HARI KETUJUH (11-11-2025) Aktviti Hari Ini i . Lawatan ke Lucerne City ii. Tasik Lucerne - Chapel Bridge iii. Solat di Masjid Zurich (Stiftung Islamisches Zentrum) iv. Lindt Home of Chocolate Factory KLIP VIDEO HARI KETUJUH Sila klik untuk menonton klip video tersebut. Episod 14 - Luzern Episod 15 - Lindt Home of Chocolate 1. SARAPAN DI HOTEL B & B Breakfast di B & B Hotel Zurich. 2. LUCERNE, SWITZERLAND Lucerne ( Luzern dalam bahasa Jerman ) ialah antara bandar paling cantik di Switzerland. Lucerne merupakan sebuah bandar padat di Switzerland yang terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang dipelihara. Ia terletak di tengah-tengah pergunungan Alips yang dilitupi salji di tepi Tasik Lucerne. Bandar ini sangat popular kerana gabungan pemandangan tasik, bandar lama bersejarah, dan akses mudah ke kawasan gunung seperti Mount Pilatus dan Mount Rigi. Ramai pelancong anggap Lucerne sebagai bandar paling “classic Switzerland”. Di bandar ini juga ...