Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Interlaken Old Town

Day 5 : Lustenau - Lauterbrunnen - Interlaken

HARI KELIMA (09-11-2025) Iternari hari kelima : - Perjalanan Lustenau, Austria ke Switzerland. - Lawatan ke Mount Murren, - Lwatan ke Staubbach Waterfall, - Singgah di Bandar Interlaken, Switzerland. - Bermalam di B & B Hotel Zurich. KLIP VIDEO HARI KELIMA Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 09 - Perjalanan ke Switzerland Episod 10 - Mount Murren, Lauterbrunnen Valley 1. LUSTENAU, AUSTRIA Lustenau ialah sebuah bandar kecil yang kemas dan tenang di Vorarlberg, Austria, betul-betul tepi sempadan Switzerland (St. Gallen) dan dekat Lake Constance (Bodensee). Lustenau ialah bandar keempat terbesar di Vorarlberg. Ada beberapa tarikan di Lustenau, Austria ini tetapi kami lawatan ke sini tiada dalam itinerai pakej kami. Kami hanya bermalam di Holiday Inn Express Lustenau. Antara tarikan di Lustenau adalah : i. Druckwerk Di Lustenau, Druckwerk biasanya merujuk kepada bangunan industri lama (bekas kilang percetakan) yang telah diubah suai...