Skip to main content

Day 5 : Lustenau - Lauterbrunnen - Interlaken

HARI KELIMA (09-11-2025)

Iternari hari kelima:

- Perjalanan Lustenau, Austria ke Switzerland.

- Lawatan ke Mount Murren,

- Lwatan ke Staubbach Waterfall,

- Singgah di Bandar Interlaken, Switzerland.

- Bermalam di B & B Hotel Zurich.

1. LUSTENAU, AUSTRIA

Lustenau ialah sebuah bandar kecil yang kemas dan tenang di Vorarlberg, Austria, betul-betul tepi sempadan Switzerland (St. Gallen) dan dekat Lake Constance (Bodensee). Lustenau ialah bandar keempat terbesar di Vorarlberg.

Ada beberapa tarikan di Lustenau, Austria ini tetapi kami lawatan ke sini tiada dalam itinerai pakej kami. Kami hanya bermalam di Holiday Inn Express Lustenau.

Antara tarikan di Lustenau adalah :

i. Druckwerk

Di Lustenau, Druckwerk biasanya merujuk kepada bangunan industri lama (bekas kilang percetakan) yang telah diubah suai jadi ruang kreatif dan komuniti moden, merupakan ikon kecil transformasi bandar ini.

ii. Escape Church

Escape Church merupakan aktiviti riadah yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang gemar teka-teki.

Escape Church ialah escape room (permainan teka-teki real life) yang bertempat di sebuah bangunan di Reichsstraße, Lustenau. Setiap kumpulan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran, teka-teki dan situasi dalam masa tertentu untuk “melarikan diri”.

Permainan ini menggabungkan kreativiti, kemahiran dan pemikiran logik. Hanya kumpulan yang berjaya menyelesaikan semua teka-teki akan dapat meninggalkan bilik sebagai pemenang (satu pasukan).

>iii. Bibliothek Lustenau

Bibliothek Lustenau  ialah perpustakaan komuniti yang dibuka untuk semua umur, dengan koleksi buku dan media yang luas untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Ada juga aktiviti, ceramah dan program membaca sepanjang tahun.

iv. Rhein Schauen, Museum Und Rheinbahnle

Rhein‑Schauen Museum und Rheinbähnle di Lustenau, Vorarlberg, Austria ialah sebuah muzium interaktif dan pengalaman sejarah yang unik tentang Sungai Rhine (Alpenrhein) dan peranannya dalam kehidupan, teknologi, dan projek regulasi sungai di kawasan itu serta tentang sejarah hidup lebih daripada 120 tahun yang digambarkan secara grafik dalam koleksi gambar.

2. HOTELHOLIDAY INN EXPRESS

Ambil gambar kenangan di hadapan hotel. Hari ini kami akan masuk negara Switzerland.

3. PERJALANAN LUSTENAU KE LAUTERBRUNNEN

Selepas bersarapan di hotel, kami check-out dan meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen,  Switzerland.

Sepanjang perjalanan kami dapat menikmati permandangan yang cantik. Perjalanan dari Lustenau, Austria ke Lauterbrunnen, Switzerland ini mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit.

4. SWITZERLAND

Switzerland, negara persekutuan Eropah tengah dan ibu negaranya ialah Bern. Negara ini tidak mempunyai pantai, dikelilingi daratan dengan pergunungan yang menjulang tinggi dan tasik Alpine yang dalam. Switzerland bersempadan dengan Perancis di sebelah barat, Germany di utara, Austria dan Liechtenstein di timur, dan Itali di selatan.

Wilayah Alpine Switzerland, secara konvensional dirujuk sebagai Swiss Alps, mewakili ciri semula jadi utama negara Switzerland.

5. LAUTERBRUNNEN VALLEY, SWITZERLAND

Lauterbrunnen Valley antara lembah paling cantik di Switzerland, memang “postcard hidup”. Ia sering dikenali sebagai Lembah 72 Air Terjun (Valley of 72 Waterfalls). Kawasan Lauterbrunnen dikelilingi tebing batu kapur setinggi ±400m. Di sini terdapat desa kecil, tenang, sangat fotogenik.

5.1. LAUTERBRUNNEN

Lauterbrunnen ialah sebuah kampung di dalam daerah pentadbiran Interlaken-Oberhasli di Bern, Switzerland. Selaim Lauterbrunnen, terdapat beberapa kampung lain seperti Wengen, Mürren, Gimmelwald, Stechelberg, dan Isenfluh, serta beberapa kampung lain. Penduduk kampung Lauterbrunnen adalah kedua ramai selepas Wengen dalam daerah pentadbiran Interlaken-Oberhasli.

5.2 AIR TERJUN LEMBAH LAUTERBRUNNEN

Di Lauterbrunnen terdapat banyak air terjun. Ada beberapa air terjun perlu kita ketahui :

i. Air Terjun Staubbachfall

Air terjun Staubbachffall merupakan ikon Lauterbrunnen. Ia terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari stesen. Permandangannya sangat cantik pada waktu pagi dan senja.

Air Terjun Staubbach merupakan salah satu daripada 72 air terjun di Lembah Lauterbrunnen. Dengan ketinggian hampir 300 meter, Air Terjun Staubbach merupakan air terjun ketiga tertinggi di Switzerland.

Air Terjun Staubbach merupakan air terjun bebas dengan kabus semburan. Pada musim panas, angin panas memusingkan air di sekelilingnya, sehingga air terjun itu menyembur ke semua arah.

Pemandangan Air Terjun Staubbach, menjunam secara dramatik dari ketinggian 300 meter, adalah pemandangan untuk dilihat, menawan pengunjung dengan keindahannya yang terserlah.

Penyair Johann Wolfgang von Goethe dikatakan telah mendapat inspirasi untuk menulis puisinya "Song of the Spirits over the Waters" di tepi Air Terjun.

ii. Air Terjun Trümmelbachfälle

Terjun Trummelbachfalle adalah antara air terjun paling unik di dunia, terletak kira-kira 3km dari lembah Lauterbrunnen. Air terjun ini berada dalam gunung batu kapur. Air terjun ini membawa air cair dari glasier pergunungan Eiger, Mönch, dan Jungfrau.

iii. Air Terjun Murrenbachfall

Air Terjun Murrenbachfall adalah antara air terjun tertinggi di Switzerland. Ketinggian air terjun ini kira-kira 417 meter dan ia terletak antara Lauterbrunnen dan Mürren. Airnya jatuh terus dari tebing curam, seolah-olah air terjun ini nampak “jatuh dari langit”. Lebih cantik bila dilihat dari bawah lembah.

5.3. MURREN

Cara paling popular untuk ke Murren dengan menaiki cable car dari Lauterbrunnen  ke Grütschalp, kemudian dari Grütschalp menaiki keretapi ke Murren.

i. Cable Car

Cable car ini adalah laluan utama untuk naik dari Lauterbrunnen ke Grütschalp sebelum sambung naik train ke Mürren. Cable car ini merupakan aerial cableway (seilbahn) yang dioperasikan oleh Bergbahn Lauterbrunnen-Mürren AG. Laluan sangat pendek tetapi pemandangan sangat cantik. Masa yang diambil untuk naik ke atas lebih kurang 5 minit sahaja dari dasar lembah ke stesen Grütschalp.

Stesen Cable car betul-betul sebelah stesen kereta api Lauterbrunnen. Dari Stesen Lauterbrunnen kami naik cable car untuk ke Stesen Grütschalp.

ii. Keretapi Gunung

Keretapi gunung dari Grütschalp ke Mürren meruapkan salah satu perjalanan pendek tapi pemandang sungguh cantik di Switzerland. Jarak perjalanan lebih kurang 4 km dan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jenis perkhidmatan keretapi ini adalah jenis mountain railway (narrow gauge) dan kekerapan setiap 15 hingga 30 minit.

Selepas menaiki cable car, kami mneruskan perjalanan dengan menaiki keretapi dari Stesen Grütschalp  ke Stesen Murren. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

iii. Perkampungan Murren

Setibanya kami di Stesen Murren, kami pun bersiar-siar dan santai di perkampungan Murren.

Murren merupakan desa gunung yang bebas dengan kereta di atas tebing, pemandangannya memang buat orang senyap/terpukau sekejap. Ia merupakan salah satu tempat pelancongan popular di Switzerland. Murrena terletak ± 1,650 m dari paras laut dan desa cliff-side menghadap tiga gunung yang menjulangi tinggi Eiger, Mönch dan Jungfrau.

6. INTERLAKEN OLD TOWN

Interlaken ialah bandar kecil yang sangat cantik di Switzerland, terletak antara dua tasik iaitu Lake Thun dan Lake Brienz, dengan panorama Alps yang cantik. Interlaken sangat popular kerana ia menjadi tempat (base) untuk mereka yang ingin ke kawasan Jungfrau (Grindelwald, Lauterbrunnen, Wengen, Mürren).

Interlaken merupakan bandar yang tenang dan senang untuk berjalan kaki.

6.1 SPICE VILLAGE INDIAN RESTAURANT

Late lunch at Spice Village Indian Restaurant & Tandoori Specialist, Interlaken, Switzerland.

Spice Village Indian Restaurant & Tandoori Specialist adalah restoran India Halal di Interlaken. Ia terletak di Jungfraustrasse 9, 3800 Interlaken, Switzerland. Restoran ini menyediakan masakan India dan Asia Selatan yang popular di Interlaken,. Restoran ini juga  terkenal dengan hidangan tandoori (dimasak dalam oven tanah liat tradisional) dan masakan kari klasik dari India serta Pakistan.

6.2 JALAN-JALAN DI INTERLAKEN

Selepas makan, kami bersiar-siar sekejap di Interlaken. Selepas dibawa pulang ke hotel untuk penginapan.

Tamat aktiviti hari kelima.



LINK




Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...