PUSAT PENGAMBILAN AIR ZAM-ZAM
Air Zamzam di Masjid Nabawi tersedia dalam dua pilihan yakni yang sejuk dan biasa. Untuk yang tidak sejuk di tong tertulis not cool. Namun sebagian besar air Zamzam yang tersedia sejuk, hanya sedikit yang tidak sejuk.
Bagi mereka yang ingin mengambil air zam-zam dalam kuantiti yang banyak bolehlah pergi pintu 310 Masjid Nabawi.
Kisah Air Zamzam
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini mucul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah.
Kisah Air Zamzam diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA:
Maksudnya:
“Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.
Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali.
Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”.
Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. [Riwayat al-Bukhari, (3364)]
Kisah daripada Ibnu Katsir, Qashashul Ambiya 2018: 109-110 :
Hajar pun mendekati sumber air itu dan berteriak kegirangan, "zammi, zammi (berkumpulah-berkumpulah). Sejak saat itu sumber air itu dinamakan Zamzam
Kedudukan Asal Telaga Zam Zam
Mata air zam-zam muncul ketika putra Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, haus dan menangis di gurun bersama ibunya yakni Hajar. Telaga zamzam berada lebih kurang terletak 11 meter sebelah timur dari Ka’bah yang memiliki kedalaman 42 meter. Dari mata air ini, ada celah ke arah Hajar Aswad dengan panjang 75 cm, dengan tinggi 30 cm yang juga menghasilkan air sangat banyak.
Dahulu di atas telaga zam zam terdapat sebuah bangunan, tetapi kini bangunan tersebut mengalami pembongkaran untuk meluaskan tempat tawaf.
Kelebihan Air Zamzam
Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Air zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah (3062)]
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”.[Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]
Berdasarkan riwayat Ibn Majah, menyatakan beberapa fadhilat dan kelebihan yang berkaitan dengan air zamzam:
- Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.
- Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).
- Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”.
- Air zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.
- Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani.
- Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.
- Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).
Irsyad Al-Hadith siri ke-125 : Air Zamzam
LINK
Comments