JABAL TSUR
Jabal Tsur adalah sebuah bukit yang memiliki nilai sejarah yang penting dalam Islam. Jabal Tsur terletak di kota Makkah, Arab Saudi. Bukit ini menjadi tempat perlindungan bagi Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar ash-Shiddiq saat mereka melarikan diri dari Makkah dalam peristiwa hijrah pada tahun 622 Masehi.
Jabal Tsur juga dikenal dengan sebutan Gunung Tsur, karena ketinggiannya mencapai 760 meter di atas permukaan laut. Bukit ini terdiri dari batu-batu besar dan banyak dikelilingi oleh padang pasir.
Jabal Tsur juga menjadi salah satu tujuan ziarah bagi umat Islam yang berkunjung ke Makkah.
Di puncak bukit terdapat masjid kecil yang dikenal sebagai Masjid Jabal Tsur, tempat di mana para jamaah haji dan umrah melakukan ibadah dan ziarah. Selain itu, di sekitar bukit terdapat banyak pohon-pohon kurma yang menjadi sumber makanan bagi penduduk setempat.
JABAL NUR
Jabal Nur (Gunung Cahaya) berada di kawasan Hejaz atau sekitar 7 km dari Masjidil Haram.
Dalam sejarah, Nabi Muhammad sudah lama suka datang ke Gua Hira untuk bersendirian di dalam Gua Hira, salah satu gua di Jabal Nur. Gua Hira adalah gua kecil dengan panjang 3.5 meter dan lebar 1.5 meter, serta letaknya berada 4 meter dari atas bagian puncak gunung. Gua Hira hanya boleh memuatkan empat orang sahaja. Keadaan di dalam gua agak gelap kerana hanya sedikit cahaya matahari yang masuk ke situ.
Gunung ini menjadi titik awal Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi nabi terakhir dan tempat pertama kali Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah.
Jabal Nur tidak pernah sepi dari kedatangan jemaah haji setiap tahun. Bukan sahaja ketika menunaikan haji malah Jabal Nur hampir dipenuhi umat Islam setiap hari.
JABAL RAHMAH
Jabal Rahmah terletak di tepi Arafah di bahagian timur kota Makkah. Lokasi bukit ini tidak jauh dari tempat para jamaah haji beribadah wukuf di Padang Arafah. Bukit ini menjadi tempat bersejarah kerana di sini, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu terakhir dari Allah SWT.
Rahmah berarti kasih sayang, yang diambil dari kisah pertemuan Adam dan Hawa setelah 200 – 300 tahun diturunkan ke bumi secara terpisah. Di sini ini terdapat tugu batu konkrit sebagai simbolik tempat pertemuan Ada dan Hawa. Tugu batu konkrit berukuran tinggi 8 m dan lebar 1,8 m ini dipercaya oleh masyarakat sebagai tempat suci untuk berdoa meminta jodoh. Sehingga para jamaah menganggapnya sebagai sebuah kewajiban untuk berkunjung ke tempat ini dan para jamaah banyak berdoa di tempat ini hingga menyebabkan penerimaan masyarakat yang menyimpang. menjadi semacam tempat pemujaan atau berhala masa kini.
Sekarang ini pihak berkuasa Arab Saudi telah menutup dan menghalang jemaah dari mendaki Jabal Rahmah agar perkara-perkara yang bida'ah tidak berlaku. Tidak ada petunjuk dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memotivasi kita untuk menaiki Jabal Rahmah sebagaimana yang sering dilakukan orang-orang saat hari Arafah.
Jika kita dapat mendaki Jabal Rahmah, dari atas bukit, kita boleh menikmati indahnya pemandangan Padang Arafah.
TEMPAT-TEMPAT IBADAT HAJI
Tempat-tempat ibadat haji seperti Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, kami melihat dari dalam bas sahaja.
Padang Arafah
Padang Arafah merupakan kawasan terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah. Di sinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Muzdalifah
Muzdalifah, sebuah daerah terbuka di antara Makkah dan Mina di Arab Saudi yang merupakan tempat jamaah haji diperintahkan untuk singgah dan bermalam setelah bertolak dari Arafah. Muzdalifah terletak di antara Ma’zamain (dua jalan yang memisahkan dua gunung yang saling berhadapan) Arafah dan lembah Muhassir.
Mina
Mina berada di sebelah Timur kota Makkah, Arab Saudi. Ia terletak di antara Makkah dan Muzdalifah. Selain mendapat julukan kota khemah, Mina juga dikenal sebagai tempat dilaksanakannya kegiatan lempar jumrah dalam ibadah haji. Mina juga merupakan tempat atau lokasi penyembelihan binatang korban.
MASJID JARANAH
Tempat ini dinamakan sebagai penghormatan kepada seorang wanita dari Quraisy, yang berasal dari suku Bani Tameem, bernama Reeta, yang bergelar Ji'irranah.
Masjid Al-Ji'ranah terletak sekitar 24km timur laut dari Masjid al-Haram, Masjid al-Ji'rranah ini berfungsi sebagai titik Miqat, di mana
Kami bermiqat di sini untuk umrah kami yang kedua.
LINK
Comments