HOTEL DURRAT AL-EIMAN, MADINAH
Hotel penginapan kami sepanjang berada di Madinah, Hotel Durrat Al-Eiman. Mengikut pakej yang diiklan, akan menginap di Emaar Elite Hotel. Pakej yang kami ambil adalah 3 orang sebilik. Betul 3 orang sebilik tetapi di hotel Durrat Al-Eiman, bilik yang kami dapat, bilik berdua dengan ditambah satu katil bujang. Rasa bersunggut itu ada juga tetapi kami redha, terima aje lah.
Durrat Al Eiman Hotel, sebuah hotel 3 bintang yang terletak di tengah-tengah Madinah, Arab Saudi. Jarak perjalanan kaki ke Pintu 326 Masjid Nabawi lebih kurang 400m.
Di Madinah, pakej kami termasuk 3 kali makan iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Boleh dikatakan masakan agak serupa sepanjang kami berada di hotel ini.
Hari terakhir di Madinah dan kami bersiap dengan pakai ihram untuk bergerak ke Makkah.
Permandangan dari jendela hotel tingkat 13, bilik 1305, Hotel Durrat Al- Eiman.
MOVENPICK HOTEL MAKKAH
Mövenpick Hotel & Residences Hajar Tower Makkah ini merupakan sebahagian daripada kompleks Abraj Al Bait yang berprestij, menampilkan bilik dan suite hotel mewah yang dilengkapi dengan sangat baik di tengah-tengah Makkah. Hotel ini terletak betul-betul di Mahkamah Haram, berhadapan dengan Pintu Raja Abdul Aziz, Masjidil Haram.
Kami menginap di hotel ini sepanjang berada di Makkah, bilik yang diberi selesa, mengikut yang ditawarkan. Walau pun menginapan kami berdekatan dengan Masjid, kami terpaksa keluar awal ke masjid. Kalau tidak kelaur awal, kami juga tidak dapat memasuki masjid. Kadang kala untuk keluar daripada perkarangan hotel ke masjid, kami juga terhalang kerana terlalu ramai berada di pintu keluar hotel terutama waktu solat Jumaat.
Pakej kami, di Makkah yang disediakan hanya sarapa pagi, bagi makan tengahari dan makan malam atas abelanja kami sendiri. Di hotel ini, rasa makanan sarapan di sini lebih sedap dan lebih berselera jika dibandingkan dengan hotel semasa kami berada di Madinah.
Bilik kami tidak mengadap masjid, bilik kami mengadap arah bertentangan. Permandangan dari bilik penginapan kami di tingkat 13.
IRIS BOUTIQUE HOTEL, TAIF
Hotel Iris Boutique terletak di No.7843 - Shobra District Al Taif 26522 - 5649 Saudi Arabia. Hotel ini bertaraf 4 bintang.
Taif terletak di pergunungan Hijaz dan dikelilingi oleh pemandangan alam yang menakjubkan, seperti pergunungan, lembah, dan kebun buah-buahan. Ia terletak kira-kira 100km dari Mekah dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut yang membuatkan cuacanya sentiasa sejuk.
Kami menginap di hotel ini hanya satu malam iaitu malam terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Hotel ini selesa dan ada ruang tamu.
Sarapan yang disediakan sangat memuaskan.
Kawasan sekelilingnya sungguh tenang, nyaman dan suasana agak sejuk.
LINK
Comments