PEPERANGAN BADAR
Nama Badar di ambil berdasarkan kepada nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.
Kota Badar merupakan tempat bagi menghayati sejarah peperangan pertama Umat Islam menentang Kaum Musyrikin Makkah. Perang Badar al-Kubra berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Perang Badar adalah salah satu perang besar dalam sejarah Islam.
Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang dan 1, 000 orang tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Bilangan ini menurut riwayat adalah sama dengan bilangan tentera Talut memerangi Jalut. Dalam peperangan ini, tentera Islam memperolehi kemenangan dalam pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrik.
MASJID ARISH, BADAR
Masjid Arish dibina di atas tapak markas tentera Islam semasa Perang Badar. Sa’d bin Mu’adh RA. mencadangkan supaya dibina suatu tempat perlindungan untuk Rasulullah SAW dan tempat ini berfungsi sebagai markas tentera Islam. Dari sinilah pertempuran itu diawasi dan diarahkan oleh Nabi SAW.
Solat Maghrib & Isyak di Masjid Arish, Badar. selepas Ziarah tempat berlakunya Peperangan Badar.
JABAL MALAIKAH
Dalam perjalanan pulang dari Badar ke Madinah, singgah di Jabal Malaikat. Jabal Malaikah terletak kira-kira 113 kilometer dari Kota Madinah bersebelahan dengan makam para syuhada’ Badar.
Jabal Malaikah atau Bukit Malaikat adalah satu tempat di mana turunnya bantuan Allah kepada para pejuang Badar. Dari gunung inilah para malaikat datang untuk membantu Nabi Muhammad dan para Sahabat semasa Perang Badar.
Pada malam sebelum mulanya peperangan Badar, Rasulullah SAW berdoa di suatu tempat yang diberi nama Arisy berdekatan kawasan Badar, berkat doa dan rintihan Baginda, Allah SWT menurunkan berupa 1,000 bala tentera dalam kalangan para Malaikat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 9-10 :
Maksudnya) : “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
MAKAM PARA SYUHADA’ BADAR
Kami meneruskan ziarah ke makam yang menempatkan kesemua para syuhada’ Badar. Disinilah makam kesemua 13 para syuhada’. Kami mendoakan kesemua para syuhada’ dengan doa yang diajarkan Rasulullah SAW,
Daripada Auf Bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut”
(HR Muslim, hadis sahih)
PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024
(Sila klik item berikut untuk maklumat lanjut)
- Aplikasi Nusuk dan Saudi Visa Bio <sila klik>
- Keberangkatan ke Tanah Suci <sila klik>
- Hotel-hotel Penginapan <sila klik>
- Kota Madinah Al-Munawwarah <sila klik>
- Masjid Nabawi <sila klik>
- Raudah dan Tiang Sejarah <sila klik>
- Ziarah Sekitar Masjid Nabawi <sila klik>
- Air Zamzam dan Kelebihannya <sila klik>
- Ziarah Luar Masjid Nabawi <sila klik>
- Telaga-telaga di Madinah <sila klik>
- Masjid Imam Ahmad Hambal, Badar <sila klik>
- Jejaki Sejarah Peperangan Badar <sila klik>
- Haramain High Speed Railway Train <sila klik>
- Ibadah Umrah dan Kota Makkah <sila klik>
- Ziarah Luar Makkah <sila klik>
- Kota Taif dan Al-Hada <sila klik>
- Istana Shubra, Taif <sila klik>
- Masjid Abdullah bin Abbas dan sekitarnya <sila klik>
- Kilang Minyak Wangi Ros <sila klik>
- Makan Nasi Arab dan Nasi Daging Unta <sila klik>
LINK
Comments