Skip to main content

ALPS VENTURES 2025 : Germany - Austria - Switzerland 9H6M

PENGENALAN

Alhamdulillah, kami diberi peluang lagi untuk bercuti.

Kali ini kami akan melancong merentas banjaran gunung Alps tercantik di dunia, kami akan melawat beberapa tempat menarik di tiga negara Eropah iaitu Germany, Austria dan Switzerland. Antara destinasi lawatan di sepanjang trip ini di tempat dan bandar berikut : Munich, Salzburg, Hallstatt, Neuschwanstein Castle, Lustenau, Bern, Lauterbrunnen, Interlaken, Mount Murren, Lucerne dan Zurich.

Setelah mencari dan meneliti setiap pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan, kami memilih pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan Jomventures Travel & Tours Sdn Bhd iaitu pakej Alps Ventures - Switzerland, Austria & Germany 9D6N. Pakej ini menawarkan dengan harga RM7588 seorang selama 9 hari 6 malam yang bermula pada 05 November 2025 hingga 13 November 2025.

Pakej ini termasuk tiket penerbangan, pergi dan balik dengan Qatar Airways. Penginapan 6 malam di hotel bertaraf 3 bintang dengan sarapan serta pek makanan untuk makan malam. Makanan tengahari tidak disediakan dan kebanyakan bayaran masuk tempat lawatan ada juga tidak disediakan.

Pakej ini di ketuai oleh Encik Ehsan, seorang tour leader yang berpengalaman dan dibantu oleh En Syafiq. Kumpulan kami dalam pakej ini  terdiri seramai 39 orang peserta.

MAKLUMAT PENERBANGAN

Pakej kami menggunakan perkhidmatan Qatar Airways :

Pergi :

05 Nov 2025 - QR4990 - KLIA ke Doha jam 12:15 - 23:40

06 Nov 2025 - QR059 - Doha ke Munich 02:45 - 06:55

Balik :

12 Nov 2025 - QR096 - Zurich ke Doha jam 15:40 - 23:25

13 Nov 2025 - QR852 - Doha ke KLIA

TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DALAM PAKEJ

Pemandangan indah sepanjang perjalanan merentasi Alps di 3 buah negara Swizerland, Austria dan Germany.

  1. Keindahan tasik Hallstatt yang terkenal dengan perlombongan garam bukit 'salt mining';
  2. Keajaiban air terjun terkenal di Eropah ialah Rhine Falls di Swizerland; dan
  3. Pengalaman menaiki kereta kabel ke Mount Murren dari ketinggian 3000 meter dari aras laut.

Berikut adalah negara-negara yang kami lawati :

1. GERMANY

Germany ialah sebuah negara di Eropah Tengah. Ia terletak di antara Laut Baltik dan Laut Utara di sebelah utara dan Pergunungan Alps di sebelah selatan. Ia mempunyai jumlah penduduk lebih 82 juta, menjadikannya negara anggota paling ramai penduduk dalam Kesatuan Eropah. Ibu negara dan bandar paling ramai penduduknya ialah di Berlin dan pusat kewangan utamanya di Frankfurt. Frankfurt adalah sebuah bandar terbesar ialah Ruhr.

Antara tempat-tempat menarik di Germany seperti :

  1. Neuschwanstein Castle merupakan sebuah istana yang paling terkenal di dunia dan terletak di Alps di Bavaria.
  2. Brandenburg Gate yang menjadi simbol negara untuk Germany yang dibina pada tahun 1791.
  3. Cologne's Cathedral merupakan salah satu monumen seni bina katedral yang paling penting di Jerman dan katedral ketiga tertinggi di dunia.
  4. City of Trier terletak di tebing Sungai Moselle dalam kawasan Trier, bandar tertua di Jerman.
  5. The Romantic Road merupakan laluan pemandangan terbaik di Jerman.

Walaupun banyak tempat menarik di Germany, dalam pakej ini, kami hanya melawat Munich Old Town (Marienplatz), Allianz Arena dan singgah di Blomberbahn.

2. AUSTRIA

Austria ialah sebuah negara di Eropah Tengah terletak di Pergunungan Alps Timur dan tidak mempunyai pantai. Negara ini mempunyai penduduk sekitar 9 juta dan Ibu kota bagi Austria adalah Vienna.

Ini adalah beberapa tempat terbaik untuk dilawati di Austria :

  1.  Vienna ialah ibu kota merupakan pusat budaya, ekonomi dan politik negara dan bandar paling ramai penduduk di sungai Danube.
  2.  Salzburg ialah tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO.
  3.  Innsbruck merupakan bandar lama lewat zaman pertengahan dengan istana Habsburg yang megah.
  4.  Graz sebuah bandar yang dipenuhi dengan tapak bersejarah yang menarik, seperti bukit Schlossberg, lengkap dengan satu menara jam dan Styrian Armory, di mana terdapat 32,000 senjata api, pedang, pakaian perisai, dan banyak lagi yang menjadi bukti tempat bandar itu pernah berada di sempadan antara Empayar Uthmaniyyah dan Eropah Barat.
  5.  Hallstatt merupakan permata UNESCO ini menawarkan gabungan sejarah yang ajaib dengan lombong garam purba dan pemandangan yang sempurna.

Dalam pakej ini, kami akan melawat Salzburg Old Town dan Hallstat Village.

3. SWITZERLAND

Switzerland adalah sebuah negara yang terletak di tengah Eropah tepatnya di banjaran Alps dengan landskap alam semulajadi seperti tasik, perkampungan Eropah, banjaran, gunung dan air terjun.

Dengan populasi 8.7 juta orang setakat tahun 2023, Switzerland merupakan destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia yang inginkan pengalaman bercuti di kawasan pergunungan mewah gaya Eropah dengan sumber air bersih terbaik dunia tanpa had.

Di Switzerland terdapat banyak tempat yang menarik tetapi kami hanya dapat melawat beberapa tempat seperti Bern, Lucerne, Interlaken, Rhine Falls,  Mount Murren, Glacier 3000 dan Lauterbrunnen. Pada peringkat awal, pakej kami akan melawat Mount Titlis tetapi di saat akhir ditukar ke Glacier 3000 kerana dikatakan, cable car untuk naik ke Mount Titlis sedang dibuat penyelenggaraan. Tempat Glacier 3000 tidak kurang indah nya. 

Tujuan pada awal, kami ingin melawat tempat-tempat menarik di Switzerland sahaja. Tetapi setelah meniliti, kami mengambil keputusan untuk melawat negara-negara lain bersekali dengan lawatan ke Switzerland, maka kami memilih pakej ini. Lawatan ke Switzerland sahaja dengan tempoh yang sama, kosnya agak tinggi berbanding dengan pakej ini.

Walau pun tidak semua tempat di Switzerland kami dapat lawati, sekurang-kurangnya kami dapat melawat tiga negara di pergunungan Alps.

ITINERARI PERJALANAN

Sila klik hari berikut untuk maklumat lanjut.

Hari 1 & 2 : KLIA - Doha - Munich <Sila Klik>

Hari 3 : Salzburg - Hallstatt <Sila Klik>

Hari 4 : Salzburg - Schwangau <Sila Klik>

Hari 5 : Lustenau - Lauterbrunnen <Sila Klik>

Hari 6 : Glacier 3000 - Bern <Sila Klik>

Hari 7 : Luzern - Zurich <Sila Klik>

Hari 8 & Hari 9 : Rhine Falls - Zurich - Doha - KLIA <Sila Klik>

PENGINAPAN

Sepanjang kami berada di sana, kami akan menginap hotel-hotel berikit :

  1. 2 malam di Best Wester Hotel am Walserberg
  2.     Alamat : Zollstrasse 4, Wals 5071 Austria
  3. 1 malam di Holiday Inn Express Lustenau
  4.     Alamat : Millennium Park 23, 6890 Lustenau
  5. 1 malam di A1 Hotel Testaurant Grauholz AG
  6.     Alamat : Wolfackerweg 10/A1, 3063 Ittigen, Switzerland
  7. 2 malam di B&B Hotel Zurich Airport Rumlang
  8.     Alamat ; Hofwisenstrasse 52, 8153 Rumlang, Switzerland

TUKARAN MATAWANG

Di Germany dan Austria, matawang yang digunakan adalah matawang Euro manakala di Switzerland adalah Swiss Franc. Kedudukan tukaran matawang pada 8 Oktober 2025 bagi Matawang Swiss Franc dan Euro berbanding matawang Malaysia adalah seperti berikut :

i. Swiss Franc

1.00 CHF = RM 5.27 - RM5.31

ii. Euro

1.00 Euro = RM4.90

CUACA

Sekarang adalah penghujung musim luruh dan suhu dijangka antara 1 hingga 8 Celcius. 

KEPERLUAN PLUG, SOKET DAN ADAPTER


1. GERMANY DAN AUSTRIA

Di Germany dan Austria, plug dan soket kuasa berikut digunakan:

Jenis F : Ini ialah plug standard yang digunakan di Jerman, yang mempunyai dua pin bulat.

Jenis C: Plug ini juga biasa digunakan dan serasi dengan soket jenis F.

Voltan dan Kekerapan: Voltan standard ialah 230 V dengan frekuensi 50 Hz.

2. SWITZERLAND

Di Switzerland, jenis plug dan soket berikut digunakan:

Jenis J: Ini ialah jenis plug standard di Switzerland, menampilkan tiga pin bulat, termasuk pin pembumian.

Jenis C: Jenis plug ini kadangkala ditemui di Switzerland dan serasi dengan soket Jenis J.

>Voltan dan Kekerapan: Voltan standard ialah 230V dengan frekuensi 50Hz.

LAIN-LAIN KEPERLUAN

i. Ubat-ubatan

ii. Takaful Kembara

iii. Kembara Meal

iv. Simkad

v.Power Bank

KLIP VIDEO

RUMUSAN

akan dikemaskini

LINK



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...