MASJID QUBA
Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba', kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba' diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu.
Masjid Quba' ialah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar takwa dan iman yang padu. Allah telah mengakuinya sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 108 :
Ertinya: "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya."
Masjid Quba dibina oleh Rasulullah s.a.w. ketika perjalanan hijrahnya dan disifatkan sebagai masjid terawal dalam sejarah Islam.
Kelebihan solat di Masjid Quba
Dari Sahl bin Hunaif r.a berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
Siapa yang bersuci di rumahnya, lalu ia mendatangi masjid Quba’, lantas ia melaksanakan solat di dalamnya, maka pahalanya seperti pahala umrah.
(HR. Ibnu Majah, no. 1412, An-Nasai, no. 700. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
MASJID-MASJID LAIN
Masjid al-Qiblatin, Masjid Tujuh dan masjid lain yang ada di Tanah Suci Madinah tiada apa-apa kelebihan kecuali kelebihan sebagai sebuah masjid dan mempunyai nilai sejarah.
Masjid al-Qiblatain ialah masjid berlakunya peristiwa perubahan kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah. Masjid al-Qiblatain ini adalah antara masjid terawal di Madinah dan dibina oleh Sawad ibn Ghanam ibn Ka'ab al-Ansari pada tahun 2 Hijrah dan nama masjid kembali ke zaman Muhammad, ketika para sahabat menamakannya sempena peristiwa yang berlaku pada 15 Syaaban tahun yang sama, ketika Muhammad menerima wahyu dari Allah yang memerintahkannya untuk memperakui Kaabah sebagai kiblat semasa solat Zuhur dan berpaling dari Baitulmaqdis, secara khususnya Masjid al-Aqsa.
Masjid Tujuh ialah sekumpulan enam buah masjid yang terletak di kawasan selatan Gunung Sala' yang menjadi tempat berlakunya Perang Ahzab.
Kami semua melihat masjid-masjid tersebut daripada bas sahaja dengan penerangannya disampai oleh mutawif.
JABAL UHUD
Jabal (Bukit) Uhud ini ialah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang yang terletak dalam Tanah Haram Mdinah. Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5 km dari pusat bandar. Panjang Bukit Uhud dari timur ke barat ialah 6 km. Tempat paling lebih ialah 3 km. Tingginya dari aras laut ialah 1 km, dari muka bumi ialah 450 m. Warnanya kemerah-merahan.
Bukit 'Ainain (Ar-Rumah)
Bukit ini terletak berdekatan dengan Bukid Uhud, di celah-celah di antara kedua-duanya terletak perkuburan syuhada (sahabat Rasulullah s.a.w yang gugur syahid) dalam peperangan Uhud. Nama bukit ini ialah Jabal 'Ainain kemudian dikenali dengan nama Bukit ar-Rumah yang bererti tentera pemanah kerana Rauslullah s.a.w telah menempat di atasnya 50 orang tentera pemanah pada hari peperangan Uhud.
Peperangan Uhud
Di tempat inilah berlakunya peperangan yang sengit antara tentera Islam dengan tentera Musyrikin dari Makkah. Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.
Pengajaran dari peperangan Uhud:
1. Jangan sekali-kali menerima pertolongan daripada orang kafir untuk menentang sesama kafir.
2. Tentera tidak boleh sama sekali melanggar perintah dan arahan ketua.
3. Pemimpin yang bijaksana dan persediaan tentera yang lengkap serta kedudukan strategik adalah faktor-faktor kemenangan.
PASAR KURMA
Pasra/Kebun kurma menjadi tempat wajib dikunjungi dalam ziarah jemaah di Madinah, selain Masjid Kuba, Masjid Kiblatain, dan Bukit Uhud.
Madinah adalah pasar yang banyak menjual buah khas Arab Saudi, yaitu kurma. Pusat pemasarannya adalah Pasar Kurma Madinah. Di pasar ini dijual berbagai jenis kurma. Kurma ajwa dijual dengan harga yang bervariasi, mulai dari 40 riyal sampai 90 riyal sekilo.
Kurma-kurma ini boleh dimakan secara percuma di sini. Kita hanya membayar yang ingin dibawa pulang.
Tidak hanya kurma, di tempat ini juga dijual berbagai macam makanan ringan Saudi seperti kacang-kacang, cokelat, kismis, hingga madu.
Di Pasar Kurma ini juga terdapat kawasan pokok Kurma untuk pengunjung merasai suasana kebun/ladang kurma dan melihat pokok kurma secara dekat.
LINK
Comments