Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Lustenau

Day 5 : Lustenau - Lauterbrunnen - Interlaken

HARI KELIMA (09-11-2025) Iternari hari kelima : - Perjalanan Lustenau, Austria ke Switzerland. - Lawatan ke Mount Murren, - Lwatan ke Staubbach Waterfall, - Singgah di Bandar Interlaken, Switzerland. - Bermalam di B & B Hotel Zurich. KLIP VIDEO HARI KELIMA Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 09 - Perjalanan ke Switzerland Episod 10 - Mount Murren, Lauterbrunnen Valley 1. LUSTENAU, AUSTRIA Lustenau ialah sebuah bandar kecil yang kemas dan tenang di Vorarlberg, Austria, betul-betul tepi sempadan Switzerland (St. Gallen) dan dekat Lake Constance (Bodensee). Lustenau ialah bandar keempat terbesar di Vorarlberg. Ada beberapa tarikan di Lustenau, Austria ini tetapi kami lawatan ke sini tiada dalam itinerai pakej kami. Kami hanya bermalam di Holiday Inn Express Lustenau. Antara tarikan di Lustenau adalah : i. Druckwerk Di Lustenau, Druckwerk biasanya merujuk kepada bangunan industri lama (bekas kilang percetakan) yang telah diubah suai...

Day 4 : Salzburg – Schwangau

HARI KEEMPAT (08-11-2025) Iternanri Hari Keempat - Perjalanan Salzburg – Schwangau. - Lawatan ke Neuschwanstein Castle (Disney Castle) - Horse ride to Castle. - Penginapan di Lustenau / berdekatan. KLIP VIDEO HARI KEEMPAT Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 07 - Blomberbahn, Germany Episod 08 - Neuschwanstein Castle 1.0 SARAPAN DI HOTEL 2.0 PERJALANAN SALZBURG KE SCHWANGAU Perjalanan dari Salzburg, Austria ke Schwangau, Germany mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan ini terdapat beberapa tempat tarikan tetapi kami tidak pergi melawat iaitu : 1. Hans-Peter Porsche Museum 2. Herrenchiemsee 3. Benediktbeuern Abbey 4. Ettal Abbey 5. Linderhof Palace i. Hans-Peter Porsche Museum Hans-Peter Porsche TraumWerk Museum ialah muzium automotif dan mainan mewah yang sangat menarik,  sesuai untuk peminat Porsche dan keluarga. Hans-Peter Porsche Traumwerk adalah muzium unik di Anger, Jerman, yang dibina oleh Hans-Peter Porsche (an...