KETIBAAN DI MADINAH
Kami selamat mendarat di Airport Madinah (Prince Mohammad bin Abdulaziz International Airport) jam 7.20pm waktu Madinah.
Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz atau Lapangan Terbang Madinah ialah sebuah lapangan terbang serantau di Madinah , Arab Saudi. Dibuka pada 1950, ia mengendalikan penerbangan domestik, manakala ia telah menjadualkan perkhidmatan antarabangsa ke destinasi serantau seperti Kaherah, Dubai, Istanbul dan Kuwait City. Lapangan Terbang Madinah juga mengendalikan penerbangan sewa antarabangsa semasa musim haji dan umrah. Jemaah Haji dan Umrah boleh memasuki Arab Saudi melalui lapangan terbang ini atau melalui Lapangan Terbang Jeddah sahaja. Ia adalah lapangan terbang keempat tersibuk di Arab Saudi pada 2018.
Kami menaiki bas untuk ke hotel penginapan.
Selepas check-in hotel dan meletak beg ke dalam bilik penginapan, kami bergerak ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak.
MADINAH AL-MUNAWWARAH
Sebelum dikenal dengan nama Madinah, kota ini bernama Yathrib, sebuah kota oasis yang subur dan strategik. Yathrib menjadi pusat perdagangan dan tempat tinggal berbagai suku Arab serta Yahudi sejak ribuan tahun lalu.
Madinah mempunyai begitu banyak nama. Ada ulama mengatakan ia mempunyai 95 buah nama. Kini Madinah lebih dikenali dengan nama al-Madinah al-Munawwarah bermaksud kota yang bercahaya atau al-Madinah al-Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi.
Kota Madinah terletak di kawasan barat laut Arab Saudi, yakni di kawasan Hijaz, kira-kira 250 km di timur Laut Merah. Kota Madinah terletak di kawasan persimpangan tiga buah lembah iaitu Lembah Aql, Lembah Aqi' dan Lembah Himd.
Hijrah Nabi Muhammad saw. dari Mekah ke Yathrib pada tahun 622 M menjadi titik balik penting dalam sejarah kota ini. Kedatangan beliau disambut dengan penuh bersemangat oleh penduduk Yathrib, yang kemudian mengganti nama kota tersebut menjadi Al-Madinah Al-Munawwarah sebagai bentuk penghormatan.
Kota Madinah adalah salah satu kota yang memiliki peranan penting dalam sejarah peradaban Islam. Kota ini tidak hanya menjadi saksi dari perjalanan hijrah Nabi Muhammad saw., tetapi juga menjadi pusat penyebaran Islam di seluruh dunia.
KEPERLUAN TALIAN DATA
Banyak juga restoran dan kiosk menjual makanan di Kota Madinah terutama sekitr Masjid Nabawi. Adakala kami keluar sarapan atau minum petang di restoran sekitar Madinah. Tetapi kalau kita ingin merasa nasi arab, kita terpaksa keluar jauh sedikit dari Masjid Nabawi.
Global Food Village
Mencari kudapan di Global Food Village (Food Court Street)
The Global Food Village, juga dikenali sebagai 'From The City To The Word' ialah medan selera luar antarabangsa baharu yang terletak betul-betul di luar Al Masjid An Nabawi yang dirahmati di Jalan King Fahd. Ia terletak dalam jarak berjalan kaki dari Pintu King Fahd utama (Gate 333) dan berhampiran dengan hotel Madinah Hilton dan Dar Al Hijra Madinah.
Di Global Food Village kita boleh menemui pelbagai restoran yang menawarkan masakan berbeza kepada jemaah dan pelawat termasuk:
- Melayu
- Chinese
- India
- Afghani
- Arabic
- Turkish
LINK
Comments