IBADAH UMRAH
Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Umrah sering disebut sebagai “Haji Kecil” dan melibatkan ibadah yang dilakukan di Makah. Terdapat beberapa rukun yang perlu dipatuhi agar ibadah Umrah sah. Rukun-rukun ini meliputi niat ihram, tawaf, sa’i, dan tahallul. Setiap langkah dalam pelaksanaan Umrah mempunyai makna dan tujuan tersendiri, yang mengingatkan kita tentang pengorbanan dan ketabahan Nabi Ibrahim AS serta keluarganya.
Hukum mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga).”
Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)
RUKUN UMRAH
Rukun umrah merupakan perkara asas yang wajib dilaksanakan oleh seseorang sebagai perkara asas dalam melakukan ibadah umrah. Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut.
1. Niat
Niat umrah merupakan rukun yang pertama dalam melaksanakan ibadah umrah. Dengan mengucapkan niat umrah yang ikhlas, seseorang itu haruslah memulai ibadah umrahnya dengan hati yang ikhlas dan semangat. Hal ini dapat memastikan bahwa ibadah tersebut diterima oleh Allah SWT.
2. Tawaf
Setelah memasuki keadaan ihram, langkah seterusnya adalah melakukan tawaf. Tawaf merupakan ibadah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dalam arah lawan jam. Proses tawaf dimulakan di Hajarul Aswad dan berakhir di tempat yang sama. Semasa tawaf, jemaah disarankan untuk membaca doa dan zikir.
3. Saie
Sa’i adalah langkah selanjutnya setelah tawaf, di mana jemaah berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Sa’i mengingatkan kita akan usaha Siti Hajar dalam mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail AS. Proses sa’i dimulakan dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Setiap kali berada di atas Bukit Safa atau Marwah, jemaah disunatkan untuk mengangkat tangan dan berdoa.
4. Tahallul
Tahallul adalah langkah terakhir dalam pelaksanaan Umrah, di mana jemaah mencukur rambut (bagi lelaki) atau memendekkan rambut (bagi wanita) sebagai tanda selesai melaksanakan ibadah Umrah. Ini menandakan bahawa jemaah telah keluar dari keadaan ihram.
5. Tertib
Menunaikan umrah mengikut urutan bermula dengan niat, tawaf, sa’i dan bertahalul.
MAKKAH - KELEBIHAN DAN SEJARAH
Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim s.aw membawa isteri dan anaknya, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah dagangan. Tempat ini gersang tanpa air dan tumbuh-tumbuhan yang subur.
Sempadan Tanah Haram Makkah
Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidiharam dari segenap penjuru. Allah s.w.t menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t semenjak dijadikan bumi sehinggalah ke hari kiamat.
Anggaran jarak di antara Masjidilharam dengan sempadan Tanah Haram :
- Al-Tan'im - iaitu jalan keluar menuju Madinah. Ia terletak berdekatan dengan MAsjid Sayidah Aishah. JAraknya ialah 7.5 km;
- Adhaat Libn - Kini dikenali dengan Uqaisyiah, iaitu jalan meuju ke arah Yaman. Jaraknya ialah 16 km;
- Al-Syara'i' - terletak pada jalan menuju ke Masjid Ji'ranah. Jaraknya 16 km;
- Al-Hudaibiyyah - iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya 22 km. Jalan baharu sekarang dikenali dengan nama al-Syumaisi; dan
- Jabal NAmirah - Jaraknya ialah 22 km mengikut jalanraya dann 15 km mengikut jalan luru pejalan kaki.
Allah s.w.t telah menjadikan seluruh kawasan ini sebagai kawasan yang aman dan menjadi tempat tumpuan manusia.
"Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia." (Surah Ali-Imran, Ayat 97)
MASJIDILHARAM
Pembangunan kaabah jauh sebelum Nabi Adam di ciptakan. Setelah nabi Adam dan hawa turun ke bumi, merdeka di perintahkan oleh allah untuk membangun bangunan di sebuah lembah bernama bakkah. Namun bangunan tersebut hancur akibat air bah pada masa nabi Nuh. Selama beberapa abad kemudian allah memerintahkan kepada nabi Ibrahim dan putranya, nabi ismail untuk membangun sebuah bangunan di tengah perempatan kota makkah untul dijadikan tempat beribadah.
“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia”. (Surah Ali Imran: Ayat 96).
KAABAH
Bangunan kabah yang merupakan kiblat umat islam dari segala penjuru dunia terletak di tengah masjidil haram yang tingginya mencapai 15 meter seperti kamar besar yang berbentuk kubus dibangun oleh Ibrahim melalui perintah allah sebagai berikut:
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan) : "Janganlah kamu memperserikatkan sesuatupun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku' dan sujud." (Surah Al-Hajj, Ayat 26)
HAJARUL ASWAD
Hajarul Aswad atau Hajar Al-Aswad berasal dari perkataan Arab yang bermaksud batu hitam.
Batu hitam ini boleh anda jumpai di pada sudut timur Kaabah atau lebih mudahnya dari sebelah kiri Multazam iaitu antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah.
Dikatakan bahawa batu ini berasal dari syurga. Hal ini bertepatan denan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Maksudnya: “Al-Hajar al-Aswad diturunkan dari Syurga. Warna lebih putih daripada putihnya susu tetapi ia telah dihitamkan oleh sebab dosa-dosa anak Adam.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 877)
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
HIJIR ISMAIL
Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja yang berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.
TELAGA ZAM-ZAM
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
MUSALLAH JIBRIL
Terletak di sebelah kanan bawah berhampiran pintu Kaabah di Makkah Masjid Al-Haram, Musallah Jibril menandakan tempat Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW cara menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan. semasa peristiwa Miraj. Musallah Jibril ditandakan dengan jubin marmar lubang lubang dengan kepingan Mary Stone yang cantik.
LINK
Comments