porsche dan keluarga.

Hans-Peter Porsche Traumwerk adalah muzium unik di Anger, Jerman, yang dibina oleh Hans-Peter Porsche (anak ahli keluarga Porsche). Ia bukan sekadar muzium kereta biasa tetapi ia menampilkan koleksi tin toys & model kereta api berusia lebih 150 tahun. Di sini terdapat lebih 16× besar model kereta api berskala yang beroperasi melalui miniatur landskap Austria, Switzerland dan Jerman.

Pameran barang mainan klasik seperti kapal, kereta, kapal terbang, dan macam-macam lagi dalam paparan interaktif dan multimedia. Ekshibit kereta sebenar dari koleksi Hans-Peter Porsche termasuk model-model Porsche klasik seperti 904, 356, 959 dan lain-lain.

ii. Herrenchiemsee

Herrenchiemsee adalah sebuah istana megah di Jerman, dibina oleh Raja Ludwig II dari Bavaria sebagai “Versailles Bavaria” yang mengambil inspirasi dari Istana Versailles di Perancis. Ia terletak di Herreninsel (Pulau Herrenchiemsee) di tengah Tasik Chiemsee, Bavaria, kira-kira 60 km dari Munich (München).

Pembinaan dimulakan pada 1878 atas arahan Raja Ludwig II, yang amat mengagumi Raja Louis XIV dari Perancis. Istana ini direka sebagai versi Bavaria untuk Istana Versailles, lengkap dengan taman formal, hall cermin (Hall of Mirrors), dan bilik-bilik diraja yang sangat mewah.

Kerja pembinaan tidak pernah selesai sepenuhnya kerana Ludwig meninggal dunia pada 1886; hanya sebahagian ruangan siap dibina. Walaupun begitu, sekitar 20 bilik paling menarik telah disiapkan dan dibuka kepada pelawat melalui lawatan berpandu.

iii. Benediktbeuern Abbey

Benediktbeuern Abbey (Biara Benediktbeuern) ialah biara Benedictine yang sangat bersejarah dan cantik di Bavaria, Jerman. Ia terkenal dengan manuskrip klasik Carmina Burana.

Benediktbeuern Abbey (Biara Benediktbeuern) ialah sebuah biara Benedictine bersejarah di Bavaria, Jerman, terletak di kaki Alps Bavaria, kira-kira 1 jam dari Munich.

Diasaskan sekitar tahun 725 Masihi iaitu diantara biara tertua di Bavaria. Ia terkenal sebagai tempat penemuan manuskrip Carmina Burana (koleksi puisi Latin abad pertengahan yang kemudian digubah muzik oleh Carl Orff).  Seni bina utama  hari ini bergaya Baroque (abad ke-18).

iv. Ettal Abbey

Ettal Abbey (Kloster Ettal) ialah sebuah biara Benedictine yang sangat terkenal di Bavaria, Jerman, terletak di lembah Alpine berhampiran Garmisch-Partenkirchen dan Oberammergau. Ini antara biara paling cantik di kawasan Alps Bavaria. iasakan pada tahun 1330 oleh Emperor Ludwig IV (Ludwig the Bavarian) dan masih aktif hingga hari ini.

v. Linderhof Palace

Linderhof Palace (Schloss Linderhof) ialah istana terkecil tetapi paling siap antara istana Raja Ludwig II dari Bavaria dan paling elegan. Terletak di kawasan Alps Bavaria, berhampiran Ettal Abbey. Istana ini dibina antara tahun 1874 hingga 1884 oleh Raja Ludwig II.

3.0 BLOMBERBAHN

Dalam perjalanan ke Schwangau, kami singggah di Blomberbahn. Blombergbahn terletak di Bad Tölz, Bavaria, kira-kira 1 jam 30 minit masa perjalanan dari Salzburg.

Blombergbahn ialah kereta kabel (gondola) yang sangat popular di Bavaria, ia tidak popular jika dibandingkan dengan Istana Neuschwanstein, tetapi terkenal dengan permandangan Alps yang cantik dan tenang.

Kawasan ini sesuai untuk mereka yng inginkan kenikmatan alam semula jadi tanpa keseakan, travel yang ringan dan udara segar.

Ia juga sesuai untuk melancong bersama keluargan dan hendak lari dari kesesakan sekejap dari bandar Munich.

Di sini terdapat aktiviti outdoor popular iaitu Kereta Kabel Gunung (Cable Car) dan Alpine Coaster (Blomberg Blitz).

Kereta Kabel Gunung  akan membawa pengunjung naik ke puncak Blomberg Mountain (setinggi 1,248 meter dari aras laut) untuk melihat dan menikmati pemandangan Alps dan lembah Isar yang cantik. Ia juga digunakan oleh pendaki sebagai laluan hiking di puncak.

Selain dari kereta kabel, terdapat juga Alpine Coaster (Blomberg Blitz) sangat popular di kawasan Alps. Alpine Coaster adalah  kereta luncur di atas rel besi dan brek dikawal sendiri (boleh laju atau perlahan). Ia bergerak meluncur dari atas gunung turun ke bawah untuk menikmat pemandangan gunung dan hutan. Ia merupakan salah satu yang paling panjang (panjang trek: ±1,300 meter) dan menyeronokkan di Jerman. Permainan ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

4.0 SCHWANGAU, GERMANY

Kami selamat tiba di Schwangau dari Blombergbahn.

Schwangau ialah sebuah kampung kecil yang sangat cantik di Bavaria, Jerman, dekat dengan Füssen dan sempadan Austria. Manakala Füssen pila ialah bandar kecil yang sangat menawan di Bavaria, ia betul-betul dekat sempadan Austria. Ia merupakan pintu masuk utama ke Schwangau dan Neuschwanstein Castle.

Tarikan di Schwangau yang popular adalah :

i. Neuschwanstein Castle – istana “fairytale” yang jadi inspirasi Disney;
ii. Hohenschwangau Castle – istana zaman kanak-kanak Raja Ludwig II;
iii. Alpsee & Schwansee – tasik jernih dengan view Alps, cantik gila untuk jalan santai dan berfoto; dan
iv. Therme Schwangau – spa air panas dengan permandangan gunung.

i. Neuschwanstein Castle (Disney Castle)

Neuchwanstein adalah istana paling ikonik di Jerman. Neuschwanstein Castle ialah istana dongeng yang sangat terkenal dan bersejarah abad ke-19 di Bavaria, Jerman. Ia sering dianggap sebagai inspirasi kepada istana Disney. Reka bentuk seperti istana dalam cerita dongeng.

Neuschwanstein Castle di Schwangau, berada berhampiran bandar Füssen, Bavaria (selatan Jerman). Ia terletak di atas bukit dengan pemandangan Alps yang cantik. Istana ini berdiri di atas gaung sempit aliran Pöllat, timur tasik Alpsee dan Schwansee, berhampiran dengan muara Lech ke Forggensee.

Ia merupakan antara istana paling banyak dikunjungi di Eropah kira-kira lebih 1.5 juta pelawat setahun.

Istana Neuschwanstein dibina oleh Raja Ludwig II pada tahun 1869. Ia direka sebagai istana fantasi, bukan pertahanan. Seni binanya dalah gabungan seni bina Romanesque dan Gothic. Istana Neuschwanstein merupakan sebuah bangunan yang unik dan antara monumen luar biasa pada zamannya dan merupakan sebahagian daripada Warisan Dunia UNESCO. Istana ini tidak sempat siap sepenuhnya sebelum kemangkatan Raja Ludwig II.

ii. Marienbrücke (Jambatan Mary)

Marienbrücke (Jambatan Mary) ialah jambatan paling terkenal untuk melihat Neuschwanstein Castle dari sudut terbaik.

Lokasi Marienbrücke  berada di atas gaung Pöllat, berhampiran Istana Neuschwanstein. Jambatan ini dibina pada tahun 1845 oleh Raja Maximilian II (ayah Ludwig II). Ketinggian jambatan ini lebih kurang 90 meter dari dasar gaung. Jambatan ini berfungsi sebagai platform pandangan terbaik istana.

Dari sini kita boleh mengambil gambar klasik Istana Neuschwanstein dari sudut atas. Kita boleh melihat air terjun dan gaung di bawah serta boleh menikmati pemandangan Alps Bavaria. Tempat ini adalah spot yang selalu muncul dalam poskad dan Instagram.

Kadang-kadang jambatan ditutup disebabkan oleh keadaan cuaca buruk, bila terdapat salji tebal, angin kuat atau kerja-kerja penyelenggaraan.

iii. Horse ride to Castle

Di sini ada menyediakan kereta kuda (horse carriage) naik ke istana atau turun dari istana. Ia merupakan antara cara paling klasik dan fairytale untuk naik ke istana.

Perkhidamatannya bermula di Hohenschwangau village (dekat Ticket Center) dan kereta kuda tarik naik separuh jalan ke atas bukit. Selepas itu semua akan turun dan berjalan kaki ±10 min ke pintu istana.

iv. Hohenschwangau Castle

Istana Hohenschwangau ialah istana lebih kecil dan lebih bersejarah berbanding Neuschwanstein. Di sini sebenarnya rumah zaman kanak-kanak Raja Ludwig II. Istana Hohenschwangau terletak di puncak bukit di atas tasik Alpsee dan Schwansee, betul-betul bawah Istana Neuschwanstein.

Istana Hohenschwangau (Schloss Hohenschwangau) ialah kubu dramatik abad ke-19 yang dibina oleh raja Bavaria, King Maximilian II (ayah Ludwig II) dengan seni bina gaya Neo-Gothic warna kuning emas. Ia patut dikunjungi kerana hiasan dalaman yang mempesonakan, pemandangan Alpsee dan gunung Alps sangat cantik. Istana ini kurang “fairytale”, tapi lebih autentik  dan intimate.

6.0 LUSTENAU, AUSTRIA

Selepas melawat Istana Neuschwanstein, kami meneruskan perjalanan ke Lustenau, Austria.

Lustenau ialah sebuah bandar di negeri Vorarlberg, Austria paling barat dalam daerah Dornbirn. Ia terletak di sungai Rhine, yang membentuk sempadan dengan Switzerland. Lustenau ialah bandar keempat terbesar di Vorarlberg.

7.0 HOTEL HOLIDAY INN EXPRESS, LUSTENAU

Samapai di Lustenau, kami dibawa menginap di Holiday Inn Express, Lustenau, Austria.

Tamat lawatan hari keempat.



LINK




Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...