MASJID NABAWI
Masjid Nabawi ialah salah satu masjid-masjid suci Islam yang mendapat kunjungan penziarah dari seluruh dunia. Masjid Nabawi menempatkan Makam Rasulullah s.a.w. serta dua khalifah dalam kalangan Khulafa al-Rasyidin, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab.
Masjid Nabawi (al-Masjid al-Nabawī, 'Masjid Nabi') ialah masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad di Madinah, selepas Masjid Quba, serta masjid kedua terbesar dan tapak paling suci dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Mekah. Masjid ini terletak di tengah-tengah Madinah, dan merupakan tapak ziarah utama yang terletak di bawah bidang kuasa Penjaga Dua Masjid Suci.
Kelebihan Masjid Nabawi
Tempat yang paling utama dan mulia untuk diziarahi di Madinah iaitu Masjid Nabawi atau Masjid Nabi.
Daripada Abu Hurairah a.s, Rasulullah bersabda mengenai kelebihan menziarahi masjidnya:
Ertinya : “Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, dari Abu Hurairah)
SUASANA DI MASJID NABI
HAFAZAN DAN TAHSIN AL-QURAN
Masjid Nabawi sendiri menjadi salah satu tempat banyak orang mendalami Islam. Masjid ini pun menjadi tempat kajian Islam serta tempat untuk mengaji atau tahsin Al-Quran.
Para peserta akan baca secara bergilir dalam halaqah khas, dan guru Masjid Nabawi akan baiki sekiranya ada kesilapan. Ada masanya guru akan baca dahulu agar para peserta dapat mendengar bacaan yang betul daripada guru.
KULIAH MAGHRIB
Ceramah atau kuliah digiatkan di Masjid Nabawi dengan kehadiran banyak ustad dari berbagai negara dan disajikan dengan banyak bahasa. Kuliah yang dilakukan tidak hanya dalam bahasa Arab tetapi Bahasa Melayu juga dipergunakan dalam ceramah di salah satu ruang di Masjid Nabawi.
Majlis ilmu diadakan selepas Solat Maghrib hingga Solat Isyak. Kuliah yang disampaikan dalam bahasa Melayu.
ROOF TOP MASJID NABAWI
Berpeluang berada roof top Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi memiliki kawasan rooftop yang luas, yang mungkin belum banyak diketahui oleh jemaah haji dan umrah. Dari kawasan ini, kita boleh terus keindahan langit Madinah Al-Munawwarah. Biasanya, kawasan roof top Masjid Nabawi digunakan oleh jamaah untuk melaksanakan solat.
Masjid Nabawi mempunyai bumbung berturap rata dengan 27 kubah gelongsor di atasnya. Roof top Masjid Nabawi boleh dikunjungi dengan mengguna tangga dekat Pintu 8 atau tangga di berdekatan Pintu 21 Masjid Nabawi.
Di rooftop Masjid Nabawi, kita tidak perlu risau dengan cuaca panas atau pun hujan kerana telah tersedia payung dan atap pelindung. Payung serta atap pelindung ini juga dialiri udara aircond. Di sini pihak pengurusan masjid juga menyediakan air zam-zam untuk jemaah dan petugas selalu membersihkan roof top Masjid Nabawi dengan menabur wangi-wangian.
LINK
Comments