SAQIFAH BANI SAIDAH
As-Saqifah bermaksud bangunan yang mempunyai tiga dinding yang diperbuat daripada tanah liat dan batu bata. Dindingnya daripada pelepah tamar ataupun papan dan biasanya digunakan sebagai tempat pertemuan dan perbincangan untuk penduduk Madinah.
Saqifah Bani Saidah merupakan tempat peristiwa pertama selepas kewafatan Nabi S.A.W, pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai pemimpin/khalifah kaum Muslim.
Mutawif kami menyampai sejarah berkaitan dengan Saqifah Bani Saidah.
Sekarang tempat ini telah dibersihkan. Mungkin ada pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Arab Saudi.
MASJID GHAMAMAH
Masjid al-Ghamamah dahulu dikenali sebagai Masjid al-Musalla. Ia terletak di sebelah selatan Madinah. Warnanya adalah kelabu dan berkubah putih. Di kawasan ini pernah dijadikan tempat melaksanakan hukuman qisas. Telah sabit riwayat mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah melakukan solat Hari Raya di beberapa tempat di sekitar kawasan ini, kemudian Rasulullah S.A.W mengekalkan tempat ini untuk solat Hari Raya dan juga solat Istisqa' (solat minta hujan).
Berhampiran dengan masjid ini terdapat dua buah masjid yan lain. Masjid Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Masjid Ali bin Abi Talib
MASJID ABU BAKAR r.a
Masjid ini dinamakan Masjid Abu Bakar r.a kerana beliau telah melakukan solat Hari Raya di tempat berkenaan semasa pemerintahnya.
MASJID ALI BIN ABU TALIB r.a
Masjid ini dinamakan Masjid Ali bin Abi Talib r.a kerana beliau telah melakukan solat Hari Raya di tempat berkenaan sewaktu pemerintah Usman bin Affan r.a.
PERKUBURAN BAQI'
Kami berkesempatan menziarah perkuburan Baqi'. Kaum muslimat tidak dibenar memasuki kawasan perkuburan Baqi, mereka hanya dibenarkan melihat dari pagar sahaja.
Al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Ibn Abbas r.a berkata, "Setiap kali Rasulullah S.A.W melalui kawasan perkuburan penduduk Madinah. Baginda akan mengucapkan :
Maksudnya: “Selamat sejahtera ke atas kamu, wahai ahli kubur, semoga Allah mengurniakan keampunan-Nya ke atas kami dan ke atas kamu".
Tiada nama atau tanda-tanda tertentu yang diletakkan pada kubur-kubur tersebut menyebabakan sukar untuk memastikan kubur seseorang. Ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa ramai dalam kalangan sahabat dan ahli keluarga Rasulullah s.a.w dikebumikan di Baqi'.
Perkuburan Baqi' di sebelah masjid Nabawi yang menjadi tapak perkuburan Fatimah Abu Bakar, Hassan bin Ali dan sahabat-sahabat nabi lain turut menjadi tumpuan.
PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024
(Sila klik item berikut untuk maklumat lanjut)
- Aplikasi Nusuk dan Saudi Visa Bio <sila klik>
- Keberangkatan ke Tanah Suci <sila klik>
- Hotel-hotel Penginapan <sila klik>
- Kota Madinah Al-Munawwarah <sila klik>
- Masjid Nabawi <sila klik>
- Raudah dan Tiang Sejarah <sila klik>
- Ziarah Sekitar Masjid Nabawi <sila klik>
- Air Zamzam dan Kelebihannya <sila klik>
- Ziarah Luar Masjid Nabawi <sila klik>
- Telaga-telaga di Madinah <sila klik>
- Masjid Imam Ahmad Hambal, Badar <sila klik>
- Jejaki Sejarah Peperangan Badar <sila klik>
- Haramain High Speed Railway Train <sila klik>
- Ibadah Umrah dan Kota Makkah <sila klik>
- Ziarah Luar Makkah <sila klik>
- Kota Taif dan Al-Hada <sila klik>
- Istana Shubra, Taif <sila klik>
- Masjid Abdullah bin Abbas dan sekitarnya <sila klik>
- Kilang Minyak Wangi Ros <sila klik>
- Makan Nasi Arab dan Nasi Daging Unta <sila klik>
LINK
Comments