MASJID ABDULLAH BIN ABBAS
Masjid Ibnu Abbas merupakan salah satu peninggalan sejarah Islam di kota Taif. Masjid besar ini dibina pada tahun 592 Hijrah Ia dinamakan Ibn Abbas kerana terletak bersebelahan dengan makam Ibn Abbas.
Makam Ibnu Abbas kini terletak bersebelahan dengan kawasan solat wanita. Terdapat juga seorang tokoh besar bernama Imam Muhammad bin Al Hanafiyah bin Ali Ibn Abi Thalib yang turut dimakamkan di sana. Beliau adalah anak kepada Sayidina Ali daripada isteri selain Fatimah.
Abdullah Ibn Abbas adalah anak kepada Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Ibnu Abbas dilahirkan pada tahun 619 M. Beliau merupakan sahabat dan anak saudara Nabi Muhammad SAW.
Ibnu Abbas adalah salah seorang sahabat yang paling berilmu. Terdapat banyak hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibn Abbas. Dia juga menurunkan semua Khalifah dengan nama Bani Abbasiyah. Abbasiyah merujuk kepada keturunan bapa saudara Nabi Muhammad yang bongsu iaitu Abbas bin Abdul Muththalib.
Makam dan masjid Ibnu Abbas di Thaif sekarang menjadi salah satu destinasi yang sering dikunjungi jamaah umrah dan haji dari berbagai negara.
PASAR TAIF
Kepada peminat madu asli di sinilah syurganya. Lambaian peniaga dan sapaan mesra sambil menghulurkan sesudu kecil madu segar pasti menambat hati. Harga bukan ukuran tetapi kualiti dan khasiatnya pasti disukai terutamanya kaum adam yang mahu mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman.
Kami membeli madu, sedikit kekacang dan jeruk buah kering untuk dibawa pulang.
PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024
(Sila klik item berikut untuk maklumat lanjut)
- Aplikasi Nusuk dan Saudi Visa Bio <sila klik>
- Keberangkatan ke Tanah Suci <sila klik>
- Hotel-hotel Penginapan <sila klik>
- Kota Madinah Al-Munawwarah <sila klik>
- Masjid Nabawi <sila klik>
- Raudah dan Tiang Sejarah <sila klik>
- Ziarah Sekitar Masjid Nabawi <sila klik>
- Air Zamzam dan Kelebihannya <sila klik>
- Ziarah Luar Masjid Nabawi <sila klik>
- Telaga-telaga di Madinah <sila klik>
- Masjid Imam Ahmad Hambal, Badar <sila klik>
- Jejaki Sejarah Peperangan Badar <sila klik>
- Haramain High Speed Railway Train <sila klik>
- Ibadah Umrah dan Kota Makkah <sila klik>
- Ziarah Luar Makkah <sila klik>
- Kota Taif dan Al-Hada <sila klik>
- Istana Shubra, Taif <sila klik>
- Masjid Abdullah bin Abbas dan sekitarnya <sila klik>
- Kilang Minyak Wangi Ros <sila klik>
- Makan Nasi Arab dan Nasi Daging Unta <sila klik>
LINK
Comments