TELAGA-TELAGA DI MADINAH
Di Madinah juga terdapat beberapa telaga bersejarah yang ada kaitannya dengan Rasullulah saw dan sahabat-sahabat saw. Ada yang masih wujud lagi dan ada yang telah tertimbus kerana pembangunan. Marilah kita sama-sama teliti dan mengenal telaga-telaga yang bersejarah di Madinah ini.
TELAGA ARES ATAU AL-KHATAM
Mengikut riwayat Bukhari dari Anas bin Malik, Rasullulah saw mempunyai sebentuk cincin yang kemudiannya diwarisi oleh siadina Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya diwarisi pula oleh Umar Al-Khattab dan akhir oleh Saidina Uthman bin Affan.
Pada suatu hari, dalam tahun ke enam zaman pemerintahannya, Uthman bin Affan sedang duduk di pinggir telaga itu, dengan tiba-tiba cincin yang dipakainya tertanggal daripada jarinya dan terjatuh ke dalam telaga itu. Saidina Utthman mencarinya selama tiga hari tiga malam tetapi hampa. Sejak hari itu, telaga ini dikenali sebagai Khatam (cincin).
Saidina Uthman bin Affan pula terus teringat kata-kata Rasullulah saw. Benarlah sabda Baginda kerana semenjak hari itu bermulalah huru-hara dan fitnah ke atas beliau sehingga berakhir dengan syahidnya beliau di tangan seorang pembunuh.
Hari ini telaga telah tiada lagi. Tapaknya sudah menjadi jalan raya iaitu disebelah barat Masjid Quba'.
TELAGA AL-GHARS
Ibnu Majah meriwayat daripada Saidina Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullulah SAW bersabda : "Apabila aku mati (wafat) mandikan aku dengan tujuh timba air dari Telaga Al-Ghars.
Saidina Ali RA juga meyatakan bahawa Rasullulah SAW selalu minum air dari telaga ini. Telaga ini juga telah tiada tapaknya. Dahulunya ia terletak di timur Masjid Quba' dan dikelilingi oleh pohon-pohon tamar.
TELAGA RAUHA'
Lokasinya di Jalan Badar 80km dari Madinah. Telaga Rauha’ adalah lokasi di mana Rasulullah SAW selalu singgah untuk berehat seketika lalu memberi minum tunggangan Baginda. Ia terletak di antara persimpangan dari Kota Madinah ke Makkah dan Badar. Baginda pernah singgah di sini ketika dalam perjalanan ke medan Badar, Hudaibiyah, Haji Wida’ dan Umrah Qada’.
Sejarah perigi ni bermula semasa perjalanan Rasulullah SAW menuju ke Medan Badar. Air dari perigi ini adalah beracun kerana manusia atau binatang yg minum airnya akan sakit-sakit. Rasulullah SAW dengan mukjizatnya meludah ke dalam perigi ini dan airnya menjadi penawar pula kepada sesiapa yg meminum airnya. Airnya terasa manis sekali.
Dalam kisah peperangan, Lembah Rauha adalah tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan menuju Badar. Ketika sebelum Perang Badar, Nabi SAW bermesyuarat dan membuat strategi perang di sini dengan para sahabat untuk mengambil keputusan sama ada berpatah balik ke Madinah atau terus ke Badar. Dari Rauha, Nabi dan para sahabat menuju Badar dan berperang dengan pasukan suku Quraisy dari Makkah.
PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024
(Sila klik item berikut untuk maklumat lanjut)
- Aplikasi Nusuk dan Saudi Visa Bio <sila klik>
- Keberangkatan ke Tanah Suci <sila klik>
- Hotel-hotel Penginapan <sila klik>
- Kota Madinah Al-Munawwarah <sila klik>
- Masjid Nabawi <sila klik>
- Raudah dan Tiang Sejarah <sila klik>
- Ziarah Sekitar Masjid Nabawi <sila klik>
- Air Zamzam dan Kelebihannya <sila klik>
- Ziarah Luar Masjid Nabawi <sila klik>
- Telaga-telaga di Madinah <sila klik>
- Masjid Imam Ahmad Hambal, Badar <sila klik>
- Jejaki Sejarah Peperangan Badar <sila klik>
- Haramain High Speed Railway Train <sila klik>
- Ibadah Umrah dan Kota Makkah <sila klik>
- Ziarah Luar Makkah <sila klik>
- Kota Taif dan Al-Hada <sila klik>
- Istana Shubra, Taif <sila klik>
- Masjid Abdullah bin Abbas dan sekitarnya <sila klik>
- Kilang Minyak Wangi Ros <sila klik>
- Makan Nasi Arab dan Nasi Daging Unta <sila klik>
LINK
Comments